Tuesday, July 2, 2013

Rahsia Pembelajaran CW : Asas kepada penguasaan CW.

Rahsia Pembelajaran CW 


Sebelum ini, saya telah menerima banyak emel dan Private Message (PM) daripada rakan-rakan yang ingin menerokai mode CW ini. Tetapi tidak tahu bagaimana hendak memulakannya. Kebanyakkan emel dan PM (Private Massage) tersebut bertanyakan soalan dan perkara yang sama. Iaitu, apakah rahsianya sehinggakan kami nampak macam senang sahaja cikgu copy CW? dan cikgu nampak macam mode CW ini bukannya sebagai bebanan minda malah cikgu enjoy menggunakannya?

Pertama sekali, disini kawan ingin menyatakan yang mode CW ini adalah mudah dan senang dipelajari. Sebelum kita pergi dengan lebih jauh lagi, cuba kalian fikirkan...jika CW ini susah, kenapa ada berjuta-juta pengikut dan pengamalnya. Ini terbukti apabila sesuatu contest ( salah satu aktiviti radio amatur ) dianjurkan, penglibatan yang tertinggi sekali adalah datangnya dari mode CW, diikuti phone dan digital seperti PSK-31 dan RTTY. Yang kedua, Jika CW ini susah...kenapa ada pelbagai lapisan umur yang boleh menguasainya, seawal umur 5-8 tahun hinggalah ke umur 70-80 tahun. Kenapa? jawapannya adalah kerana CW ini adalah mudah dan senang untuk menguasai dan pelajarinya. Sila lihat video ini:


Sebelum kita pergi dengan lebih jauh lagi mengenai pembelajaran CW ini, perkara asas dalam CW perlu dipastikan. Antaranya ialah system pendengaran. Adakah anda mengalami masalah pendengaran? Tidak mampu mendengar dengan baik sehinggakan terpaksa memakai alat bantu mendengar? Jika tidak, syukur alhamdullilah kerana ALLAH SWT telah mengurniakan sepasang telinga yang sempurna kepada anda untuk anda mendengar dan menghayati segala ilmu dan kebesaran ALLAH SWT yang ada dimuka bumi ciptaanNYA itu.

Langkah seterusnya adalah menyediakan segala kelengkapan pembelajaran. Disini kawan menyarankan agar anda bersedia dan menyediakan kelengkapan agar sesi pembelajaran itu nanti akan berjalan dengan sempurna. Sudah pastinya focus yang jitu dapat diberikan agar tidak membuang masa dan tenaga.
Antara peralatan yang wajib ada semasa sesi pembelajaran CW adalah :

1.    Pensel
2.    1 @ 2 buah buku nota ( 300 – 400 mukasurat)
3.    Komputer @ laptop
4.    Software CW Player
5.  Head Phone yang bersaiz besar ( supaya cuping telinga selesa dan tidak sakit jika memakainya lama-lama)

Jika anda perhatikan senarai peralatan diatas, pemadam kawan tidak sertakan kerana kawan tidak mahu anda memadam segala kesilapan. Jika berlaku kesilapan, tinggalkan ia dan bulatkan kesilapan itu. Tujuannya adalah untuk memudahkan kita mengenalpasti dimana kesilapan dan kelemahan kita, huruf / nombor dan tanda apakah yang agak susah untuk kita copy. Belajar dari kesilapan akan membuatkan kita lebih cepat dan lebih mudah menguasainya dan kita akan ingat sampai bila-bila. Bak kata pepatah melayu, tempat jatuh lagi dikenang…

Langkah pertama:
·    Menguasai A hingga Z, dan 1 hingga 0 dalam bentuk penulisan.

