Thursday, April 22, 2021

uSDX – An Arduino Based SDR All Mode HF Transceiver V1. 02

 

Ini adalah sebuah transceiver HF All Mode dimana ianya based on arduino. PCB yang digunakan adalah V1.02. Ianya dihasilkan oleh PE1NNZ manakala LPFnya pula dihasilkan oleh WB2CBA. Disini adalah website pencipta transceiver ini. Klik sini. http://pe1nnz.nl.eu.org/

ianya datang dalam bentuk KIT dan kit ini diusahakan oleh 9M4CPJ team radio Amatur Batu Pahat Johor. Buat masa kini, ianya masih dalam mode percubaan lagi dan saya adalah antara yang bertuah kerana berjaya mendapatkannya. Insyallah selepas ini, mereka (9M4CPJ) akan mengeluarkan SDR Transceiver ini secara besar-besaran untuk market yang lebih luas.


Tahniah diucapkan kepada Pak Rani Batu Pahat 9W2ABP kerana berjaya menghasilkan SDR HF Transceiver ini dengan jayanya. Bagi yang berminat untuk menghasilkannya, dibawah ini saya lampirkan linknya.


                                        Selamat berpuasa, 73 daripada saya Zaki 9M2ZAK.


Homebrew RF Amplifier : Amplifier #4 - 300w output (13.8v)

 

Siap akhirnya amplifier nombor 4 ini, selepas ini hanya tinggal LPF sahaja. Percubaan dengan 13.8V pada 5w menghasilkan peak 400w dan stabil pada 300w. Manakala pada 20v ianya mengeluarkan 500w pada 5w. Selepas ini saya akan hasilkan amplifier nombor 5 pula. Semuanya ada 7 amplifier yang akan dihasilkan. Esok akan dimulakan projek amp nombor 5 selepas sahur. Jumpa lagi dan selamat berpuasa. 73 Zaki 9M2ZAK.

Saturday, April 17, 2021

Homebrew RF Amplifier : Bias volt setup amplifier #4

 

Saya mengambil masa 2 hari untuk siapkan bias volt ini. Tetapi jika ikutkan, sehari pun boleh settle, tetapi saya rugi sepagi sebab keluar mencari regulator, regulator tetiba rosak la pula, tiada output. Macam-macam hal, hahahaha. Selepas ini saya akan masukkan heatsink dan casing. Jumpa lagi di post yang akan mendatang. 73 Zaki 9M2ZAK.

Thursday, April 15, 2021

Homebrew RF Amplifier : Amplifier #3 - 400w output (20m Band)

 




eksperiment kali ini berjaya. Kali ini, saya teruskan eksperiment LPF 20m. Pada kali ini, saya drive 50watt dari exciter dan 25V dari power supply. Hasilnya... 400w solid keluar. Kemudian saya cuba ke udara di 20m menggunakan LPF ini. Ternyata bagus, tiada masalah signal, station-station dari Australia, Russia dan Jepun menerima saya dengan baik dan seadanya.


                                                             73 daripada saya Zaki 9m2zak

Thursday, April 1, 2021

Homebrew RF Amplifier : Amplifier #3 - Mosfet selalu short.

 

Selama seminggu lebih saya pening mencari dimana punca Mosfet IRFP250 dan power supply fuse  asyik short sebaik sahaja dihidupkan. Ianya telah menyebabkan 4 biji mosfet saya rosak. Yang peliknya, setiap kali ON, hanya mosfet #3 sahaja yang selalu short, dikira dari kanan. Berulang kali saya periksa semua komponen tetapi semuanya menunjukkan bacaan yang bagus.


Kemudian apabila saya hendak tukar mosfet baru pada mosfet yang short tu, saya terlupa untuk cabut probe dari Drain Mosfet dan pada masa yang sama skru saya sudah tanggalkan dan saya terpandang meter yang menunjukkan bacaan tidak short. Pada mulanya saya ingat masalah meter, sebab ini meter murah beli di DIY, hahahahaha. Rupanya skru tersebut telah shortkan lapisan metal bawah mosfet dengan heatsink. Puncanya adalah skru senget. Jadi untuk mengatasi masalah ini. Maka saya tambah washer plastik untuk lindung batang skru dari ke body mosfet.


Hasilnya, Drain sudah tidak short dengan heatsink. Maka untuk langkah keselamatan, saya terus pasang semua washer plastik itu kepada 4 biji mosfet sebagai langkah pencegahan.

Hasilnya adalah seperti gambar diatas. Semuanya dimasukkan washer plastik. Kemudian saya hidupkan amplifier ini dan masalah short sudah tidak lagi muncul. Amplifier ini berjalan seperti biasa. Seperti video dibawah.


PA ini masih bogel iaitu tanpa LPF, jadi saya akan masukkan LPF 80m selepas ini, RF sense dan sebagainya. Syukur sebab semuanya sudah selesai. Dibawah ini adalah hasil ujian PA #3 tersebut.

Jumpa lagi pada posting yang akan mendatang, saya akan terus update perkembangan terkini homebrew RF Amplifier ini dari masa ke semasa. 73 Zaki.

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...