Saturday, February 20, 2021

Yaesu FT450 : Control board problem.

 


FT450 ini sebenarnya sudah hampir 4 ke 5 tahun berada bersama saya. Masalah yang dihadapi olehnya ialah semua butang pada panel hadapannya tidak berfungsi. Pelbagai cara cara dan kaedah serta pemeriksaan rasanya mahu mencecah beratus kali dilakukan tetapi tidak menemui puncanya.

Simptonnya adalah seperti berikut:

  1.  Power ada, apabila dihidupkan ianya hidup seperti biasa.
  2. VFO berjalan seperti biasa, dimana apabila dipusing VFO. Freq berubah seperti biasa.
  3. Tombol Shift berjalan seperti biasa, dimana apabila dipusing freq berubah.
  4. Power output ada, apabila TX ianya keluar seperti biasa.
  5. Tombol SQL/RF Gain berjalan seperti biasa.
  6. AF Gain berjalan seperti biasa
Tetapi masalahnya adalah disini:
  1. Semua button pada panel hadapan tidak berfungsi langsung
  2. Button F juga tidak berfungsi.
  3. Button HOME/RCL tidak berfungsi, maka sudah pasti operasi Master Reset gagal.
Sebelum ini saya juga mencuba menukar IF board dengan yang lain - gagal.
Menukar seketul control panel - gagal

Kemudian, pada pagi tadi, semasa sedang asyik melayan membaca Service Manual FT450, tetiba terlintas untuk menukar Control Board. Saya memang tak saspek langsung control board ini sebab rig ini boleh hidup dan tx/rx macam biasa, Cuma masalah button pada panel hadapan saja.

Jadi selepas itu, saya pun terus tukar Control board, kemudian apabila dihidupkan... nah ianya terus tunjuk freq 7.130mhz. Maka tahulah yang dia berjaya. Saya tak puas hati lagi, saya cuba tukar band, fuh...jalan elok. selepas itu saya try semua button. Nah...elok semua.

Tanpa berlengah lagi saya terus master reset.

Control Board yang rosak

Kemudian, control board ini disiasat. Hasilnya jumpa. Rupanya memang sah control board ini ada masalah. 

regulator 7808A rosak

Regulator 7808A ini rosak. Jika dilihat gambar di atas, ianya supply 8volt ke CPU IC. Jadi terjawablah sudah kenapa semua function button tidak berfungsi. Tetapi kenapa power dan VFO masih boleh jalan?

Regulator rosak

Power masih hidup dan VFO masih jalan kerana mereka sebenarnya dikawal oleh Chip yang satu lagi, iaitu Q4012.


manakala button tadi dikawal oleh chip Q4024.


dimana IC Q4024 ini tidak mendapat supply dari regulator yang mati tadi. Regulator itu mati mungkin sebab overheat, sebab saya dapati Thermal Paste dia sudah tiada, kering. Ini mungkin faktor usia. Jadi untuk itu, saya masuk thermal paste baru utk semua regulator baru yang ada di board tersebut untuk masa hadapan agar tahan lebih lama.



Video dibawah ini adalah hasil selepas repair.



Semoga ianya bermanfaat. 73 daripada Zaki 9M2ZAK.


Thursday, February 11, 2021

Homebrew HF RF Power Amplifier : Unit kedua (tanpa LPF)

 

Ujian tanpa LPF ini berjaya. Saya berjaya mendapat peak 6xx watt dengan drive 10w pada 20v power supply. Maka selepas ini, saya akan bereksperiment pula dengan nilai C1-C2-C3 pada LPF untuk melihat perbezaannya.

Selamat Tahun Baru Cina 2021. 73 dari Zaki 9M2ZAK.

Wednesday, February 10, 2021

Homebrew HF RF Power Amplifier : Unit kedua. Ujian LPF.

Ujian kali ini pula saya lakukan dengan 5 watt drive. Syukur semuanya berjalan elok. Ujian ini saya lakukan tanpa menggunakan RF Sensing. Ini adalah kerana ingin melihat perbezaan ada dengan tiada RF sensing.


Ok semuanya jalan elok. Ujian ini dilakukan pada bias 3.0v. Selepas ini akan diuji lagi, Ujian kali ini pula adalah tanpa LPF, Di bawah ini adalah catatan hasil ujiannya. Semoga bermanfaat, 73 Zaki.

Power Supply : 20V

Drive power : Input 3w  = Output 200w

Drive power : Input 5w  = Output 300w

Drive power : Input 10w  = Output 350w

Monday, February 8, 2021

Homebrew HF RF Power Amplifier : Unit kedua.

 

Amplifier #2

Dalam kesibukan PDPR dan pergolakkan manusia melawan pandemik,  saya sempat juga menyiapkan satu lagi amplifier yang kedua. Amplifier ini masih sama dengan amplifier yang pertama sebelumnya sebab ianya 100% saya copy dari #1.


Jaga jarak anda, kerap cuci tangan dan jangan keluar jika tiada urusan penting. 73 Zaki



Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d