Monday, January 31, 2022

Radiosonde IMS100 - IMS8AFAC0 mendarat di Jalan Tenggayun, Kampung Parit Tegong, Pontian pada malam Tahun Baru Cina 2022

 

Jatuh di sekitar Jalan Tenggayun, Kg Parit Tegong, Pontian

Pada mulanya jika mengikut ramalan jatuh (selalunya tepat) Radiosonde IMS100 #IMS8AFAC0 ini akan jatuh di lautan jika berdasarkan ramalan yang diplot oleh sondehub. Ramalan di sondehub ni boleh dikatakan tepat dan selalunya tepat tapi bukanlah setepat -tepatnya tapi ianya cukup untuk memberi kita bayangan atau klu di mana kawasan jatuhan tu, itu sebenarnya sudah cukup memadai.

Ramalan awal menyatakan ianya ke laut

Seperti biasa kami terus memantau dan memantau penerbangan Radiosonde tersebut kerana berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas, banyak kemungkinan yang akan berlaku seperti belon pecah awal, pergerakkan angin berubah, hujan turun, transmitter rosak, payung terjun tidak kembang dan pelbagai lagi kemungkinan.
Data menunjukkan yang dia turun laju dan meluncur perlahan

Tetapi pada malam tadi, sejurus selepas sahaja belon pecah...data menunjukkan ia turun dengan laju dan kelajuan meluncurnya pula perlahan berbanding dengan jatuhan. Maka apa lagi, kami terus paku perhatian kami ke radiosonde tersebut dan memantau pergerakkannya. Macam ada sesuatu akan berlaku pada malam ini.

jatuh darat
Nah.... Radiosonde tersebut jatuh darat juga. Kenapa dia jatuh darat? sedangkan jika ikut ramalan ianya akan ke laut. Pasti ada sesuatu ni. Maka untuk mendapatkan jawapannya, kami pun bergegas ke lokasi jatuhan.

bergerak ke lokasi
Perjalanan ke lokasi mengambil masa kira-kira sejam. Pukul 9.10 mlm aku bertolak dan sampai sekitar jam aku sampai sekitar jam 10.10mlm. Memang ngam-ngam sejam dari Kulai ke kg Parit Tegong, Pontian. Memandangkan jam masih pukul 10 lebih, maka pasti radiosonde itu masih hidup lagi sebab kebiasaannya dia akan mati pada jam 11.00mlm ke 11.15mlm. Perkara ini masih misteri kenapa dia mati time tersebut. Adakah ianya diprogramkan atau batery dia mati selepas 4 jam transmit.Itu kami akan siasat kemudian.


Kemudian Faizal 9w2dvz menyatakan yang signal masih ada lagi, dan dia terus mengikuti signal tersebut dan akhirnya jumpa. Radiosonde tersebut jatuh bersebelahan dengan kawasan perkuburan islam. Kemudian ianya dibawa keluar ke tepi jalan untuk disiasat kenapa ianya tidak jatuh ke laut mengikut sepatutnya.


ianya masih hidup dan transmit seperti biasa dan signalnya masih kuat dan solid. Malah ianya masih lagi mempunyai data di dalam transmisi tersebut dimana ianya masih lagi dapat diplot dalam sondehub.Tanpa melengahkan masa lagi, kami pun meneliti dan menyiasat keadaan fizikal belon dan parachute radiosonde tersebut.

Tali parachute berpintal

Hasil pemerhatian kami, didapati tali parachute berpintal, sekaligus menjawab persoalan kami kenapa ianya jatuh menjunam dengan laju dan tidak menuju ke laut. Rezeki malam tahun baru cina. Maka kami pun terus mengeluarkan parachute tersebut dari kekusutan tali yang berpintal teruk dengan belon yang pecah berderai itu.

IMS8AFAC0

Berjaya...misi SAR IMS8AFAC0 radiosonde milik kerajaan Singapura yang dilepaskan di lapangan terbang Paya Lebar, Singapura diselamatkan di Kampung Parit Tegong , Pontian pada pukul lebih kurang jam 10mlm iaitu 2 jam lebih selepas ianya dilepaskan. 

dari kiri 9m2zak, 9w2dvz dan 9w2dcw

Malam Tahun Baru Cina 2022 memberi ong kepada kami, dan ini adalah Radiosonde yang ke-8 yang berjaya ditemui oleh pasukan SAR Radiosonde Johor. Mencari Radiosonde IMS-100 ni mencabar kerana jatuhannya tidak boleh diagak atau diramal dengan tepat kerana layangan payung terjun serta baterynya yang mati ikut time. Jadi semua perkara perlu dilakukan dengan pantas dan dirancang dengan teliti.


Sampai kita berjumpa lagi dalam posting pengembaraan saya mengejar radiosonde yang seterusnya...insyallah.

73 Zaki 9M2ZAK

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...