Saturday, January 22, 2022

Menjejaki Radiosonde yang dilepaskan oleh Meteorological Service Singapore : IMS8AFA85

Laluan penerbangan Radiosonde IMS8AFA85
Pada hari Khamis yang lepas, iaitu pada 6 Januari 2022. Hasil pemantauan dan penjejakan saya, didapati Radiosonde dengan nombor siri IMS8AFA85 telah jatuh di kawasan Kukup, Johor pada pukul 10.14am waktu tempatan. Lokasi jatuhan tersebut telah direkodkan dengan baik sekali oleh raspberry pi 4. Dibawah berikut adalah data terakhir yang dicatat oleh perisian Radiosonde Auto-RX 1.5.8.

Date/Time: 2022-01-06 02:14:00z

Altitude: 263 m
Course: 168 °
Speed: 15 km/h

Berdasarkan data di atas, nampaknya last data yang diperoleh adalah pada ketinggian 263m dari aras laut sebelum ianya hilang dan tidak dapat dikesan lagi oleh Radiosonde Auto-RX. Sebelum kami bergerak ke lokasi jatuhan, beberapa persediaan perlu dilakukan, persediaan yang penting sekali adalah dengan meninjau dahulu kawasan jatuhan dengan menggunakan google earth supaya bersedia dengan jenis tanah, permukaan muka bumi dan beberapa perkara lain di lokasi kelak.


Berdasarkan pemerhatian dari Google Earth, point terakhir Radiosonde tersebut betul-betul berada 263m di atas kubur. Tetapi itu tidak bermakna yang Radiosonde itu akan jatuh di atas kubur, berdasarkan APRS Data, pada alt 263m itu Radiosonde itu bergerak atau heading ke 168 darjah pada kelajuan 15km sejam. Jadi apa yang boleh dilakukan dengan data-data tersebut? kita boleh ramalkan kawasan jatuhannya, iaitu kecilkan kawasan pencarian.

lokasi last Radiosonde alt 263m, atas kubur

Perkara yang paling penting dan perlu diambil perhatian adalah pada bacaan course, jika dilihat pada data di bawah, Radiosonde tersebut jatuh pada koordinat 1.34361 103.456 Course 168 darjah.


kemudian dengan menggunakan kompas samada jenis biasa (jarum) atau digital, saya guna digital iaitu download di smart phone. Saya adjust kompas tersebut supaya ianya menghala atau dapat bacaan 168 darjah dan kami pun bergeraklah sepanjang arah tersebut.


Percubaan pertama, ianya tidak mendatangkan hasil. Perlu diingat, ini adalah ramalan sahaja, ada beberapa faktor lagi perlu di ambil kira iaitu arah tiupan angin. Walaupun lokasi last dan sudut heading diketahui, namun ianya tidak semestinya jatuh dalam garisan lurus, pasti dia akan ke kiri atau ke kanan atau ke depan lagi. Jadi plan pertama kami adalah cari yang kehadapan dahulu iaitu bergerak ke hadapan. Maka kami pun bergerak kehadapan sejauh lebih kurang 300m sepanjang course 168 darjah tersebut. 300m bergerak dalam kawasan belukar dan semak samun memang memenatkan. Kemudian kami patah balik ke lokasi asal, maka patah balik 300m lagi, dah jadi 600m keseluruhan pergi dan balik. 


Setelah hilang penat dan berehat serta minum air secukupnya, Operasi mencari diteruskan, kali ini saya bercadang untuk curi sedikit sudut, saya ambil keputusan untuk curi 3 darjah. Maka kami akan bergerak 165 darjah lah. Namun ianya tidak berhasil juga. Seperti biasa, kami patah balik ke lokasi asal sambil kumpul tenaga semula dan minum air secukupnya. Mujur ada pondok disitu, jadi adalah tempat untuk melepaskan lelah.

Setelah tenaga kembali pulih, kami ambil keputusan untuk bergerak luas sedikit, memandangkan tadi hanya buka 3 darjah dan ianya masih serupa dan tidak berbeza, maka kali ini saya buka besar sikit, iaitu 5 darjah. Jadi kami pun mula bergerak ke 173 darjah. Semasa dalam perjalanan sepanjang 173 darjah itu, tiba-tiba saya ternampak benang yang berjuntaian dari daun kelapa sawit terus ke tanah. Dalam hati saya berkata, yes!, jumpa. Langkah terus laju menuju ke benang dan tepat sekali, Radiosonde IMS8AFA85 berjaya ditemui.....


Penat lelah meredah kebun kelapa sawit ulang dan alik akhirnya membuahkan hasil. Rasa penat dan lelah terus hilang dan badan kembali bertenaga. Hahahahahaha....maknanya paras hormon adrenalin kembali mencanak naik. Kami berehat sebentar hilangkan lelah dan keringkan peluh, kemudian saya pun kembali ke Kulai dan Saiful kembali ke Pontian. Misi berjaya.

Payung terjun


Saiful 9W2DCW

Berjumpa lagi dalam posting misi SAR belon di Tampoi, Johor Bharu.





Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...