Monday, November 23, 2020

Kenwood TS570D HF Transceiver : Audio RX Problem

 


Kenwood TS570D ini mengalami masalah rx audio, seperti yang kalian lihat dan dengar pada video diatas. Audionya amat teruk sekali dan disertai dengan bunyi cracking. Jadi tengoklah macam mana nanti, saya akan trouble shoot dia pelan-pelan. 73 Zaki




Sunday, November 22, 2020

Xiegu X108G HF Transceiver Firmware Problem.

 

Xiegu X108G HF ini jika dilihat kepada spefikasinya, ia adalah sebuah rig yang mantap kerana cover 0.5mhz hingga 30.0mhz. TX power pula boleh mencecah sehingga 20w dan ada mode SSB, CW dan AM. Semasa rx, ianya hanya menggunakan 600mA sahaja dan semasa TX pula jika full power, hanya 7.5A sahaja digunakan. Jadi memang sesuai untuk digunakan aktiviti luar atau outdoor.


Paparan muka hadapannya pula sangat cantik, maka tidak hairanlah jika ianya mendapat perhatian serious bagi penggemar low power transceiver kerana antara muka hadapannya yang nampak cool atau rugged ini.

Namun, pada masa kini, model X108G ini sudah ditarik dari pasaran antarabangsa dan tidak dikeluarkan lagi kerana mengalami banyak masalah terutama sekali berkaitan dengan firmware. 

Walaupun FW dia sudah di update, namun masalah itu tetap ada, iaitu masalah tiada RX dan tiada audio. Namun ada sikit peningkatan sebenarnya sebelum ianya dikemaskini berbanding sebelum. Sebelum kemaskini, signal bar langsung tiada, tetapi selepas update, muncul satu bar semasa RX dan audio pula hanya kedengaran halus sahaja walaupun volume dinaikkan sehingga habis. Dari segi TX pula, ianya tiada masalah, berfungsi dengan baik. Masalah ini hanya pada RX sahaja.


 

TYT TH-9800 : Left Vol/SQL knob problem

 

Volume/SQL knob patah
Masalah ini berpunca daripada cara bungkus tidak kemas atau tidak bagus, dimana seller tidak meletakkan stiker fragile pada bungkusan dan akibatnya, bungkusan ini sudah semestinya dicampak-campak sahaja semasa proses loading dan unloading dari gudang ke lori, dari lori ke pusat pengumpulan dan dari pusat pengumpulan ke lori dan seterusnya. Maka hasilnya adalah seperti gambar di atas.

Seller dihubungi untuk menyatakan masalah yang dihadapi, kemudian seller minta untuk dipost semula rig tersebut. Namun oleh kerana kos kurier semula ke China memakan kos yang tinggi, maka seller dengan berbesar hati mengirim alat ganti untuk dibaiki disini. Masalah yang berlaku adalah apabila rig ini dihidupkan, bunyi hissy kuat kedengaran kerana fungsi SQL telah rosak dimana batang dalam VR tersebut telah patah dan menjejaskan fungsinya.

Maka proses menggantikannya dimulakan, apabila semua dibuka. Didapati "mereka" hanya menggunakan enamel copper sahaja. Apakah ini langkah penjimatan? hanya mereka saja yang tahu kebenarannya.



Proses menggantikannya sudah selesai dan kini TH-9800 kembali beraksi seperti sediakala. Bunyi hessy dari kegagalan SQL pun sudah hilang. Dunia kembali aman. 73 Zaki.


Wednesday, November 11, 2020

Raspberry Pi with OP25

 




Raspberry Pi With OP25

Langkah 1 :

sudo apt-get update

sudo apt-get install cmake build-essential libusb-1.0-0-dev

cd ~

git clone git://git.osmocom.org/rtl-sdr.git

cd rtl-sdr

mkdir build

cd build

cmake ../ -DINSTALL_UDEV_RULES=ON -DDETACH_KERNEL_DRIVER=ON

make

sudo make install

sudo ldconfig

reboot

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Langkah 2 :

git clone https://github.com/boatbod/op25.git

cd op25/

./install.sh

reboot

Test OP25,

cd op25/op25/gr-op25_repeater/apps/

./rx.py --args 'rtl' -N 'LNA:47' -S 2500000 -x 2 -f123.4567e6 -o 17e3         

kemudian salin NAC kod yang terpapar untuk digunakan dalam step yang seterusnya, contoh spt berikut.

NAC (salin kod ini) WACN 0xbee00 SYSID 0xle8 123.4567/128.4567 tsbks 582

nota kaki : pada -f123.456ef gantikan dengan CC freq kawasan anda

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Langkah 3 : 

pergi ke /home/pi/op25/op25/gr-op25_repeater/apps

dan open file trunk.tsv dan edit perkara berikut:

Control Channel List : masukkan freq CC kawasan anda

NAC : masukkan kod HEX yang dapat dari langkah 2

TGID Tags File : (namakan file ID TG yang akan kita bina pada langkah seterusnya).

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Langkah 4 : 

pergi ke /home/pi/op25/op25/gr-op25_repeater/apps

dan open file tompkins.tsv dan delete semua isi kandungannya dan masukkan TG (DEC) dan alias TG baru. Contoh,

12345 XXXXXXXXX

45678 XXXXXXXXX

dan save file tersebut dan namakan file itu sama seperti dalam TGID Tags File  , contoh bola.tsv

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Langkah 5 :

dry run,

cd op25/op25/gr-op25_repeater/apps/

./rx.py --args 'rtl' -N 'LNA:47' -S 2500000 -x 2 -f(masukkan freq CC anda)e6 -o 17e3 -T trunk.tsv -V -2 -U 2> stderr-stream0.2

Jika anda nampak nama TG yang anda set itu dibawah terminal, maknanya sukses.Jika tidak, sila kembali ke langkah 2

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Langkah 6 :

Bina sh file untuk memudahkan kita run dia. Terpulang kepada anda untuk nak bagi nama apa sh file anda.

sudo nano malis.sh

kemudian, bina

#! /bin/sh

cd /home/pi/op25/op25/gr-op25_repeater/apps

./rx.py --args 'rtl' -N 'LNA:47' -S 2500000 -x 2 -f(masukkan freq CC anda)e6 -o 17e3 -T trunk.tsv -V -2 -U 2> stderr-stream0.2

Save dan exit. kemudian,

sudo chmod +x malis.sh

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Langkah 7 : Run OP25

./malis.sh

dan ia sepatutnya jalan elok. Jika tidak, kembali ke langkah 1 semula. 73 de 9m2zak.



Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d