Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan pembaca sekalian. Terima kasih kawan ucapkan kerana sudi menjengah dan melawat blog buruk saya ini. Terlebih dahulu, kawan ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba nanti. Mesti rakan-rakan sekalian sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari lebaran itu nanti, pesan kawan hanyalah satu...berhati-hati dalam pemanduan semasa dijalanraya dan berbelanjalah mengikut kemampuan masing-masing.
Kawan disini berasa amat berbesar hati dan berterima kasih di atas segala komen dan cadangan yang dilontarkan kepada saya melalui email dan Private Message dalam memberi idea dan cadangan untuk penulisan kali ini. Insyaallah, kawan akan buat yang terbaik untuk tatapan rakan-rakan sekalian. Penulisan atau post kali ini merupakan lanjutan kepada PM serta email rakan-rakan bagi topik hari ini. Dorongan rakan-rakan dan sambutan mereka yang amat menggalakkan, menguatkan lagi azam kawan untuk terus menulis mengenai aktiviti Radio ini, tujuan kawan hanyalah satu...memberi mereka sumber inspirasi untuk mereka yang tercari-cari panduan atau sekurang-kurangnya bahan bandingan untuk mereka mempertingkatkan keupayaan mereka dalam bidang ini, sedangkan bahan dan maklumat tersebut amat sukar diperolehi terutamanya maklumat yang ditulis dalam bahasa kita dan berkisar mengenai maklumat tempatan.
Dalam post kali ini, kawan akan memberikan tumpuan kepada aspek pemilihan HF Tranceiver bagi rakan-rakan yang baru dan ingin berjinak dalam HF ini. Sebelum itu, kawan disini ingin berpesan, set HF yang kawan ingin jelaskan dan ceritakan disini adalah berdasarkan kepada pengalaman kawan, tidak semestinya ianya adalah terbaik, dan sesuai dengan anda. Namun seperti yang saya katakan tadi...ianya tidak lain tidak bukan hanyalah sebagai sumber rujukan dan bandingan sahaja untuk panduan rakan-rakan. Di luar sana, terdapat pelbagai jenis jenama yang boleh kita pilih untuk memulakan pengembaraan kita di dunia HF
ini. Tepuk dada tanyalah selera anda.
Disini kawan cadangkan supaya rakan-rakan mencuba transceiver keluaran Icom, iaitu IC-718. IC-718 ini adalah sebuah transciever keluaran syarikat ICOM yang berpusat di Osaka, Jepun. Transceiver ini adalah jenis HF ALL BAND TRANSCEIVER dimana band-band yang terdapat dalam radio ini adalah:
1. 160 meter (1.8 mhz)
2. 80 meter (3.5 mhz)
3. 40 meter (7.0 mhz)
4. 30 meter (10.100 mhz)
5. 20 meter (14.000 mhz)
6. 17 meter (18.068 mhz)
7. 15 meter (21.00 mhz)
8. 12 meter (24.890 mhz)
9. 10 meter (28.000 mhz)
Manakala mode pula merangkumi:
1. LSB
2. USB
3. CW
4. RTTY
5. AM
Kuasa pemancarannya pula ialah maksimun 100 watt dan minimun 2 watt bagi mode LSB/USB/CW/RTTY manakala bagi AM pula, ianya boleh memancar maksimun 40 watt dan minimun 2 watt. Untuk menghidupkan transceiver ini, kita memerlukan sebuah power supply yang boleh menampung dan mengeluarkan voltan sebanyak 13,8 V dan sebaik-baiknya carilah power supply yang boleh menampung 30-40 ampere. Ini adalah untuk persediaan jika terdetik dihati kita untuk memasang sebuah RF amplifier pula dimasa hadapan.
Diamond GZV4000 |
Selain daripada itu, kita juga memerlukan sebuah Antenna tuner untuk melancarkan operasi HF anda. Antenna tuner ini berfungsi untuk menyamakan nilai 50 ohm dari feeding line (coax) dengan transceiver anda dengan bermain-main tombol Inductance-Transmitter-antenna. Sebenarnya...kita menipu transceiver sebenarnya. Konon-konon yang antenna dan coax kita itu mempunyai impedance 50ohm.
