Sunday, October 30, 2011

CQWW - SSB- 2011 report



Kepenatan masih lagi terasa selepas berakhirnya contest cqwwssb 2011 ini. Walaupun bermula agak lambat, iaitu selepas 20 jam contest ini bermula. Aku berasa amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana mengizinkan aku menyertainya.

Contest kali ini begitu meriah sekali berbanding dengan tahun-tahun lepas kerana ianya bermula dengan baik sekali. Apa yang baiknya ialah keadaan band, band 10 meter membuka dengan stabil pada hari pertama, dan ianya boleh dikatakan membuka dari Amerika Utara membawa ke Amerika Selatan serta menerjah juga ke Benua Afrika. Pada hari kedua, keadaan semakin sulit dan mencabar, band 10 meter mengalami kenaikkan dalam signal noisenya, bacaan di Kulaijaya menunjukkan S-3 membawa ke S-5. Keadaan ini berlarutan sehingga ke malamnya. Bagi stesen yang besar, rasanya ianya tidaklah membawa masalah sangat kerana aku pasti mereka dapat menembusi dengan 1 kilowatt mereka itu. Tahniah diucapkan.


Eqsl dari India

Tahniah diucapkan juga kepada contestor-contestor dari Malaysia, antara yang kedengaran memanggil dan check-in adalah 9w2www, 9w2ceh, 9w2vvh, 9m4cpd, 9w6zam, 9m2esm, 9m2sm, 9m2cqc, 9m6ybg, 9m6jkl dan 9m2zak. Mungkin ada banyak lagi wakil dari Malaysia ini yang tak tersenarai. Kepada yang tertinggal callsign mereka tu diharapkan emel kepada aku untuk di paparkan dalam blog ini. Semangat cqww contest yang ditonjolkan itu sedikit sebanyak menaikkan semangat untuk terus memburu dan cq di frekuensi. Sekurang-kurangnya tahu yang kita tidak keseorangan.


9w2vvh - Arie

Tahniah juga diucapkan kepada stesen QRP, difahamkan wakil dari Sungai Besar, Selangor iaitu 9w2vvh menyertai contest kali ini dengan kategori QRP. Hebat..anak Malaysia ini. Kekuatan 5 watt dijanakan untuk memburu callsign-callsign dari seluruh dunia. Semestinya pasti stesen QRP ini (9w2vvh) mengalami kesukaran kerana terhimpit dan dihimpit oleh Big Gun dari serata dunia. 5 watt vs 1 kilowatt. Tetapi dengan berbekalkan semangat Malaysia boleh, Beliau berjaya jugak mendapatkan contact dan sekaligus membuktikan bahawa QRP station pun boleh. Syabas dan tahniah Bang Arie.


9w2www - Azam, yang penuh dengan keazaman

9w2www hanya tidur 3 jam sahaja dalam dua hari ini. Hebat, kagum dan restpect aku dengan kekuatan mindanya. Apabila keazaman menebal di dalam dada, lautan RF pasti beliau akan mengharunginya. Tahniah Zam, peluang untuk bertemu dengan rakan-rakan radio dari seluruh dunia anda manfaatkan dengan sebaiknya. Berbaloi dengan pengorbanan anda, anda sekarang adalah di antara contester yang terhebat di negara Malaysia ini. Wa caya lu...Zam.


9w2tz dan 9m2ar in action

Wakil dari Utara, iaitu dari Arau pun tidak kurang hebatnya. Pasukan mantap yang dibina itu sudah pasti akan membawa kejayaan. Ditambah pula dengan kekuatan yang mereka ada itu, iaitu otai-otai hf sudah pasti kejayaan dalam genggaman mereka. Bukan calang-calang orang mereka ini, arena HF ini sudah lama mereka terokai jika nak dibandingkan dengan aku yang setahun jagung ini.


