Terima kasih dan tahniah kawan ucapkan kepada saudara Fadil 9M2DEL kerana beliau telah berjaya menamatkan cabaran Ujian CW dengan cemerlang sekali dan menggenggam callsign 9M2DEL. 9M2DEL handle operator Fadil dari Batu Caves, Selangor. Beliau adalah salah seorang pemegang callsign kelas A yang berjaya menguasai CW dengan hasil titik peluh sendiri. Dengan azam yang kuat serta semangat yakin boleh akhirnya ujian cw berjaya beliau melepasinya. Apabila ditanya apakah rahsia kejayaan beliau, panduan dan tips-tips dari blog rakan - rakan seperti www.9m2mgl.blogspot.com telah banyak membantu dan memberi inspirasi kepada beliau disamping kerja keras yang berterusan untuk terus menguasai bunyi Dit dan Dah ini.
Sebenarnya apabila kita sudah berjaya melepasi ujian CW, kita sebenarnya baru memulakan langkah. Langkah yang sebenar baru bermula. Ujian CW itu hanyalah sebagai syarat atau pintu untuk kita menerokai gelombang elektromagnet ini. Kenapa kawan berkata sedemikian? ini adalah kerana...dengan memegang lesen kelas A, seseorang itu mendapat tiket untuk pergi ke mana sahaja dengan menggunakan apa sahaja kenderaan dengan kelajuan yang maksima. Bahasa mudahnya.... lesen besar.
Diluar sana, cabarannya adalah getir. Getir apabila ramai pengamal CW dari negara-negara lain pergi (TX) dengan kelajuan tinggi semasa mereka DX ataupun Contest. Sebenarnya bukan kemahuan mereka atau sengaja mereka TX dengan laju, tetapi itu adalah sebahagian dari tuntutan atau keperluan untuk sama-sama beraksi diudara bersama dengan rakan-rakan lain. Boleh dikatakan hampir 90% kelajuan 30-35wpm digunakan semasa DX mahupun semasa contest. Jadi, jika kita rakyat Malaysia ingin duduk sebaris dengan mereka, kelajuan tersebut perlulah dikuasai sepenuhnya.
Bagi rakan yang sudah berjaya mendapat tiket, kini semuanya berada ditangan anda. Ujian 13wpm sudah pun berjaya diatasi. Tetapi ingat, diluar sana...semuanya ganas-ganas belaka. Semuanya datang dari pelbagai latarbelakang kerjaya dan sarat dengan pengalaman. Mereka sudah berpuluh-puluh tahun bergelumang dengan Dit dan Dah ini, apalah sangat kita ini yang baru setahun jagung dalam arena ini. Jadi persediaan yang rapi diperlukan jika kita ingin bersama-sama dengan mereka.
Kita anak muda pada zaman ini beruntung sekali kerana ledakan teknologi yang melanda ini. Kini semuanya berada didalam poket. Dari resepi memasak Bubur Lambuk hinggalah ke terjemahan Al-Quran serta hadis, semuanya berada dalam tangan kita sekarang. Sebagai peminat mode CW, kita boleh juga menggunakan kesempatan ledakan teknologi ini untuk memajukan kemahiran dan meningkatkan kelajuan WPM kita. Mungkin sebelum ini kita terbatas untuk belajar CW kerana terpaksa menggunakan laptop atau PC, terbatas dengan ruang, terbatas dengan masa dan juga terbatas dengan tuntutan kerja dan tugasan. Tetapi dengan menggunakan gajet yang hanya sebesar tapak tangan ini. Semua perkara menjadi mudah. Impian untuk kita meningkatkan kelajuan kita juga semakin mudah.
Kawan percaya, disaat kawan menulis blog ini, sudah ramai rakan-rakan yang mempunyai smart phone. Fungsi smart phone boleh diibaratkan sebagai sebuah komputer. Pelbagai perkara boleh dilakukannya dengannya. Apa yang penting sekali, pastikan bateri anda penuh dan Power Bank sentiasa dibawa bersama. Jika tidak, sia-sia sahaja.
Apa kaitan pembelajaran CW dengan Smart Phone ini?...banyak kaitannya, terutama bagi rakan yang ingin belajar CW dan juga kepada rakan yang ingin meningkatkan keupayaan CW mereka. Dengan menggunakan smart phone ini, tidak kiralah jenama apa sekalipun, kita masih boleh menerokai CW. Kita boleh menggunakan perisian seperti:
1-Morse Player Free
Software ini adalah percuma dan boleh didapati dari laman PlayStore, Software ini sesuai bagi pengguna smart phone/pad yang menggunakan platform android. Anda boleh klik sini untuk mendapatkannya.
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ddsoftware.cw.morseplayerfree&feature=search_result#?t=W251bGwsMSwxLDEsImNvbS5kZHNvZnR3YXJlLmN3Lm1vcnNlcGxheWVyZnJlZSJd
Kesemua perisian-perisian ini adalah bertujuan untuk membantu kita dalam meningkatkan kemahiran CW kita. Oleh kerana CW ini tidak boleh ditinggalkan, jadi kemudahan seperti ini diwujudkan untuk kesinambungan mode CW di dunia ini. Jadi dapat disimpulkan bahawa disini, pembelajaran CW kita menjadi semakin mudah. Kini hampir dimana sahaja kita boleh belajar CW, mahupun didalam bilik kecil...hehe. Gunakan peluang ini sepenuhnya kawan-kawan.
Software ini adalah percuma dan boleh didapati dari laman PlayStore, Software ini sesuai bagi pengguna smart phone/pad yang menggunakan platform android. Anda boleh klik sini untuk mendapatkannya.
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ddsoftware.cw.morseplayerfree&feature=search_result#?t=W251bGwsMSwxLDEsImNvbS5kZHNvZnR3YXJlLmN3Lm1vcnNlcGxheWVyZnJlZSJd
2-Morse Trainer
Software yang ini pula
sepatutnya kena bayar tetapi kita juga boleh muat turunnya secara free (*Cracked)
dalam Blackmart Alpha dan software ini canggih sikit...dimana ia boleh auto generate
random character, number, QSO, punctuation, dan own text file.
3. Morse Code Defender
Sofware ini menggunakan platform android, anda boleh dapatkan secara percuma juga. Kelebihan software ini adalah ia akan meningkat kelajuan WPMnya berdasarkan prestasi kita dan kita juga boleh terus pilih kelajuan kesukaan kita. Software ini kawan gunakan sekarang untuk bilas kelajuan CW kawan apabila berada jauh dari shack kawan. Anda boleh klik sini untuk menikmatinya:
Kredit dan terima kasih kawan berikan kepada saudara Fadil 9m2del kerana sudi emel kepada saya dan memberi jalan dan idea untuk penulisan pada hari ini. Sebenarnya pada hari ini, kawan bercadang untuk relaks sahaja. Tetapi setelah membaca emel dari beliau, tangan dan jari jemari ini terus menggigil untuk menaip. Kawan juga mengalu-alukan cadangan, idea, teknik-teknik yang terkini serta perkongsian ilmu dalam CW ini untuk kawan rekodkan dalam blog ini untuk tatapan dan rujukan anak-anak cucu kita nanti. Insyaallah jika niat kita baik, maka baiklah akan jadinya.
Surah Al Baqarah. Ayat 164.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran
malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan
membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada)
air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya
tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari
berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan
awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit
dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang
membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan
rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.