“ Orang yang cemerlang sebenarnya bukanlah
orang yang melakukan sesuatu perkara berlainan daripada orang lain, tetapi
melakukan sesuatu perkara itu dengan cara yang berlainan daripada orang lain”
Orang yang berani mencuba ialah orang yang
mengamalkan sikap menjaga maruah diri, tidak suka meminta-minta, dan berusaha
sendiri untuk mencapai matlamat yang diingini. Keinginan untuk mencuba bukanlah
bererti seseorang itu ingin membuat sesuatu yang lebih baik daripada orang lain
tetapi sebenarnya beliau ingin mencuba menghasilkan sesuatu yang terbaik
mengikut kemampuan yang ada pada dirinya, dengan dibimbing dan didorong oleh
rakan-rakan sekeliling. Sifat ini perlu ada dalam diri kita warga radio amatur.
Kejayaan dari hasil percubaannya itu boleh meningkatkan keyakinan dirinya dan
seterusnya boleh memberi sumbangan ke arah peningkatan kemahiran dalam bidang
ini.
Bang Salehan 9W2SBD |
Sifat ini kawan nampak ada di dalam diri
beberapa warga radio amatur di tanahair kita. Dimana mereka yakin dengan diri
sendiri, berani mencuba dan sentiasa berfikiran positif, tahniah diucapkan
kepada Bang Salehan, 9W2SBD yang berani membuat beberapa percubaan. Pelbagai
eksperimen beliau lakukan di dalam hobi ini, selain daripada percubaan 100 DXCC
dengan QRP, sekarang timbul pula percubaan untuk menghasilkan 3 element delta
loop untuk band 10 meter.
Walaupun sebelum ini pelbagai dugaan yang datang
melanda, namun semua perkara itu tidak menjadi halangan untuk beliau meneruskan
aktiviti radionya. Syabas dan tahniah kawan ucapkan…disini kawan doakan agar
segala perancangan dan projek bang Salehan akan berjaya dengan suksesnya.
Sehubungan dengan itu, dari arah selatan ini, iaitu lebih kurang 800 kilometer
jauhnya ke utara semenanjung Malaysia, kawan hanya mampu membantu
dan menyokong dengan menghadiahkan penulisan ini agar projek bang
Salehan berjaya seadanya.
Pepatah melayu ada berkata, mata pena lebih tajam
dari mata pedang…itu dahulu, tetapi jika kita adaptasikannya, maka ia akan
menjadi… Sebaris ayat ditaip di komputer, seribu semangat akan dijananya…Jadi
disini mari kita renungkan cerita yang bakal kawan ceritakan ini….ceritanya
begini:
“ Setelah selesai Columbus meneroka benua Amerika, beliau belayar pulang ke
negaranya dan menceritakan pengalaman serta kejayaannya itu kepada masyarakat
Eropah. Walaupun ramai yang kagum dan berasa bangga dengan kejayaannya itu,
namun terdapat sekumpulan orang ternama yang tidak mengiktiraf kejayaan beliau.
Mereka mengatakan bahawa penemuan Columbus
itu itu bukanlah sesuatu yang luar biasa dan malah…semua orang boleh
melakukannya.
Memandangkan
tiada seorang pun yang berani menyahut cabaran itu, Columbus pun berkata: “Baiklah, saya dapat
melakukannya.” Kemudian, beliau memecahkan sedikit pada hujung telur itu dan
meletakkannya di atas meja pada hujung telur yang pecah itu.Telur itu pun
berdiri dengan tegak dan tidak bergolek.
Melihat
betapa senangnya Columbus menyelesaikan masalah
tersebut, salah seorang daripada golongan ternama yang tidak mengiktiraf
kejayaan Columbus
itu pun berkata: “Ahh, kalau cuma begitu saja caranya, semua orang disini pun
boleh buat juga.” Columbus tersenyum mendengar sindirin orang ternama tersebut,
lalu beliau pun berkata: “ Demikianlah juga apabila saya menjadi orang Eropah
pertama yang berjaya meneroka Benua Amerika, sebelum ini tiada sesiapa pun yang
berani melakukannya, pelbagai alas an diberikan, malah ada yang menghina dan
menggertak saya, akan tetapi apabila saya berjaya melakukannya, ramai pula yang
mengatakan bahawa sesiapa pun boleh melakukannya” Kata - kata Columbus itu
menyebabkan para hadirin terdiam seketika, namun selepas itu, majlis itu
menjadi bertambah meriah dengan sokongan dan pengiktirafan daripada mereka.
Kesimpulannya ialah….sikap yang ada pada
diri bang Salehan dan juga pada diri Columbus
adalah sama, iaitu mempunyai harga diri, membuat perancangan dan menyusun
matlamat tersebut mengikut keutamaan serta sanggup berusaha untuk mendapatkan
sesuatu sehingga berjaya. Manakala bagi golongan ternama pula, sikap mereka ini
tidak ubah seperti masyarakat kita, maksud kawan…ahli masyarakat kita, dimana
ada segelintir daripada mereka ini mempunyai perasaan dengki apabila melihat
kemajuan orang lain. Mereka – mereka ini juga sentiasa memperkecilkan
pencapaian orang lain, sedangkan mereka sendiri pula tidak berusaha untuk
meningkatkan prestasi diri mereka.
Jadi disini apa yang kawan ingin sampaikan
adalah kecemerlangan dan kejayaan adalah sesuatu yang boleh dicapai oleh semua
orang. Untuk mencapainya, seseorang itu perlu berani mencuba sesuatu yang baru,
membuat perancangan dan menyusun matlamat itu mengikut keutamaan, serta
melakukannya dengan cara yang paling baik, yakin dan kreatif. Insyaallah…73 de
Zaki 9M2ZAK.