"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
(Al'Alaq: 1-5)
Jam sudah menunjukkan pukul 12.37 pagi. Mata pula masih segar lagi. Selepas puas menonton National Geographic, naik ke atas menuju ke radio shack aku. Pada masa itu kedengaran 9m2ody, 9m2zc sedang giat qso dengan V85dx di 7140. Seronok melayan mereka qso sebab kualiti audio mereka begitu mantap dan enak sekali, Tapi tidak merancang untuk join qso mereka kerana topik yang mereka bincangkan itu diluar kemampuan aku. Jadi hanya mendengar sahaja, itupun tidak lama. selepas ternampak kelibat 9M0L di cluster. Maka tumpuan aku beralih pula kepada DX station ini.
9M0L ini sudah beberapa hari melakukan DX Expedition di Spratly Island ini. Aku dah memantau lama dah stesen ni. Tetapi begitu sukar sekali untuk masuk kerana ia pile up yang teramat kuat sekali. Sehinggakan nak celah sikit pun tidak boleh. Seluruh dunia menumpu terhadapnya. Paling kuat sekali adalah stesen dari Jepun. Dari kualiti audionya, dianggarkan 1000 watt dalam tangan punya geng sushi ni transmit. Kita yang 50 watt ni hanya makan asap sahajalah..tu pun jika ada asap yang tinggal. Rasanya takde asap pun..
Tapi tak mengapa, kata orang tua-tua ni memang ada kebenarannya. Jika kita sabar, kita pasti akan mendapat habuannya. dua hari aku mencuba, mencuba dan mencuba untuk masuk dalam cq mereka. Ternyata amat sukar sekali, sukar kerana dihimpit, ditindan, dilanyak dan ditepis oleh stesen- stesen yang memancar dengan 1kw ini.
Kemudian aku baru teringat petua mencelah pile up yang diperturunkan kepada aku oleh rakan kita dari German. Petua ini aku peroleh semasa beliau menginap semalam di rumah aku. Jadi kesempatan ini aku gunakan sepenuhnya. Menuntut ilmu radio ini darinya. Tapi aku tak nyatakan apakah teknik yang aku gunakan untuk mencelah pile up ini dalam blog ini kerana ianya eksklusif. Terima kasih Hans, 9m2qq atas ilmu yang diturunkan itu. Mujarab.
Malam tadi kedengaran 9M0L di 40 meter. Seperti biasa, kedengaran mereka sibuk melayan pile up yang berduyun - duyun tiba. Kesian pun ada juga kepada stesen yang tak dapat contact dan bangga pun ada jugak sebab callsign dari Malaysia tanahair tercinta ni pile up.
Setelah HRD logbook telah tersedia dan bersedia untuk di logkan. aku pun menghulurkan callsign aku. Ternyata ianya berhasil. Teknik itu berkesan! 9M0L dapat mendengar aku dikala ribuan callsign berebut-rebut dengan kuasa tertinggi mereka untuk dapatkan contact dari 9m0L ini.
9M0L : 9m2zak ur 5nn 5nn bk 9M2ZAK : RRR TU 9M0L UR 5NN 5NN TU 9M0L : 9M2ZAK TU 9M2ZAK : 9M0L TU GL E E
semasa blog ini ditulis, 9M0L masih lagi sibuk melayan Pile up yang tak putus - putus tiba di 7011 mhz. Terima kasih diucapkan kepada 9M0L atas QSOnya dan DXCC pada malam ini. Semoga kalian sukses dengan DX expedition kalian di Spratly Island.
Malam tadi tercipta lagi sejarah baru dalam arena radio amatur ini. Entah bagaimana, terlintas di benak fikiran aku untuk merakam segala aktiviti dxing aku pada malam ini. Ternyata ianya tidak menghampakan dan penuh dengan kejutan.
Sekitar jam 1530 UTC, seperti malam -malam biasa aku melakukan aktiviti dxing. Pada mulanya aku cq di 10 meter band, tetapi keadaan band ketika itu agak menghampakan. Lalu aku mengambil keputusan untuk dxing di band yang lain pula. Setelah memusing - musing tombol 718 ke sana ke mari, dari band ke band...maka band 17 m menjadi pilihan. Ini adalah kerana pada ketika itu, band tersebut amat senyap dan tenang sekali. Tiada signal noise yang menganggu, tiada station lain yang cq dan keadaan band pula ketika sedang open memuncak.
