Showing posts with label 10m. Show all posts
Showing posts with label 10m. Show all posts

Saturday, January 21, 2012

Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang...




Sudah masuk minggu ke -4 tahun 2012, iaitu sudah 22 hari kita meninggalkan tahun 2011. Pada tahun 2012 ini, perubahan pun banyak berlaku. Perubahan dari segi propogasi mahupun dari segi cuaca. Cuaca di Johor khususnya amat berlainan sekali berbanding dari tahun-tahun kebelakangan ini. Waktu pagi sehingga ke petang, cuaca panas terik, sehinggakan songkok aku menjadi kecil kerana terlalu panas ditinggalkan dalam kereta. Sebelah petangnya pula, hujan berserta kilat dan petir. Fenomena ini dinamakan hujan perolakan mengikut buku geografi tingkatan 5. Sehingga post ini ditulis, hujan pun turun seolah-olah menyokong aku tatkala menulis di alam siber ini.

Tahun 2012 juga, jumlah qso semakin bertambah, dalam HRD logbook aku ada tercatat 9M2ZAK has 12786 contacts stored updated pada 21- 1- 2012. Sudah pasti mode cw adalah majoritinya.

Phone mode pun ada juga, tetapi jumlahnya amat sikit dan sikit sekali. Mengikut ramalan, tahun 2012 ni iaitu tahun naga bagi kaum cina, kitaran sun spot akan kembali meriah, dimana band akan membuka dengan baik sekali. Sehinggakan ada rakan yang mengatakan, kalau guna sudu pun pasti pile up.

Tetapi hakikatnya sekarang, band 10m ini seolah-olah merajuk atau mati, begitu juga dengan High Band yang lain, keadaannya umpama hidup segan mati tak mahu. Sebelum ini, iaitu sekitar Oktober, November dan Disember. Band 10 meter menunjukkan kehebatannya.

Hampir setiap pagi, iaitu pada hari minggu. Kedengaran dengan jelas dan kuat sekali stesen-stesen DX, terutamanya dari Amerika Utara dan selatan, memanggil tanpa kenal erti jemu. Tetapi dalam bulan Januari ini, agak sukar untuk mendengar stesen dari Amerika Utara, Jepun - kalau ada pun hanya satu dua stesen sahaja - itu pun apabila ditanya mereka punya working condition - I am running on 1K...

Low Band pula mengambil tempat sekarang. - Low Band Ruled! - buat masa kini, ini adalah kerana banyak stesen dx kedengaran dan kedengaran di low band ini. Tambahan pula, karektor band ini amat mudah untuk difahami - bila ia buka dan bila ia tutup semuanya dapat difahami kerana patern band ini adalah tetap. Kelebihan yang memukau dalam band ini adalah kita dapat bekerja dengan stesen lokalan dan juga dengan stesen DX - fenomena SKIP kurang dan jarang berlaku dalam band ini.

Semenjak 3 -4 minggu ini, Band 40m - 80m - 160m kelihatan agak garang, ianya seolah-olah sengaja menunjukkan kehebatannya, manakan tidak, aku berjaya make QSO dengan stesen KP4MH iaitu stesen dari Puerto Rico hanya menggunakan wayar yang harganya RM1.80
semeter. Walaupun singkat, tetapi ianya sungguh bermakna kerana pada waktu itu, aku berada dalam mode QRP, QRP dengan kekuatan 5 watt, sekali lagi - dengan wayar RM 1.80 sen semeter.

Menambahkan lagi kehebatannya, G5RV tu dipasang menghadap ke 277 darjah barat. Ini bermakna KP4MH tu datang dari long path - atau dari laluan yang jauh sekali melalui dunia ini. Walaupun 40m cantik pada bulan ini, namun aku sekali-sekala menjenguk juga seketika ke band 20m-15m-10m. Bukannya apa, hanya sekadar bertanya khabar, nanti takut dikatakan Kacang lupakan kulit pula....

Walaupun QRM menggunung tinggi di High Band, aku tetap go blind di band-band tersebut kerana percaya kepada rezeki, rezeki kan berada dimana-mana. Mana tau, tiba-tiba ia membuka dengan baik sekali semasa dok cq. Perkara ini pernah terjadi semasa aku go blind di 10 meter band, ianya berlaku pada pukul 4 pagi. Pukul 4 pagi, main 10 meter pada pukul 4 pagi, gila ka apa....

Mana logik - band 10 meter tutup pada masa tu. Tetapi pada masa tu, aku melihat di cluster ada satu stesen dari England iaitu G3OCW - post spot on cluster di 28005. Bagai ayam dibawa ke kepuk, aku berjaya make qso dengannya - signalnya pula tidaklah kuat sangat, iaitu 559 sahaja - tetapi selesa mendengarkannya... itu lah 10 meter band - band yang penu8h dengan kejutan dan misteri...

