“ Di rumah
beraja-raja, di rimba berberuk-beruk ”
Maksudnya
: Pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada
para pembaca yang budiman sekalian. Bertemu kita sekali lagi dalam post hari
ini yang bertajuk CQWW VHF 2013 Contest
: Kesabaran ditagih. Dalam post – post yang lepas, seperti yang sedia
maklum, kawan ada menulis tentang contest ini, iaitu CQWW VHF 2013 Contest.
Dimana didalam post tersebut kawan cuba memberikan penerangan yang
terbaik untuk memudahkan rakan-rakan radio sekalian memahami contest tersebut.
Diharapkan agar rakan-rakan radio sekalian dapat memahami dan menyelami segala
butiran post tersebut demi perkembangan hobi istimewa ini.
Tuan – tuan dan puan – puan yang budiman
sekalian,
Kawan memilih tajuk kesabaran ditagih
kerana kriteria atau perangai band 6 meter itu sendiri. Band 6 meter ini hampir
boleh dikatakan membuka dan menutup tidak menentu masanya. Tidak ada masa yang
spesifik yang boleh dikatakan untuk band ini. Tidak seperti band 20m, seperti
yang kita sudah maklum...ianya membuka cantik sekitar jam 11.00 malam hinggalah
ke pukul 3.00 pagi. Band 15m pun sama ciri-cirinya seperti 20m. Cuma perbezaan
antara 20m dengan 15m hanyalah kadar kebisingan. Band 15m lebih senyap jika
dibandingkan dengan band 20m. manakala band 10m pula cemerlang semasa sejam
sebelum dan selepas gelincir matahari. Tidak kiralah samada pagi atau petang.
Jika pada waktu siang, band 15m dan 10m sesuai digunakan dan kadangkala 20m pun
sesuai, manakala pada malamnya, 20m dan 40m cemerlang untuk DX kerana
kestabilan mereka.
Apa yang kawan perhatikan, band 6m ini
jika keadaan tidak beberapa baik. Ianya sesuai untuk local QSO dan kawasan
liputannya pula tidak beberapa luas, hanya sekitar 700 hingga 1000 kilometer
sahaja. Tetapi kualiti signalnya cantik. 59 dan tiada QSB. Manakala jika
keadaan band mengizinkan dan cantik, kadangkala signal kita boleh sampai
sehingga ke Amerika Utara. Rekod yang paling jauh yang kawan catatkan bagi band
6 meter ini adalah QSO dengan rakan dari Amerika Utara, iaitu............Tetapi
dalam mode CW. Bila disebut CW, kawan teringat pula suatu peristiwa semasa cuba
QSO dengan sebuah stesen dari Thailand, iaitu HS0AC. Pada mulanya, Champ Dx
iaitu operator bagi HS0AC ini CQ dalam mode SSB dan kawan langsung tidak
mendengarnya...yang kawan dengar hanyalah stesen dari Singapore iaitu
9V1TT Andrew sedang cuba
memanggil stesen HS0AC. Kemudian tanpa membuang masa, kawan pun memintas 9V1TT
untuk QSO dengan menghulurkan callsign kawan. Jangkaan memang tepat, 9V1TT
menjawab panggilan kawan dan RST yang diberi olehnya ialah 59. Selepas habis
QSO dengannya (9V1TT) kawan masih lagi kedengaran Andrew cuba memanggil
Champ Dx untuk QSO. Namun tidak berjaya. Kemudian...kawan ada kelihatan Champ
Dx di facebook dan dengan muka tak malu, kawan PM Champ Dx untuk sked. Syukur
beliau bersetuju dengan pelawaan sked dari Kulaijaya. Dalam PM tersebut, kawan
meminta beliau untuk tukar mode ke CW. Apabila beliau tukar ke CW, audionya
terus muncul dari kebisingan band. Walaupun tidak beberapa kuat, namun
butirannya dapat dibaca. No problem to copy him...ceewahhh speaking la pulak.
Sila lihat video dibawah:
Ini secara tidak langsung membuktikan
bahawa mode CW boleh menembusi QRM. Namun dalam video tersebut, HS0AC op Champ
Dx tidak dapat copy panggilan kawan. Mungkin keadaan QRM di Thailand sana kuat lagi berbanding
dengan Kulaijaya. Perkara ini, hanya ALLAH SWT sahaja yang mengetahuinya, dan
kita sebagai umatnya pula jangan putus asa untuk mengkajinya. Kesabaran memang
ditagih jika rakan-rakan sekalin ingin mengkajinya.
Tuan – tuan dan puan – puan yang budiman
sekalian,
Berbalik kepada CQWW VHF 2013 Contest : Kesabaran ditagih, akhirnya kawan berjaya
juga mendapatkan contact setelah memberikan kesabaran tidak berbelah bagi
terhadap Magic Band ini. Pada petang Ahad semalam, kawan akhirnya berjaya juga
contact dengan Champ Dx HS0AC. Sebenarnya....pada permulaannya kawan kedengaran
HS4AK. Boleh dikatakan kuat juga signalnya, hampir berpuluh kali kawan
menghulurkan callsign, namun tiada respon darinya. Seperti biasa...dengan
tiba-tiba lagi...Champ Dx muncul dan komen pada post kawan di FB. Beliau
sekarang QRV di 50101.00mhz CW dan menunggu kawan untuk kutipan mata
seterusnya. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari...keadaan ini tidak ubah
seperti orang mengantuk disorongkan bantal...dan molek sangat laksana pucuk
dicita ulam yang mendatang...kali ini signal HS0AC agak lantang berbanding
semalam, 559 signal dia mari ke Kulaijaya. Rasanya 1 kilowatt ni...tak pun
800watt. Syukur ke hadrat Ilahi, kawan berjaya mengadakan contact dengannya dan
mendapat satu mata untuk CQWW VHF 2013
Contest. Sebagai hadiahnya, kawan postkan callsignnya di cluster dan
akhirnya...beliau pun pile – up dengan stesen dari Jepun dan Korea Selatan.
Berduyun-duyun JA masuk, tapi yang peliknya, kawan langsung tidak kedengaran
signal JA tersebut, hanya mendengar respon dari Thailand sahaja. Yang sedihnya...kawan terlupa untuk rakam video. Apa yang peliknya,
inikan radio amatur...hobi yang penuh dengan segala kemungkinan.
Selamat berpuasa, 73 de Zaki 9M2ZAK.