Dengan menggunakan antenna tuner, kita perlu tune sehingga mendapat bacaan SWR yang terendah sekali. Jika boleh, dapatkan bacaan 1:1 dan kuasa pemancaran pula mencapai sehingga 100watt. Bacaan SWR ini amat penting kerana jika SWR tinggi, iaitu sekitar 1:6 ke atas, transceiver kita boleh mengalami kerosakan akibat dari nilai impedence yang tinggi iaitu melebihi 50ohm. Fenomena ini sudah banyak kali melanda rakan-rakan kita. Jadi kawan nasihatkan disini agar sentiasalah memantau bacaan SWR kita semasa Transmit di udara. Bagi aspek pemilihan antenna, itu sebenarnya terpulang kepada kemampuan masing-masing. Namun, bagi rakan-rakan yang baru dan ingin berjinak-jinak dalam bidang HF ini. Kawan cadangkan anda membuat sendiri antenna anda dan antenna cadangan kawan adalah 10M Band DELTA LOOP. Kawan-kawan boleh mengambil contoh gambarajah dibawah untuk menghasilkan antenna ini.
Baiklah rakan-rakan, sekalian, berbalik kita semula kepada topik utama iaitu Icom IC-718. Antara ciri-ciri yang menarik perhatian saya bagi transceiver ini adalah seperti berikut:
- Display-nya yang besar serta memaparkan digit yang besar.
- Speaker-nya yang menghadap ke depan - memberi sedikit kejelasan audio
- Keypad yang membolehkan kita membuat direct frequency input-cepat sedikit untuk QSY
- Microphone - ada dua butang up/down yang boleh berfungsi sebagai keyer utk CW
- Audio yang agak senyap dan lembut, walaupun QRM tinggi.
- Bentuknya yang cantik dan lawa.
- Kedudukan butang-butangnya yang kemas dan tersusun-sejuk mata memandang.
Portable station dengan IC-718 |
Saiz PTT ( Push To Talk) agak bersesuaian dan tidaklah besar sangat, sesuai bagi kita orang asia dan sesuai jugak bagi rakyat Eropah sana. Seperti yang dibincangkan tadi, PTTnya juga sesuai untuk CW. Dimana kita boleh transmit CW dengan menggunakan PTTnya. Sila lihat video ini:
Manakala bagi mode SSB pulak, Dimana kita dapat mendengar station yang lemah dengan mengaktifkan fungsi Pre Amp.
9w2zak QSO 9m2get
Video diatas adalah Local QSO, namun jika keadaan band mengizinkan signal kita kadangkala boleh mencapai beribu batu jauhnya, dan kualiti signalnya pula kuat dan jelas, umpama dekat sahaja dengan kita.
selain daripada mode SSB dan CW, kita juga boleh menggunakan IC-718 untuk beroperasi dalam mode digital seperti PSK-31 atau RTTY.
SSTV jugak boleh dengan IC-718 ini, dimana kita boleh menghantar dan menerima gambar dari rakan-rakan seluruh dunia mahupun rakan-rakan yang berada di angkasa lepas (Stesen Angkasa seperti ISS)
.
Kesimpulannya disini, IC-718 adalah sebuah transceiver yang sesuai bagi rakan-rakan yang ingin menerokai dunia HF ini. Ketika menulis blog ini, kawan juga mengambil kira pandangan dan keperluan rakan-rakan, terutamanya perkara yang melibatkan kos, jadi jika inginkan sebuah radio yang low cost serta boleh buat pelbagai macam. IC-718 kawan cadangkan. Kawan amat berharap agar post kali ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada para pembaca sekalian didalam pemilihan radio pertama anda. Selamat berpuasa dari saya 9m2zak handle operator Zaki. 73
No one radio is perfect, only one radio is perfect for your situation
9w2zak QSO 9m2get
Video diatas adalah Local QSO, namun jika keadaan band mengizinkan signal kita kadangkala boleh mencapai beribu batu jauhnya, dan kualiti signalnya pula kuat dan jelas, umpama dekat sahaja dengan kita.
selain daripada mode SSB dan CW, kita juga boleh menggunakan IC-718 untuk beroperasi dalam mode digital seperti PSK-31 atau RTTY.
SSTV jugak boleh dengan IC-718 ini, dimana kita boleh menghantar dan menerima gambar dari rakan-rakan seluruh dunia mahupun rakan-rakan yang berada di angkasa lepas (Stesen Angkasa seperti ISS)
.
Kesimpulannya disini, IC-718 adalah sebuah transceiver yang sesuai bagi rakan-rakan yang ingin menerokai dunia HF ini. Ketika menulis blog ini, kawan juga mengambil kira pandangan dan keperluan rakan-rakan, terutamanya perkara yang melibatkan kos, jadi jika inginkan sebuah radio yang low cost serta boleh buat pelbagai macam. IC-718 kawan cadangkan. Kawan amat berharap agar post kali ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada para pembaca sekalian didalam pemilihan radio pertama anda. Selamat berpuasa dari saya 9m2zak handle operator Zaki. 73
No one radio is perfect, only one radio is perfect for your situation