73, zaki 9m2zak

Monday, February 14, 2011

My 10 meter band report : 15 Feb 2011

Pagi tadi seawal jam 8.30 pagi kedengaran alarm cluster aku berbunyi, 9w2esm on 10m....kemudian kedengaran pula 9m6ybg on 10m...Wah!! band 10 m open pagi ni. Lantas aku pun buka radio aku dan terbukti band 10m open. signal noise s0...band begitu senyap sekali...
pusing-pusing tombol...jumpa 9m6ybg sedang sibuk melayan pile-up...dia pile-up kat 10m..hebat tu...manakala jumpa pulak 9w2esm...pun sama...pile - up kat 10m..hebat jugak... hmm...biarlah mereka melayan pile-up masing-masing...saja tak nak kacau.. lagipun pagi ini mode aku untuk calling cq agak kurang sikit....jadi aku hanya plan untuk check in sahaja mana-mana stesen yang aku jumpa di 10m ini...tidak kiralah di apa-apa mode...kedengaran stesen-stesen dari Amerika utara dan Amerika selatan dan juga beberapa stesen dari China serta Taiwan...Stesen dari Jepun tak kedengaran pulak..Hmm pelik dan boleh dibuat kesimpulan...

Kesimpulannya....jika kita mendengar signal dari Brazil, maka signal dari Japan akan tidak kedengaran...Manakala jika jika kedengaran signal dari Taiwan, Maka signal dari Amerika Utara pula akan kedengaran, dan jika kita kedengaran signal dari India, maka Signal dari Eropah pula akan kedengaran...banyaknya signal..nak dengar ini...hmm...

this is my report,
9M2ZAK has 4983 contacts stored.
Dxer
StationStart TimeBandModeRST s/r
9M2ZAK BA7IO 2011-02-15 01:2912mCW 599 599
9M2ZAK K6NA 2011-02-15 01:1210mCW 579 599
9M2ZAK K6LRN 2011-02-15 01:1110mCW 579 599
9M2ZAK KH6CW 2011-02-15 01:0910mCW 599 599
9M2ZAK PY5EW 2011-02-15 01:0810mCW 559 599
9M2ZAK PY2SEX 2011-02-15 01:0210mCW 599 599
9M2ZAK BX5AA 2011-02-15 00:5210mSSB 59 59
9M2ZAK BM100 2011-02-15 00:4910mSSB 59 59

Malam ini insyaallah jika tiada apa - apa tugasan, aku akan ke udara sekitar jam 11 malam di mana-mana band yang open...

Jumpa dan jumpa lagi..

de 9m2zak

Saturday, October 23, 2010

FM mode : 10 metre Band


Sejak kebelakangan nie, 10m band menunjukkan prestasi amat galak sekali. Banyak stesen-stesen telah berjaya mendapatkan contact dari negara-negara yang sebelum ini begitu sukar sekali untuk mencapainya. Tahniah kepada 9w2esm, 9m6ybg, 9m2rdx, 9w2vvh, 9w2zrz, 9w2cbl dan banyak lagi stesen2 local yang telah berjaya di 10m.

Sekurang-kurangnya kalian semua telah membuktikan semangat Malaysia Boleh dan meletakkan dan menaikkan nama radio amateur Malaysia yang selama ini dianggap jarang
( rare) di alam radio ini.

Gunakanlah kesempatan ini dengan sebaik-baiknya kerana 10m ini amat mencabar sekali perangainya dan sukar diramal. Saya pasti orang yang berjaya di 10m ini adalah tergolong dalam orang yang penyabar orangnya kerana band ini memerlukan kesabaran dan ketekunan serta minat yang tinggi disamping hasrat dan tekad yang tinggi untuk mencapai sasaran.

Jangan lupa minggu depan, contest cqww, inilah peluang kita untuk mendapatkan dxcc disamping menambahkan lagi kemeriahan ruang udara dengan isyarat-isyarat radio yang berlegar-legar di seluruh muka bumi ini untuk mencari kepuasan yang sebenar..



vk8nsb on 10m fm


de 9m2zak...

Friday, September 24, 2010

My 10 meter band report


9m2zak with Cubical Quad Dual Band 10m and 6m band.



Setelah sekian lama menyepi kat 10m band, petang tadi entah macam mana terdetik hati untuk kembali cq di 10m. Hanya selepas beberapa minit cq, panggilan dijawab. Perasaan teruja kembali selepas mendapat beberapa contact. 10m ni memang best dan mencabar....

Antenna : Cubical Quad Dual Band
Power : 100 watts
Rig : Yaesu Ft 897
Beam : Europe

Station worked :
A61BK, 5B4AHY, 9W2ESM, C91KHN

Thank you very much fer the nice qso and new band. See u down the log...

9m2zak, 73

Bila KA9Q Tiba-Tiba “Hang” Walaupun Service Masih Active — Cara Saya Buat Auto-Recovery Untuk Radiosonde Auto-RX

  Cara saya buat auto-recovery untuk Radiosonde Auto-RX + KA9Q + Airspy Mini Beberapa hari selepas setup Radiosonde Auto-RX 1.9.0 + KA9Q + A...