Dengan menggunakan pensel dan buku nota, sila tulis senarai huruf dan nombor dibawah ini pada belakang kulit hadapan buku nota anda:

A : DIT DAH ( .- )
B : DADIDIDIT ( -... )
C : DADIDADIT( -.-. )
D : DADIDIT( -.. )
E : DIT ( . )
F : DIDIDAHDIT ( ..-. )
G : DADADIT ( --. )
H : DIDIDIDIT ( .... )
I  : DIDIT ( . . )
J : DIDADADAH ( .--- )
K : DADIDAH ( -.- )
L : DIDADIDIT ( .-.. )
M : DADAH ( -- )
N : DADIT ( -. )
O : DADADAH ( - - - )
P : DIDADADIT ( .--. )
Q : DADADIDAH ( --.- )
R : DIDADIT ( .-. )
S : DIDIDIT ( ... )
T : DAH ( - )
U : DIDIDAH ( ..- )
V : DIDIDIDAH ( ...- )
W : DIDADAH ( .-- )
X : DADIDIDAH ( -..- )
Y : DADIDADAH ( -.-- )
Z : DADADIDIT ( --.. )
          
0 : dadadadadah ( ----- )
1 : didadadadah ( .---- )
2 : dididadadah ( ..--- )
3 : didididadah ( ...-- )
4 : dididididah ( ....- )
5 : dididididit ( ..... )
6 : dadidididit ( -.... )
7 : dadadididit ( --... )
8 : dadadadidit ( ---.. )
9 : dadadadadit ( ----. )

Kemudian, apabila sudah selesai dan habis anda menulisnya. Berehat sebentar selama 5 minit dengan minum air atau sebagainya.

Kemudian, tengok balik senarai diatas dan baca serta sebut dengan kuat. Tetapi jangan kuat sangat, cukuplah hanya sekadar nada percakapan biasa sahaja. Sebut huruf dan nombor serta sebut sekali kod CWnya dan pada masa yang sama lihat patern kod tersebut. Ulangi langkah tersebut sehingga anda berjaya kenal setiap huruf dan nombor dengan tanpa melihatnya. Untuk lebih memudahkan dan seronok, lakukan aktiviti ini secara berpasangan. Jika tiada pasangan, anda juga boleh merakam suara sebutan anda dengan menggunakan handphone. Selepas itu, anda boleh menyemak sendiri samada betul atau tidak sebutan anda itu tadi. Ulangi proses ini berulang – ulang kali sehingga anda menguasai sepenuhnya kod – kod tersebut. . Ini adalah perkara asas yang perlu anda kuasai dahulu sebelum melangkah ke tahap yang seterusnya. Selalunya, ianya mengambil masa 1 minggu untuk menguasainya. Tetapi cepat atau lambat, itu bergantung kepada keupayaan setiap individu masing-masing.
Langkah kedua
·    Menterjemahkan ayat atau perkataan kepada kod CW.
Jika anda sudah berjaya menguasai langkah diatas, kini anda sudah pun tahu
CW pada asasnya. Kini…anda layak untuk ke peringkat yang seterusnya. Dalam peringkat ini, apa yang diperlukan adalah sebatang pensel, sebuah buku nota, surat khabar lama atau baru dan kesabaran. Bermula pada hari ini,  apa yang anda perlu lakukan adalah terjemahkan setiap ayat atau petikan yang anda baca itu kepada kod CW. Ada dua cara pelaksanaannya, antaranya ialah:
1.    Baca petikan/ayat tersebut sepintas lalu dan cuba ingat. Kemudian dengan menggunakan pensel dan buku nota, tulis ayat yang anda baca itu tadi kepada kod CW ( spt .- ) sehingga selesai. Pastikan anda meninggalkan ruang sebaris dalam buku nota itu untuk tujuan mendekodnya semula kepada huruf atau nombor. Ulangi proses ini sebanyak yang mungkin sehingga anda mampu terjemahkan ayat tersebut secara spontan dan laju. Selalunya, proses ini mengambil masa satu minggu untuk menguasainya.
2.    Cara yang kedua, apabila anda membaca surat khabar/majalah/sms dan sebagainya. Cuba decode terus ke CW dengan menyebutnya secara perlahan atau sederhana kuat. Tujuannya adalah untuk melatih telinga dan otak kita mendengar butiran CW dan menyimpannya ke dalam otak. Disamping itu juga, ianya juga melatih otak kita untuk mengaitkan bunyi yang didengar itu dengan visual. Contohnya, apabila mata melihat huruf K, otak akan terus menghantar signal ke mulut untuk menyebut DADIDAH dan seterusnya bagi huruf-huruf yang lain. Lakukan latihan ini ditempat yang tertutup dan jauh dari segala perhatian. Tujuannya adalah untuk mengelak tanggapan negatif orang sekeliling mengenai anda. Cuba bayangkan jika anda melakukan latihan ini di kedai makan atau di kantin tempat kerja anda, mesti dalam hati orang akan berkata “ gila ke dia nih..dok dit dah dit dah…”
Lakukan latihan ini selama seminggu dan ini adalah contoh hasilnya:



Langkah ketiga
  •  melakukan latihan mendengar dan receiving
Untuk latihan ini, kawan menyarankan agar anda memuat turun perisian cwplayer. Anda boleh klik pada link yang berikut untuk memuat turun perisian tersebut.




















