Monday, July 1, 2013

Dari Kulaijaya ke Benua Amerika Selatan : Bahagian 5

Setelah 4 hari bersabar dan tekun CQ di kedudukan yang sama, akhirnya ianya membuahkan hasil. Selama empat hari kawan hanya CQ di kedudukan 30 darjah Utara mencari stesen Brazil yang mana kawan yakin bahawa mereka akan muncul juga. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, pepatah ini memang ada kebenarannya, jika kita usaha kita pasti akan dapat mengecapi kemanisannya.

Pada petang 6 June tersebut, kawan memulakan cabaran Benua Amerika Selatan agak awal iaitu sekitar jam 5.20 petang waktu Malaysia Barat. Ini adalah kerana jika berdasarkan kepada peta DXwatch.com, pada ketika itu, negara Brazil sudah pun pagi dan menerima cahaya matahari pagi. Selepas 4 minit CQ, tiba-tiba panggilan kawan telah disahut oleh sebuah stesen dari Korea Selatan. Berdasarkan pengalaman dan pengamatan masa-masa lalu, jika ada stesen Korea Selatan masuk, maka peluang untuk signal kita masuk ke benua Amerika Selatan amat cerah dan tinggi.

Dengan kemasukkan stesen Korea Selatan itu, naluri kawan telah berkata yang pada petang ini, kawan nampaknya macam ada peluang untuk dapat stesen dari Benua Amerika. Jadi dengan rasa penuh semangat dan berkeyakinan tinggi, kawan terus dan terus CQ di frequency. Kemudian kawan terpaksa berhenti sebentar pada jam 5.40 petang kerana ada tugasan lain yang perlu ditinggalkan. Tetapi dalam sanubari kawan, masih lagi menaruh harapan yang tinggi bahawa akan ada contact pada hari ini.

































Aktiviti pemburuan disambung semula pada pukul 7.25 petang, pada ketika itu, band 15 meter masih lagi cantik. Signal noise yang dicatatkan hanya S0 dan stabil, bermakna keadaannya amat terbaik sekali. Peluang ini jangan dilepaskan, CQ dan CQ kawan hulurkan agar sampai ke Benua Amerika sana. Setiap CQ kawan kali ini disahut oleh stesen dari Jepun, memang tidak dapat dinafikan, stesen Jepun ini amat aktif sekali, panggillah pada waktu mana sekalipun, mereka pasti akan muncul membalas CQ anda. Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, Jepun adalah negara yang paling ramai sekali pemegang lesen radio amaturnya di dunia ini. Jadi tidak hairanlah jika kita halakan antenna kita ke arah mereka, CQ kita nanti pasti ada jawapannya. 

Kemudian selepas beberapa minit, kedengaran callsign yang asing dan lain daripada yang lain. Ianya datang dengan kuat sekali, 599 kekuatan signalnya. Tergamam sebentar apabila melihat callsign PY1ON di dalam logbook kawan. Yesssss...kawan menyebutnya di dalam hati, berjaya juga akhirnya. Kawan berjaya mendapatkan stesen dari Brazil melalui Long Path dengan kekuatan 100 watt dan signal kawan telah berjalan sejauh 24271.7 km dari Kulaijaya ke Sao Pedro, Brazil. Ini bermakna signal yang dibawa oleh tenaga 100 watt ini telah bergerak hampir mengelilingi dunia ini. Subahanallah, sungguh hebat sekali kuasa gelombang radio ciptaan ALLAH SWT ini. Ini berdasarkan kepada fakta yang diameter bumi ini adalah
39,842 kilometer.

Selepas itu, kawan meneruskan cabaran dengan harapan ada lagi stesen dari sana yang masuk. Tetapi selepas itu, kawan pileup pula dengan stesen dari Jepun dan akhirnya band 15m menutup tirainya dengan kehadiran QRM dan noise yang tinggi sehingga S5. Sehubungan dengan itu, kawan pun menamatkan cabaran Benua Amerika Selatan dengan senyuman sehingga ke telinga sebelah lagi. 

PY1ON op LIU
Terima kasih diucapkan kepada saudara Liu PY1ON kerana merealisasikan impian kawan untuk masuk ke benua Amerika Selatan ini. Semoga anda dipanjangkan umur dan murah rezeki hendaknya. Dan diharapkan juga agar kita dapat berjumpa lagi pada waktu dan band yang lain pula jika keadaan band mengizinkan. Cabaran kawan tidak akan berhenti disini sahaja, kawan akan meneruskan cabaran ini kerana objektif utama cabaran ini adalah untuk mendapatkan PILEUP dari benua Amerika Selatan. 

Secara kesimpulannya, dapat dikatakan disini bahawa jika ada stesen Korea Selatan masuk, peluang atau potensi untuk masuk ke Benua Amerika Selatan adalah cerah dan tinggi. Selamat mencuba dan Good Luck in your Dx, Best 73 de 9m2zak.

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...