Monday, September 20, 2021

Menjejaki belon kaji cuaca Radiosonde

                        

Bertemu lagi kita pada posting yang terbaru ini, pada kali ini saya ingin membicarakan mengenai satu lagi aktiviti yang mencabar dalam cabang radio amatur iaitu Radiosonde Tracking. Sebelum kita pergi dengan lebih jauh lagi, ada baiknya kita faham dahulu apa itu radiosonde dan fungsinya.

contoh Radiosone model Vaisala

Radiosonde ini sebenarnya adalah bahasa Perancis yang bermaksud kuar radio. Ianya digunakan secara meluas dalam bidang meteorologi. Bagi orang yang bekerja dalam bidang ni, ini adalah perkara biasa bagi mereka. Tujuan belon ini di lepaskan adalah untuk mengutip data berkaitan cuaca seperti Latitude, longlitude, altitude, velocity, temperature, humidity dan pressure.


Manakala bagi penggiat radio amatur pula, menjejaki belon kaji cuaca ini adalah satu kepuasan dimana station penerima yang kita bina itu berfungsi dengan baik. Sebagai bonus, jika ianya jatuh ke tanah, kita juga boleh pergi untuk mendapatkan radiosonde itu dan dijadikan sebagai trophy atau sebagai collector. Banyak kemahiran yang kita akan pelajari dalam aktiviti menjejaki radiosonde ini seperti kemahiran komputer, kemahiran antenna, kemahiran geographi, menyihatkan tubuh badan kerana aktiviti radiosonde hunting (sama seperti fox hunt), jungle tracking jika radiosonde tu jatuh ke dalam hutan, rock climbing dan pelbagai lagi aktiviti lasak bergantung kepada dimana ianya jatuh.



Belon Kaji Cuaca ini akan dilepaskan pada setiap hari (dua kali sehari) iaitu pada pukul 8am dan 8pm dari station kaji cuaca. Di Malaysia ada 8 tempat belon ini dilepaskan, iaitu :

  1. Kuantan             (Model DFM-17)
  2. Sepang              (Model DFM-17)
  3. Bayan Lepas     (Model DFM-17)
  4. Kota Bharu        (Model DFM-17)
  5. Kota Kinabalu   (Model DFM-17)
  6. Bintulu               (Model DFM-17)
  7. Tawau                (Model DFM-17)
  8. Kuching             (Model DFM-17)
Jadi ayuh kawan-kawan, kita bina ground station masing-masing untuk menjejaki belon kajicuaca ini. Oleh kerana di Johor tiada pelepasan, maka saya menumpang kasih pada belon dari negara Singapura. Belon kaji cuaca Singapura jika mengikut data, ianya dilancarkan dari Airport Changi, 

Singapore / Changi Airport (Singapore)
Sondes launched: RS41
Launch schedule:
- Everyday at 00:00 UTC
- Everyday at 12:00 UTC


Tetapi apa yang saya dapat ianya datang dari airport Paya Lebar (seperti gambar). Mungkin berlaku perubahan tempat, tetapi its ok, asalkan saya dapat menjejakinya, itu sudah cukup bermakna bagi saya. Manakala 9M2TPT pula menjejakinya dari kawasan Sungai Buluh. Jadi sudah pasti belon dari KLIA.

dijejaki oleh 9M2TPT

Dibawah ini adalah contoh video aktiviti menjejaki radiosonde yang telah mendarat dibumi di eropah.

Jadi inilah yang dimaksudkan tu, Kita juga akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kerana melakukan aktiviti hunting ini bersama dan mengembara seluruh pelusuk kawasan negeri.

Jenis - jenis Radiosonde

1. Vaisala Radiosonde RS92-SGP

Vaisala Radiosonde RS92-SGP


RS92-SGP Technical Data :

  1. Meteorological sensors ( Temperature, Humidity, Pressure Sensor)
  2. Dimension ( 220x80x75mm)
  3. Berat dengan lithium bateri 9V (160g) Berat dengan alkali bateri 9V (290g)
  4. Telemetry 
RS92-SGP telemetry data

2. RS41-SG/SGP/SGM

RS41 -SG/SGP/SGM


3. GRAW ( DFM06/09/17) (Malaysia guna ini)




4. Meteomodem (M10)



5. Intermet Systems (Imet-4)


6. iMet-54

7. Meisei (iMS-100) (Singapore guna)





Apakah peralatan yang perlu untuk menjejakinya?

Oleh kerana freq yang digunakan oleh radiosonde ini adalah sekitar 400mhz - 406mhz, maka apa jua transceiver atau receiver yang berkeupayaan range freq tersebut boleh digunakan. Begitu juga dengan antenna, antenna UHF boleh digunakan, bagi kes saya, saya menggunakan antenna jenis DISCONE.

Discone antenna saya

Oleh kerana saya menggunakan perisian radiosonde auto rx, maka sudah pasti SDR Dongle digunakan. Dalam kes saya, saya menggunakan RTL SDR Dongle dan raspberry pi, Raspi 3 dan 4 sesuai digunakan.


Bagi station penjejakkan saya, saya menggunakan raspi 4 dan ianya berjalan dengan lancar sekali.

 
raspberry 4

Perisian
Untuk perisian, saya mendapatkannya dari github. anda boleh follow langkah-langkah dalam github tersebut untuk setup radiosonde auto rx ini daripada website tersebut, disini saya lampirkan link github tersebut.

Station penjejak radiosonde Kulai

ini bagi pengguna linux atau raspberry pi, manakala bagi pengguna window pula, anda boleh download perisian ini pula dan install pada komputer anda.



http://happysat.nl/Windows10_RS/win_decoder.html

Pencapaian station penjejak radiosonde saya setakat ini.




                                                 Selamat memburu belon kajicuaca semua!

                                        HAVE YOU FOUND A WEATHER BALLOON?

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...