Saiyidina Ali bin Abu Talib pernah berkata,
“.......Semua bekas akan menjadi penuh
sekiranya diisi, kecuali bekas ilmu yang apabila diisi, ia akan meminta untuk
ditambah......”
Kasih sayang ialah kepekaan dan perasaan
cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
Orang yang bersifat penyayang akan sentiasa mengambil berat terhadap apa yang
disayanginya, menghargainya, dan ingin berkongsi apa sahaja dengannya. Semua
orang tidak kira tua atau muda, memerlukan kasih sayang, kasih sayang juga
dapat ditunjukkan dengan pelbagai cara seperti belaian, pelukan, kata-kata
pujian dan senyuman malah ianya akan menjadikan seseorang itu berasa yang
dirinya diterima, diperlukan dan dihormati orang lain. Tanpa kasih sayang,
seseorang itu akan berasa dirinya terasing, kecewa, tidak dihargai dan
diterima. Semua agama dan kepercayaan mengajar penganutnya mengamalkan sikap
kasih sayang terhadap Tuhan, Rasul, Nabi, guru, ibu bapa, diri sendiri,
rakan-rakan dan haiwan...
Manakala dalam Islam pula, Allah ada
menyebutnya dalam Al-Quran, surah Al-Muzzammil, diakhiri ayat ke-20, dengan
bermaksud: “Dan mohonlah ampunan kepada Allah: sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Dalam ajaran Buddha, iaitu dalam kitab
“Dhammapada (5)”, mengatakan bahawa “ Kebencian di dunia ini tidak boleh
dihapuskan dengan kebencian juga. Hanya kasih sayang yang menghapuskan
kebencian itu dan ini adalah undang-undang dunia sejak dulu kala lagi.”
Dengan mengamalkan sikap kasih sayang
sesama insan, seseorang itu akan melayan orang lain dengan penuh mesra dan
hormat sekalipun dia pernah disakiti olehnya. Kita perlu menghormati orang lain sebagaimana kita
ingin orang lain menghormati kita. Oleh itu, apabila seseorang tahu yang
dirinya disayangi dan dihormati, orang itu juga akan menjadi orang yang baik
dan penyayang. Kehormatan dan kasih sayang merupakan sesuatu yang perlu dipupuk
dalam diri sendiri dan boleh berkembang. Semakin banyak penghormatan dan kasih
sayang kita pupuk dan semai dalam diri kita, maka akan semakin banyaklah kasih
sayang dan penghormatan yang akan diterima dari sekeliling kita.
Baiklah para pembaca sekalian, kita
berbalik kepada topik utama kita post kali ini. IARU HF Championship 2013.
Dalam contest ini, cabarannya adalah berlainan sedikit berbanding dengan
contest-contest yang lalu. Ini adalah kerana ianya berlangsung dalam bulan yang
mulia, iaitu bulan Ramadhan. Jadi secara tidak langsung, cabaran untuk
mengharunginya bertambah sekali ganda hebatnya. Mengharungi cabaran dalam
keadaan berlapar dan haus, kering tekak, perut menyanyi dan pelbagai lagi
perkara-perkara yang berkaitan dengan lapar dan dahaga ini. Tetapi ingat
tuan-tuan dan puan-puan yang budiman sekalian. Allah itu Maha Adil dan Maha
Bijaksana, DIA telah menetapkan yang contest ini akan bermula pada pukul 8.00
malam waktu tempatan dan berakhir pada jam 8.00 malam keesokkan harinya, iaitu
dari hari Sabtu hingga hari Ahad. Jadi ini bermakna, kita boleh mengikuti
contest ini dengan selesa dan terus memberi saingan kepada rakan-rakan yang lain
di seluruh dunia. Allah sayang kepada kita tuan-tuan dan puan-puan yang budiman
sekalian...Ini bermakna juga, warga radio amatur yang beragama Islam masih lagi
boleh memberi cabaran kepada rakan-rakan yang lain meskipun dalam bulan
Ramadhan dan tidak menjadikan bulan yang mulia ini sebagai alasan. Agama bukan
penghalang untuk kemajuan, tetapi agamalah sumber inspirasi untuk kemajuan.
Disini kawan ingin mengucapkan syabas dan
tahniah kepada 9M2SM op 9M2GET, 9W2SBD op bang Salehan, 9M6YBG op Mr Go dan 9W2ZJB
kerana dengan penuh bersemangat menyertai contest ini. Sanggup mengharunginya
dalam bulan Ramadhan ini. Sanggup menerima cabaran dari warga radio amatur dari
seluruh dunia, Bersaing dengan rakan-rakan yang tidak berpuasa, yang contest
sambil minum kopi panas dan Kuaci Cap Bunga Matahari perisa marjerin. Syabas
kawan ucapkan. Disini juga kawan ingin bangun dan berdiri sambil menghulurkan
salam tanda hormat dan sayang kepada 9W2SBD/QRP kerana tidak berputus asa dalam
mengharungi cabaran contest. Walaupun tidak mendapat sebarang kutipan mata,
beliau tetap masih mahu memberi saingan, tidak putus-putus dan tidak jemu-jemu
memberi dan menghulurkan callsignnya kepada rakan yang sedang CQ, ada ketikanya
kawan ingin membantu dengan memancar dari stesen kawan. Tetapi apabila
mengenangkan kesanggupan beliau menyahut cabaran ini, kawan membiarkan sahaja
kerana rasa puas dan senyuman mendapat contact ini kawan mengerti dan tahu
berapa nilainya, nilainya tidak terhingga tuan-tuan dan puan-puan yang budiman
sekalian. Apatah lagi jika contact itu kita memperolehinya dari kuasa yang
rendah, kuasa 5 watt, satu kuasa yang
didefinasikan sebagai QRP dalam term radio amatur. Lagilah tinggi
nilainya…Subhanallah, semoga kekuatan dan kesabaran yang dianugerahkan oleh
ALLAH SWT kepada bang Salehan ini ada dalam sanubari kawan dan juga rakan-rakan
radio sekalian. Insyaallah….
