Monday, March 28, 2016

CQWPX SSB 2016 : Single Operator 40m Low Power

CQWPX SSB menjelma lagi, sudah pasti hujung minggu lepas iaitu pada 26 Mac - 27 Mac 2016 semua station di seluruh dunia sibuk dan berkampung di dalam shack masing-masing untuk menyertai contest ini. Kawan juga turut serta dalam contest ini kerana jiwa kawan sudah sebati dengan radio sport ini. Hidup rasa macam tidak lengkap jika tidak menyertainya. Itulah penangan radio amatur, hobi yang menyatukan.

Kali ini, kawan sengaja memilih kategori single band single operator kerana ingin menguji antenna Diamond W8010, sungguhpun ant ini dapat cover band 80m hingga 10m, tetapi kawan hanya gunakan section 80m dan 40m sahaja. Bahagian 20m dan 10m kawan tidak pasang. Jadi secara tidak rasminya, ianya akan menjadi W8040. Dipole ini terdiri daripada dua trap, iaitu trap untuk 40m dan 80m. Apabila semuanya sudah dipasang, panjang keseluruhannya menjadi 19m sahaja. Pendek juga antenna ini, dan tidak memakan ruang yang banyak kerana ukurannya yang pendek.

Jadi mudah untuk kawan memasangnya. Dipole ini kawan secara inverted V. Dimana balun bu-50 diikat pada pole yagi tribander dan kedua-dua hujungnya itu diikat pada bawah depan rumah dan belakang. Mujur panjang keseluruhan rumah adalah 70kaki, maka proses pemasangan dipole ini tidaklah rumit kerana masih terdapat ruang yang banyak di atas bumbung sana.

Bacaan SWR pula bagus, pada band 40m, ianya dapat mencatatkan bacaan SWR yang rendah iaitu sekitar 1:1 hingga 1:7, dari frequency 7.000mhz hingga 7.200 mhz. Manakala bagi band 80m pula. SWR cantik 1:1 pada frequency 3.5000 hingga 3.570. sila lihat video dibawah.

                            

Berbalik kita kepada WPX....jadi sehubungan dengan itu. Kawan mengambil keputusan untuk beraksi bersama W8010 untuk melihat sejauh mana persembahannya dan kemampuannya mengharungi cabaran contest yang getir ini. Oleh kerana kawan beraksi pada band 40m, jadi aktiviti contest kawan hanya pada waktu malam sahaja. Ini adalah kerana band 40m membuka cantik pada waktu malam. Waktu siang...kawan penuhi dengan aktiviti tidur dan penyelenggaraan antenna dan system logging N1MM. Oleh kerana hari Ahad kawan bekerja, maka pada malam sabtu tersebut kawan terpaksa berhenti awal untuk tidur kerananya esoknya kawan bertugas.


Hasilnya...kawan berjaya mengutip sebanyak 121 station dari seluruh dunia dengan wayar sepanjang 19m ini. Pelbagai cabaran terpaksa kawan harungi dalam menempuh dugaan contest seperti dipijak oleh Big Gun, freq dirampas oleh station yang tidak beretika dan bertarung dengan noise serta QRM yang tinggi untuk mengeluarkan weak station atau station yang jauh dari celah-celah kebisingan band dan splatter dari station 1KW. Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, ini adalah kali pertama kawan beraksi sebagai single band single operator dalam cabaran CQWPX ini. Cabarannya memang terasa sekali.

 Berikut adalah senarai negara yang berjaya dihubungi dengan wayar 19m ini.

  1. Malaysia ( 16 station )
  2. China (4 station)
  3. Germany (1 station)
  4. Filipina (6 station)
  5. Hungry (2 station)
  6. Thailand (2 station)
  7. Belarus (1 station)
  8. Italy (1 station)
  9. Jepun (9 station)
  10. Amerika (5 station)
  11. Hawai (1 station)
  12. Lithuania ( 1 station)
  13. Bulgaria (1 station)
  14. Finland (1 station)
  15. Czech Republik (1 station)
  16. Slovak Republik (1 station)
  17. Denmark (1 station)
  18. Slovenia (1 station)
  19. Russia (3 station)
  20. Kazakhstan (1 station)
  21. Ukraine (1 station)
  22. Brunei (1 station)
  23. Canada ( 3 station)
  24. Australia (1 station)
  25. Hong Kong (2 station)
  26. Laos (1 station)
  27. Indonesia (48 station)
  28. Latvia ( 1 station)
Jadi dapat disimpulkan bahawa wayar 19m ini berjaya sampai ke eropah dan juga ke Amerika Utara, manakala bagi kawasan Asia pulak, ianya tidak menghadapi sebarang masalah. Cuma benua Afrika dan Amerika selatan sahaja yang tidak berjaya kawan menghubunginya. Ini adalah kerana faktor masa dan arah pemasangan antenna. Benua Amerika Selatan dan Africa tidak berada dalam kawasan liputan antenna ini (bahasa mudah agar pembaca lain boleh memahami).

KLDX 
Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya mengharungi cabaran contest ini. Kawan salute kepada anda semua.

  1. 9m2si 
  2. 9m4sg
  3. 9m2pul
  4. 9m2get
  5. 9w2ahu
  6. 9w2dcw
  7. 9m6cdx
  8. 9m6lzy
  9. 9m6rhm
  10. 9m6xro
  11. 9m4ckb
  12. 9m4cpd
  13. 9m4cpm
  14. 9m4crx
  15. 9m4dx
  16. 9m4chs
Baiklah, kawan berhenti disini dahulu coretan kawan mengenai contest ini. Jika ada kelapangan dan ruang, kita akan berjumpa lagi pada post-post yang akan mendatang. Good Luck in your contest...73 Zaki.

How to run rtl-sdr over tcp with dsdplus fastlane

step 1 : build your own raspberry pi vpn server wget https://git.io/vpn -O openvpn-install.sh chmod +x openvpn-install.sh sudo apt update &a...