Oceania DX Contest
The 2011 Oceania DX Contests will be held over the following weekends:
PHONE Contest:
08:00 UTC Saturday 1 October to 08:00 UTC Sunday 2 October 2011
CW Contest:
08:00 UTC Saturday 8 October to 08:00 UTC Sunday 9 October 2011
Log deadline: 7 November 2011
Band : 10m-20m-40m-80m-160m
Sekarang sedang giat berlangsung contest Oceania, dimana objektif contest adalah cuba mendapatkan seberapa banyak contact dari negara-negara kepulauan atau kepulauan serata dunia.
Setiap contact akan bertukar-tukar signal report bersama angka jumlah qsonya. Berdasarkan angka dihujung signal report itu, kita akan mendapat tahu jumlah terkini contact yang telah berjaya dilakukannya.
Asalnya Contest ini adalah VK/ZL contest, tetapi telah ditukar kepada Oceania Dx Contest.
Contest ini telah berusia hampir 91 tahun iaitu bermula sekitar 1920an. Ini bermakna ia telah melalui pelbagai teknologi dan inovasi dalam pembuatan radio ini, dari zaman tube ke zaman transistor, tradisi ini masih dikekalkan, tidak lapuk dek hujan tidak lekang dek panas.
Sehingga artikel ini ditulis, aku masih lagi memusing-musing tombol icom 718 dan FT-77 mencari-cari callsign yang cq contest. Bagi negara kita, 9w6/9m6/9w8/9m8 mempunyai peluang untuk cq dan pile up dalam contest ini kerana mereka terdiri dari negara Oceania, manakala bagi bukan negara oceania, mereka boleh masuk ke setiap cq yang di panggil oleh Oceania.
Dalam contest ini, kita berpeluang untuk mendapat RARE CALLSIGN, seperti yang sedia maklum RARE CALLSIGN ini datangnya dari negara-negara kepulauan. Selama ini, kita begitu sukar untuk mendengar callsign dari VK/ZL, jadi gunakan kesempatan ini untuk menambahkan lagi koleksi callsign anda.
Tidak mustahil dikatakan, jika propogasi cantik...kita akan dapat penuh callsign VK1-VK9, DU1...dan ZL1-ZL9 serta YB0-YB9 kerana aku percaya para pengamal radio amateur
dari negara-negara tersebut akan menggunakan kesempatan ini untuk keuntungan mereka. Sekian dulu dari saya, 9m2zak kerana selepas ini saya hendak kembali ke Frekuensi menyambung Oceania Dx Contest 2011,
Updated 0742Z, 2/10/2011
Jumlah QSOs yang diperolehi adalah 52 station :
KH2- 1, KH6-1, VK-33, YB-8, YJ-2 dan ZL-4
BAND 20 METER - 21 QSOs
BAND 15 METER - 24 QSOs
BAND 10 METER - 7 QSOs
BAND 20 METER - 21 QSOs
BAND 15 METER - 24 QSOs
BAND 10 METER - 7 QSOs
Program yang digunakan ialan N1MM, TX power - 50 watt, Ant - 6 ele 3 band beam dan ICOM 718.
73, good luck in contest...