Begitu juga dengan rakan dari Skudai, Johor
Bharu ini. Beliau sanggup datang malam-malam selepas terawih kerana dahagakan
ilmu. Minat beliau terhadap ilmu radio ini tidak dapat kawan nafikan. Sikap
ringan mulut rajin bertanya ini adalah satu cara yang baik untuk kita lebih
memahami sesuatu topic, jika kita bertanya…itu bermakna kita berfikir
tentangnya dan ingin lebih memahaminya, samalah juga dengan 9W2ZJB atau lebih
mesra dikenali sebagai Mat @ Mat Tanglung. Beliau juga memiliki sifat-sifat
terpuji ini. Rajin bertanya…umpama kanak –kanak berumur 2-3 tahun, yang tidak
jemu bertanya untuk lebih mengenali dunianya…samalah juga dengan Mat ini, tidak
jemu bertanya untuk lebih mengenali dan memahami dunia radio amaturnya. Memang
sudah sifat semulajadi kawan untuk memberi dan mendidik, tidak menjadi
kesulitan dan keberatan kepada kawan untuk mendidiknya. Insyaallah jika
diizinkan ALLAH SWT dan dimurahkan rezeki serta dipanjangkan umur olehNYA,
kawan akan cuba
mendidik Mat Tanglung supaya mendapat M bagi meneruskan perjuangan rakan-rakan
sekalian. Pada malam contest tersebut, kami berdua tidak tidur sama-sama, malah
kami sahur sama-sama, Terima kasih diucapkan kepada XYL kawan kerana menyokong
penuh segala aktiviti kawan malah menyediakan sahur yang terhebat untuk kami.
Bagi rakan-rakan yang pernah DX atau contest bersama saya, mereka tahu
bagaimana keadaannya dan situasi mesra DX di base kawan. Dalam kejayaan
seseorang lelaki, pasti ada perempuan dibelakangnya…I love U…chewahhh…
Baiklah…tersasar jauh pula kita, mari kita
kembali ke topic kita sekali lagi. Dalam contest ini, kami memancar dengan
menggunakan callsign contest iaitu 9M2SD. Dimana kategori yang kami masuk
adalah Multi Op. Sebenarnya, dalam undang-undang contest, Kategori Multi ini
hanya terbuka untuk High Power sahaja. Jadi ianya adalah satu kerugian kepada
stesen yang masuk Multi tetapi tx low power, sebabnya nanti apabila mereka
menghantar log cabrillo mereka, computer tetap akan meletakkan mereka dalam
kategori high sebab ianya sudah dan telah diprogramkan. Namun kawan tidak
mengambil kisah sangat syarat-syarat tersebut kerana objektif utama kawan
menyertai contest ini adalah untuk memberi peluang kepada rakan-rakan lain
diseluruh dunia menambah point mereka dan koleksi DXCC mereka. Ini adalah
kerana kawan pun faham juga dengan jiwa rakan-rakan yang lain, mereka pun ingin
meningkatkan kutipan DXCC mereka juga, malah tahu yang semasa contestlah
peluang ini terbuka. Jika berjaya mendapat tempat pertama, itu sudah dikira
sebagai bonus dan rezeki dari ALLAH SWT. Rezeki jangan ditolak musuh pula
jangan dicari…tuan-tuan dan puan-puan yang budiman sekalian. Strategi ini juga
diamalkan oleh rakan 5 watt kita dari Sri Iskandar, Perak, iaitu 9W2SBD. Beliau
juga menggunakan kesempatan ini untuk melengkapkan kutipan 100 DXCC beliau.Tetapi,
ALLAH masih sayangkan beliau, masih mahu beliau aktif dalam mode QRP ini,
sebabnya…jika beliau berjaya 100 DXCC dengan QRP. Maka beliau akan QRO. Tetapi
seperti yang saya katakan tadi, ALLAH masih sayang dan mahukan bang Sidik terus
dalam mode QRP ini sebabnya…sebabnya masih ramai lagi rakan-rakan diluar sana
yang dahagakan ilmu QRP ini dari bang Salehan, masih ramai lagi diluar sana
yang ingin menuntut ilmu QRP ini dari bang Salehan, masih ramai lagi anak-anak
muda yang ingin belajar dan menerokai FT 817 dari bang Salehan. Faktor itu yang
kawan nampak sebenarnya. Jadi disini kawan ingin sarankan…agar bang Salehan
jangan putus asa dan terus berusaha mengejar impian 100 DXCC dan pada masa yang
sama, lebih memahami dan mendalami ilmu QRP ini untuk rujukan anak-anak cucu
kita nanti.
Adeh…tersasar lagi…sekali lagi, berbalik
semula kepada contest itu tadi. Jadi disini, dapat disimpulkan bahawa cabaran
contest IARU HF Championship ini telah selamat dan berjaya ditempuhi. Tahniah
sekali lagi diucapkan kepada 9M2SM/QRP kerana mencapai sasaran 250 station ke
atas, kami 9M2SD pula hanya mampu kutip 235 sahaja setelah mendapat gangguan
luar jangka semasa pileup, dan tahniah juga kepada bang Salehan 9W2SBD/QRP
kerana menunjukkan semangat juang yang tinggi di band yang penuh cabaran iaitu
10 meter band. Semoga kita berjumpa lagi dan Selamat Berpuasa dan Berterawih
kawan-kawan yang budiman sekalian. 73 de 9M2ZAK.