Sunday, August 22, 2021

Mini Tuner QRP Kit : 1-30mhz Manual Antenna tuner kit - QRP DIY Kit

 

Mini Tuner QRP Kit ini saya dapat dari Shoppee, Ianya berkeupayaan 5w dan inductornya pula adalah jenis tapping. Masa yang diperlukan untuk siapkannya adalah 1 hari. Jadi silalah block kalendar anda jika anda ingin siapkan. 


Semua komponen diberikan, apa yang kita perlu lakukan adalah buat induktor, transformer kecik tu dan beberapa kerja-kerja solder. dan masukkan dalam bekas yang diberikan. Apabila siap, bolehlah test. Jika led menyala, itu bermakna high swr dan jika led tidak menyala, itu bermakna swr bawah 1.5 atau menghampiri 1.1.

sukses.

73 9m2zak.


Friday, August 20, 2021

Kenwood TM-V708 repair

 

Kenwood TM-V708

TM-V708  ini mengalami masalah power selalu mati secara tiba-tiba. Menurut pemiliknya, apabila on, selepas beberapa ketika dia akan off dengan sendirinya. Kemudian apabila di On kan balik, dia akan OFF balik selepas beberapa ketika semasa mobile. Adakalanya menurut pemiliknya, dia langsung tidak mahu hidup. 


Selepas beberapa hari trouble shoot sana sini. Akhirnya TM-V708 ini berjaya dipulihkan seperti biasa. Kini dia tidak lagi padam atau off dengan sendirinya semasa mobile. Saya juga mencuba dengan simulasikan control headnya selama beberapa minit untuk melihat apakah ianya terjadi lagi. Namun kini ianya sudah ok. Sebelum ini, jika saya simulasikan sedang mobile, dia akan terpadan dengan sendirinya.


                                                            73 daripada saya Zaki 9M2ZAK


My 40 meter Band Report

Malam tadi entah tetiba saja nak on air di 40m band. Mungkin nak lepaskan lelah dan penat kut sebab hari ini aku seharian dok repair Kenwood TM-V708. Nanti akan ada posting pasai tu. Tadi dapat contact dengan 5 station around semenanjung Malaysia. Antara station-station tersebut ialah :

  1. 9W2SBD                         SRI ISKANDAR, PERAK
  2. 9W2HXP/QRP                SUNGAI PETANI KEDAH
  3. 9W2GEE                         BATU PAHAT JOHOR
  4. 9M2VJP                           KLANG SELANGOR
  5. 9M2ART/QRP                 TUMPAT KELANTAN
Semuanya 5/9 diterima di Kulai. Tahniah sebenarnya kepada station QRP. 2 station QRP saya terima di Kulai. Tahniah abg Harry dan Pak Rahim. Setup kalian memang terbaik. Dibawah ini saya lampirkan rakaman video saya yang di terima di Klang, Selangor dan di Batu Pahat, Johor. Terima kasih Pak Ann 9M2VJP dan Raymond 9W2GEE di atas rakamannya.

Rakaman daripada Pak Ann 9M2VJP di Klang

Rakaman daripada Raymond 9W2GEE di Batu Pahat.

73 daripada saya Zaki 9m2zak.


Wednesday, August 18, 2021

Saturday, August 14, 2021

Icom IC-2200H no signal repair.

 


Hari ini saya berjaya pula menyelesaikan masalah tiada signal bagi IC-2200H dimana apa awalnya ianya tidak akan menunjukkan apa-apa signal bar, ianya kosong. Kemudian selepas proses trouble shooting dilakukan, didapati ceramic filter wide dan narrow sudah kaput.

Kemudian, selepas dua biji filter ini diganti. Ianya kembali pulih seperti biasa. Saya kini dapat mendengar kembali audio dari KLIA di airband.


Selepas ini saya akan bungkus dan hantar kembali ke tuan punyanya. 73 daripada saya Zaki 9M2ZAK


Friday, August 13, 2021

JIDX 2021 CW Contest Result : 9M2ZAK

 

Syukur kepada ALLAH SWT kerana memberikan result manis ini kepada saya. Tahun 2021 saya masih lagi dapat mengekalkan kejuaraan seperti tahun 2020 dalam kategori single operator low power 20m. Semoga tahun 2022 nanti dapat memberi sinar lagi kepada saya dan seluruh peserta JIDX CW Contest ini. 73 daripada saya Zaki 9M2ZAK.