Setelah memuat turun perisian tersebut, kini ada boleh memulakan langkah yang seterusnya iaitu mendengar CW. Pertama sekali, sila klik pada ruangan Alphabet. Apabila anda klik sahaja, paparan ini akan kelihatan,


















Setkan speed wpm kepada 30 wpm ( bulatan merah). Kemudian halakan mouse anda ke huruf A dan klik pada huruf A tersebut. Sebaik sahaja anda klik pada huruf A tersebut, sesuatu bunyi akan kedengaran. Untuk pengetahuan anda, itulah bunyi bagi huruf A dalam CW. Kliklah seberapa banyak yang anda suka sehinggakan anda kenal bunyi huruf tersebut. Kemudian, jika sudah menguasai huruf A, anda bolehlah ke huruf-huruf yang seterusnya. Untuk nombor pula, anda hanya scroll ke kanan dan paparan nombor akan kelihatan. Pastikan anda memandang kepada huruf A dan simbolnya semasa anda klik huruf tersebut. Ini bertujuan untuk melatih minda dan meningkatkan data memori bagi huruf A itu dimana mata melihat huruf A dan pada masa yang sama telinga mendengar huruf A manakala otak pula memproses gabungan lihat dan dengar itu sebagai huruf A. Lakukan secara berulang-ulang sehingga anda kenal kesemua huruf dan nombor itu tadi.

Lakukan Proses pembelajaran ini selama seminggu secara tetap dan berkala. Luangkan masa selama 15 minit setiap hari untuk proses ini. Masa yang sesuai untuk aktiviti ini adalah pada awal pagi iaitu selepas subuh dan sebelum masuk tidur. Tujuannya adalah untuk menjadikan CW ini adalah perkara yang pertama anda dengar pada hari itu dan juga perkara yang terakhir anda dengar pada hari itu juga. Selepas seminggu, kawan yakin, anda akan menguasainya jika anda konsisten mendengarkannya.

Selepas seminggu, anda kini sudah boleh melangkah ke peringkat yang seterusnya...KUIZ


















Klik pada ruangan Quiz ( bulatan) dan setkan wpm ke 30wpm (bulatan), setkan lesson #16 (bulatan), setkan number of character kepada 100(bulatan) dan akhir sekali setkan delay kepada 3 (bulatan). 

Sekarang anda sudah pun bersedia untuk menjalani receiving CW. Tarik nafas dalam dalam, pastikan volume disetkan pada kadar yang sesuai, dan pastikan headphone anda selesa. Jika semuanya sudah sedia, anda boleh klik pada ruangan OK cuba dengar dengan teliti bunyi yang dihantar kepada anda. Pada permulaannya memang agak sukar kerana 30wpm adalah laju bagi permulaannya. Tetapi percayalah, jika anda ingin menguasai 13 wpm dengan selesa. Kekalkan kelajuan 30wpm ini. Alah bisa tegal biasa bang...

Jika masih gagal, naikkan delay sehingga 5 saat, sebut kembali bunyi yang dihantar itu dengan perlahan dan jika perlu, rujuk semula buku nota anda tadi. Perlu diingat semua ini anda perlu lakukannya dalam 5 saat, jika anda mengambil masa yang lama, bunyi buzzle akan kedengaran dan anda akan dihidangkan dengan bunyi yang seterusnya sehingga mencapai 100. Lakukan latihan ini sehingga anda mencapai markah 100 %. Kemudian turunkan nilai Delay kepada 4, 3, 2, dan 1. Apabila anda sudah mencapai Delay 1 dengan markah 100%. Barulah anda boleh melangkah ke peringkat yang seterusnya. Selalunya proses untuk sampai ke peringkat Delay 1 ini mengambil masa 3 minggu. Selagi anda tidak mendapat markah 100%, cuba dan cuba lagi sehingga berjaya. Jangan putus asa, sahut cabaran ini kawan...