Tahniah kepada 9m2ar, 9m2pz, 9m2get, 9m2out, 9m2yas dan 9w2tz. Kecekalan yang ditonjolkan itu menunjukkan bahawa radio amateur ini tidak dibatasi oleh sempadan, sempadan usia, sempadan kedudukan, sempadan darjat dan sempadan keturunan. Bagi hobi yang hebat ini, semua adalah sama tidak kira apa pun. Yang pasti...apabila beraksi di udara, ucapan 73 tidak lekang dari bibir mereka dan ditujukan kepada semua warga radio amateur di seluruh dunia.

ini adalah kerana bukan mudah untuk menyertai contest ini kerana ia menuntut kesabaran dan komitmen yang extream dari pesertanya.

Dalam mengharungi badai gelombang RF yang datang dari serata dunia ini, aku dibantu oleh ICOM 718 dan FT 77 serta gelombang aku pula dihalakan oleh DALBEAM 20m-15m-10m. Tenaga pula disalurkan oleh Teleconcepts TPA-1515 15 amp. Memang agak sukar mengharunginya, apatah lagi dengan menggunakan dayung kecil, maka ombak-ombak besar yang datang menghimpit perlu kekuatan minda dan keazaman yang tinggi untuk mengharunginya.

Syukur kepada allah kerana dianugerahkan kekuatan itu. Selepas pulang dari Kuala Lumpur pada malam Sabtu itu, aku terus menerjah shack untuk turut serta rakan-rakan dalam CQWWSSB ini. Allah menentukan segalanya, kita hanya merancang tapi DIA yang menentukkannya. Mengikut perancangan, aku terpaksa berada di Kuala Lumpur selama dua hari, iaitu sabtu dan ahad. Tetapi dengan kekuasaannya, tugasan aku selesai awal, iaitu pada petang sabtu, maka peluang yang dicipta oleh yang Maha Kuasa ini aku gunakan dengan secukupnya. 9m2zak dapat beraksi di CQWWSSB 2011.

Hasil CQWWSSB 2011:

CALLSIGN: 9M2ZAK

CONTEST: CQ-WW-SSB

CATEGORY: SINGLE-OP ALL LOW SSB

CLAIMED-SCORE: 55375

OPERATORS: 9M2ZAK

NAME: zaki din

Total QSOs : 215

DXCC : 43

Worked All Continent : AF-AS-EU-NA-OC-SA

WORKED ALL ZONE : 1-3-4-6-11-14-15-16-17-19-22-24-25-26-27-28-29-30-31-32-35-38-39

WORKED ALL PREFIX : 130

3D - 5R - 6K - 7K - 9M - 9V - 9W - AH0 - AHZ - B7 - BA1 - BD7 - BG4 - BG7 - BI7 - BM100 - BU2 - BV100 - BV4 - BX4 - BY1 - BY4 - BY5 - BY8 - C5 - CF7 - DJ4 - DL2 - DU1- DU9 - DV1 - DX1 - E2 - E21 - E51 - E77 - ES5 - EY8 - HS0 - JA0 - JA1 - JA2 - JA3 - JA4 - JA5 - JA6- JA7 - JA8 - JE2 - JF1 - JF3 - JH0 - JH1 - JH3- JH4 - JH5 - JH6 - JH7 - JI1 - JI3 - JL1 - JL3 - JM1 - JM3 - JM3- JN1 - JO3 - JO4 - JR2 - JR3 - JR4 - JR5 - JS3 - K6 - K7 - KH2 - KH7 - KL7 - KV0 - NH0 - NT6 - OL6 - OM8 - PI1 - PS2 - PT2 - PW2 - PW7 - PX7 - RA0 - RN6 - S53 - S57 - S58 - UN7 - V55 - V84 - VE7 - VI6 - VK2 - VK3 - VK4 - VK5 - VK6 - VK8 - VR2 - VU2 - VU3 - W0 - W6 - W7 - WC6 - WH2 - XE2 - XV1 - XX9 - YB0 - YB1 - YB3 - YC1 - YE0 - YE1 - YE2 - YL3 - YU5 - ZK2 - ZM4 - ZS1 - ZS5 - ZS6


Bersedia menanti CQWW-CW 2011 pula. antara persediaanya ialah, menguasai 35 wpm.

73,9m2zak

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...