G-250 di putarkan menghala ke arah barat, 270 darjah...selepas beberapa minit...kedengaran bunyi keletak keletik G-250 menandakan ianya telah sampai ke destinasinya. Tanpa membuang masa aku pun terus cq mencari contact serata dunia.
Dalam dua kali cq rasanya, panggilan aku dijawab, kedengaran seperti dua stesen yang serentak tx kepada aku, apabila didengar dengan teliti maka stesen yang pertama dikenalpasti, iaitu ZS2I..selepas qso dengannya...terus kedengaran satu stesen yang callsignnya begitu asing sekali...pada mulanya aku kurang pasti...biar betul...hmm..aku membiarkannya tx untuk beberapa kali supaya jangkaan aku tidak meleset...
Ternyata jangkaan aku tepat, T6BP telah check in dalam dxing aku dan ia adalah DXCC terbaru bagi aku. Umpama bulan jatuh ke riba, aku tidak melepaskan peluang ini, qso dengannya aku hargai sepenuhnya. Terima kasih Branko....
Berikut adalah video dxing aku bersama T6BP untuk tatapan rakan-rakan sekalian.
Terdetik dalam minda aku untuk menulis tajuk ini apabila 9M2ESM-Shamsul bertanyakan apakah dxcc yang paling bermakna bagi aku.
DXCC yang paling bermakna bagi aku ialah GU4CHY kerana ia adalah sebuah pulau kecil yang terletak di antara England dan Perancis. Dengan kekuatan 50 watt, beaming ke arah 20 darjah utara, aku bernasib baik kerana cq aku dijawab olehnya. signalnya sungguh kuat sekali. Beberapa kali aku cuba confirm callsignnya..ternyata aku tidak silap. Keyakinan aku bertambah lagi apabila dia spot aku di dxsummit dan maka tersenyum lebar mamat ini ditengah malam...
Guernsey merupakan salah satu daripada wilayah tanggungan UK yang berstatus Bailiwick (daerah kekuasaan). Jumlah penduduknya dianggarkan sekitar 65,228 orang. Selain pulau Guernsey, "bailiwick" juga terdiri daripada pulau Alderney, Sark, Herm, Jethou, Brecqhou, Burhou dan pulau-pulau kecil yang lain, jadi segala urusan kerajaan dan postal diuruskan oleh kerajaan UK.
R1ANP op RW1AI
Selainnya, DXCC yang best bagi aku jugak datangnya dari antartika iaitu R1ANP iaitu :Club Station of PROGRESS Base yang terletak di 69 23'S 76 23'E Antarctica. Aku telah berjaya contact stesen ini dalam 3 mode, iaitu ssb, cw dan psk-31
mode ssb pada 16/12/2010 1759 utc band 20m, manakala mode psk-31 pula pada 16/3/2010 1006 utc band 20m dan mode cw pada 8/1/2011 1536 utc band 30m
Mike Fokin RW1AI (ex UA1AFM) adalah salah seorang pengembara kutub yang paling berpengalaman di dunia dan dia juga adalah seorang pengendali radio amatur yang terkenal dan tidak kurang hebatnya. Seluruh jiwa dan raganya didedikasikan kepada radio amatur ini. Pengembaraannya bermula seawal tahun 1981 dan sehingga kini beliau masih lagi tekun cq di udara. Untuk mencari kelainan, beliau juga aktif di SSB, CW dan PSK-31 dimana ianya memberi peluang kepada rakan-rakan lain untuk menambahkan lagi koleksi mereka.
Jika diamati dengan teliti, hampir 32 tahun beliau melakukannya dan yang menariknya pula adalah setiap lokasi DX XPDC nya itu berkisar di kawasan kutub. Pada tahun 2007, beliau cq di atas ais, ICE CAMP drifting station, hebat!
Qsl kad belum lagi diterima walaupun aku sudah request kepadanya. Tapi itu tidak mengapa, aku akan sabar menanti. Berdasarkan maklumat logbook aku, jumlah terkini contact aku adalah 9973 Qsos. Lagi 27 untuk cecah angka 10000.
Aku bercadang untuk memberi sesuatu yang spesial kepada contact yang ke 10000 ini. Apakah ia tunggulah nanti...
Baiklah, jam pun sudah menunjukkan pukul 1.46 pagi, kedengaran band 20m masih lagi sibuk dengan rakan-rakan dari seluruh negara sedang cq dan cq. Manakala aku pula semakin mengantuk. mata dan berat dan kepala pula sudah habis idea untuk menulis lagi.