Monday, July 1, 2013

Dari Kulaijaya ke Benua Amerika Selatan : Bahagian 6

Hari ini seperti biasa, cabaran diteruskan. Frequency 14025.00 menjadi pilihan. Band 20 meter kawan pilih pada petang ini sebab hanya band itu sahaja yang cantik. Maksud cantik disini adalah signal noisenya. agak rendah berbanding dengan band-band yang lain. Band-band yang lain mencatat kadar noise yang tinggi iaitu sekitar S2 - S4.

Cuaca pula cantik, tiada hujan atau mendung. Keadaan amat baik sekali. Jadi kesempatan ini kawan gunakan sepenuhnya. Memandangkan segala tugasan sudah selesai, maka pada petang ini kawan belayar awal sikit dari kebiasaannya. Semua element ini jika digabungkan nampaknya macam akan memberikan sesuatu. Selagi kita tak mencuba...kita tidak akan tahu hasilnya. Maka dengan itu, aktiviti DX dimulakan.

Masa : 6.30 petang
Antenna : Dalbeam 6 ele yagi
Power : 100 watt
Trx : TS-2000
Mode : CW
Fre : 14025.00 mhz

Selepas 4 minit CQ, panggilan kawan disahut oleh stesen dari Australia, Signalnya amat kuat, berdentum masuk ke Kulaijaya. VK8CAW dari Australia Tengah, zone 8.

Karl VK8CAW
Jika stesen VK atau Stesen Australia masuk, ianya membawa maksud yang band hanya membuka pada kawasan sekitar sahaja, iaitu sekitar 5000 hingg 8000 kilometer sahaja dari kawasan CQ. Sejurus selepas hati kawan sudah rasa lain macam sahaja kerana berdasarkan logbook yang lepas, jika ada VK maka akan ada stesen DU ( Filipine) atau mana-mana negara serantau.

Gerak hati kawan tepat, sejurus kawan habis QSO dengan Karl, stesen dari China pula masuk, sama jugak...ianya datang dengan kuat dan jelas sekali. Band open Local ni, getus hati kawan. Stesen China tersebut ialah BA5CJ/5.

Gao BA5CJ
 Kemudian kawan teruskan CQ kawan. Sepanjang CQ tersebut, kawan asyik terfikir petanda - petanda atau clue jika stesen VK dan BA ini masuk. Yang kawan pasti ialah jika stesen-stesen VK dan BA kedengaran, band tidak membuka luas kerana fenomena SKIP tidak berlaku. Jika kita ingin signal kita pergi jauh, pasti kita tidak kedengaran atau terjumpa dengan stesen - stesen dari negara yang disebutkan tadi. dan fenomena SKIP berlaku. Fenomena SKIP ini amat bagus untuk kita sebenarnya, bagus untuk kaki dxer macam saya ini. Tetapi jika kita ingin local QSO, fenomena SKIP ini pula tidak disukai kerana kita tidak boleh copy signal rakan kita dinegeri lain. 

Kemudian tiba-tiba....DU1WGA pula masuk. Ianya datang dari Filipina. Signalnya juga kuat dan jelas....dengan masuknya stesen ini, kawan terus jadi lemah dan longlai. Band confirm tidak membuka luas. Hanya membuka dikawasan Asia Tenggara sahaja. Jadi bagaimana nak tembus ke Brazil sana. Jadi selepas QSO dengan stesen dari Filipina itu, kawan pun QRT dan turun bawah bancuh milo panas...

Hasil DX petang tadi :

VK8CAW - Australia
BA5CJ/5 - China
DU1WGA - Filipina

                                                                                                                                          73 de 9M2ZAK

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...