Langkah keempat

  • Dengar dan tulis

















Pertama sekali, setkan WPM ke 13wpm, kemudian klik Random, dan setkan 200 bagi characters. Sediakan buku nota anda dan pasti pensel anda sudah diasah tajam. Setkan vibrate mode pada handphone anda, ini untuk elakkan gangguan semasa proses receiving itu nanti. Apabila semuanya sudah sedia, klik pada Option, sila lihat gambar rajah dibawah:


















Klik Option; Random characters; Letters, kemudian...


















klik Option; pilih Spacing between characters; dan paparan ini akan kelihatan,


















pilih no 1 dan klik OK. Kemudian...klik Options semula...

Kali ini, pilih Spacing between words; klik x2
Kini anda sudah boleh memulakan latihan receiving dan menulis anda...lakukan latihan received dan copy ini setiap hari sehingga tiba hari ujian CW itu nanti. Jika anda inginkan cabaran, anda juga boleh meminta bantuan rakan-rakan untuk menghantar teks dalam bahasa melayu pula sebagai simulasi peperiksaan itu nanti.

Jika sudah mencapai 100% sesi penerimaan random, anda bolehlah mencuba pula dengan teks yang sebenar. Teks tersebut anda boleh copy dari mana-mana laman web dan  pastekan pada perisian notepad. Namakan file tersebut dan anda boleh mainkan teks tersebut melalui cara ini:

Klik File dan pilih file notepad yang anda save itu tadi. dan tekan Play untuk mainkannya. Sila lihat video ini :


Lakukan latihan receiving ini, pada setiap malam sehingga anda mendapat keputusan 100 %. Apabila sudah mencapai 100%, barulah anda boleh memulakan latihan sending atau menghantar pula. Jangan risau, anda akan boleh sending secara automatiknya jika anda menguasai sepenuhnya receiving. Lagipun, semasa ujian itu nanti, pihak SKMM tidak menetapkan kelajuan yang tertentu dalam ujian sending tersebut, Jadi, take ur time dan hantarlah ikut citarasa anda. Anda pasti berjaya.


Secara keseluruhannya, proses pembelajaran ini, mengambil masa kira-kira 4 bulan dan ianya bergantung kepada prestasi dan komitmen anda. Jika komitmen anda tinggi, maka cepatlah anda menguasainya, paling cepat pernah dicatatkan adalah 9m2ody, beliau berjaya menguasai CW ini hanya dalam masa 4 minggu, iaitu sebulan. Kebetulan ianya berlaku dalam bulan ramadan, Ody 9m2ody telah membuktikan bahawa tiada yang mustahil jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, walaupun dalam keadaan berpuasa, beliau mampu melakukannya. Jadi ambillah peluang bulan Ramadan yang mulia ini untuk kita menerokai ilmu ALLAH ini disamping meningkatkan ibadat kepadaNYA. Tidak perlu lama-lama, hanya 20 hingga 30 minit sahaja bagi setiap sesi.



Selain Ody 9M2ODY, ada seorang lagi calon CW yang telah berjaya melakukannya. Siapa yang tidak kenal dengan Bilal Ilyas dari Skudai, Johor. Beliau mengambil masa 4 bulan untuk menguasai CW ini. Dan yang menariknya, kini beliau adalah High Speed CW Operator dan pencapaiannya telah diiktiraf dunia. Semua pencapaian ini akan datang kepada kita jika kita berusaha bersungguh-sungguh. Ayuh kawan, ramai telah berjaya dan membuktikannya...CW ini senang sahaja...dan yang terakhir, ini adalah kaedah saya, jika anda mempunyai kaedah lain dan serasi dengan anda. Teruskan dengan kaedah tersebut. Penulisan ini hanyalah sebagai panduan sahaja dan menambahkan bahan rujukan online untuk tatapan rakan-rakan semua. Sehingga kita berjumpa lagi pada post-post yang akan datang.
                                                                                                                                             73 de 9m2zak

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...