Thursday, August 12, 2021

Icom IC-2200H no audio repair

 


Icom IC-2200H ini bisu. Semua signal masuk dan ada, Memang ada tertunjuk pada screen dia yang ada signal masuk, tetapi tiada audio yang keluar. Pada mulanya kawan saspek speaker problem. Tetapi apabila ditukar speaker lain, ianya tetap sama. Setelah proses trouble shooting di buat, maka IC audio nya rosak.


Setelah IC audio ditukar, Ic-2200H telah kembali berbunyi seperti biasa. Ianya sudah tidak bisu lagi.


73 daripada saya, de 9m2zak Kulai, Johor.

Wednesday, August 11, 2021

How to setup Hamclock : Raspberry pi 4

 

Bagi yang berminat untuk membinanya sendiri dan meletakkannya di shack anda. Di bawah ini adalah senarai command-nya

sudo apt-get -y install make g++ libx11-dev curl -o ESPHamClock.zip http://www.clearskyinstitute.com/ham/... unzip ESPHamClock.zip cd ESPHamClock sudo make -j 4 hamclock sudo chmod +s hamclock sudo mv hamclock /usr/local/bin/hamclock ln -s /usr/local/bin/hamclock ~/Desktop/hamclock

Kemudian isi maklumat semasa permulaan apps.


Isikan maklumat anda sendiri seperti CALL, Lat dan Long dan Wifi. IP geolocate tak perlu isi dan gspd pun tak perlu. Kemudian klik Page 1.


kemudian pada page 2, isi Cluster, port, map, NTP, Units, Full scrn dan GPIO  seperti dalam gambar dan klik page 2 untuk ke page 3.


Pada page 3 saya tak kacau apa-apa. Tapi jika anda ingin set waktu dia on dan off, dipersilakan. Isilah ikut waktu kegemaran masing-masing. Kemudian tekan Done.


kemudian tunggu atau jika malas nak baca, boleh klik skip dan paparan ini akan kelihatan.


anda boleh ubah warna pada callsign anda dengan klik pada body callsign dan ianya berubah warna, klik lagi dan akan berubah lagi dan klik lah lagi untuk memilih warna kegemaran anda.


Kita sebenarnya boleh ubah atau pilih apa perkara yang ingin dipaparkan. Terdapat 4 ruang di baris atas yang memaparkan pelbagai info mengenai propogation sehinggalah ke beacon dan cluster. Hanya klik pada ruang tersebut dan pilih apa yang hendak dipamerkan. Tetapi jika anda ingin lihat semua, maka pilihlah rotate, nanti dia akan pamerkan semua secara bergilir-gilir.


Klik view untuk ubah paparan mengikut selera anda dan jika anda ingin mendapatkan info terkini mengenai aktiviti hamradio di dunia ini, klik Show RSS. Nanti satu window akan muncul di bawah dengan info terkini aktiviti hamradio di seluruh dunia. 


Kemudian jika anda ingin melihat tracking satelite kegemaran anda, anda boleh melakukannya dengan klik pada perkataan DX yang berwarna hijau itu seperti gambar di bawah. 


dan paparan seperti ini akan mucul dan pilihlah satellite kegemaran anda itu dan klik OK.


Kemudian paparan kedudukan terkini satelite pilihan anda dan lokasinya di pamerkan.


Jika anda ingin keluar dari apps ni, apa yang perlu dilakukan adalah klik dan hold lama-lama pada gambar paddle lock itu. Nanti paparan ini akan muncul dan terpulanglah kepada anda untuk hendak buat apa.


Jika anda ingin buat Hamclock ini autostart. ini command-nya.

cd ~/ESPHamClock
mkdir -p ~/.config/autostart
cp hamclock.desktop ~/.config/autostart

73 de 9m2zak

p/s - bagi pengguna pi3, anda tidak akan menikmati fungsi auto full screen, tetapi masih 
boleh dengan menambah line ini dalam autostart.

Exec=/bin/sh -c 'sleep 2; /usr/local/bin/hamclock'

jika ingin mendapatkan full screen yang penuh seperti gambar dibawah.

 pada terminal, run skrip ini,

xrandr --output HDMI-1 --scale-from 800x480 --display :0

How to run rtl-sdr over tcp with dsdplus fastlane

step 1 : build your own raspberry pi vpn server wget https://git.io/vpn -O openvpn-install.sh chmod +x openvpn-install.sh sudo apt update &a...