Laluan Radiosonde IMS8AFAE1 |
Pada mulanya kami menuju ke lokasi terakhir Radiosonde itu dikesan dan lokasinya adalah di tempat parking Jalan Aliff 3. Pada lokasi tersebut, saya masih lagi menerima signal daripada Radiosonde tersebut tetapi ianya tidak begitu stabil, malah jika dicabut antenna... ianya akan terus hilang. Berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas, jika antenna handy dicabut dan signal lost, maka iainya memberi maksud yang Radiosonde itu bukan berada disekitar. Jadi saya mengambil keputusan untuk ubah lokasi dan naluri saya berkata yang Radiosonde itu jatuh di seberang jalan sana.
Setelah bergerak ke atas lagi dan membuat pusingan U, saya terus belok kekiri masuk ke kawasan apartment lalu mencari parking untuk menangkap signal Radiosonde tersebut. Sebaik sahaja handy Anytone dihidupkan, signal radiosonde tersebut kuat kedengaran, kemudian saya buka pula antenna Anytone tersebut dan sekali lagi, signalnya masih kuat juga. Maka...langkah seterusnya diambil... iaitu menghidupkan raspberry pi. Setelah Raspi hidup dan perisian Auto_RX berjalan, terus terpapar lokasi terkini Radiosonde tersebut.
Objektif utama operasi sebenarnya adalah untuk mendapatkan koordinatnya sahaja. Apabila sudah dapat, maka operasi mencari akan diteruskan. Apabila lokasi sudah dapat, saya pun menarik nafas lega dan bersyukur kerana selesai. Kami lepak sebentar disana sambil layan signal yang masih memancar, pada ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 10.45 malam dan kami pun pulang.
Kemudian selang beberapa hari kemudian, iaitu pada hari Jumaat 21/1/2022, saya kembali ke lokasi jatuhan dan sambung semula operasi mencari Radiosonde tersebut. Dengan menggunakan Waypoint Finder, saya masukkan terus koordinat yang dapat pada malam tersebut dan menuju ke lokasi.
Payung terjun dan belon berada di atas pokok, saya cuba untuk mendapatkannya, tetapi ianya koyak rabak teruk akibat ditarik-tarik dan tertusuk oleh ranting pokok. Maka saya ambil keputusan untuk membiarkan saja lah, yang penting transmitter Radiosonde itu dijumpai.
Misi SAR Radiosonde Paya Lebar model IMS-100 IMS8AFAE1 selesai. Setelah selesai kami pun bergerak pulang ke Kulai dengan hati yang penuh kegembiraan. Banyak perkara yang kami pelajari dalam mengesan Radiosonde tersebut dan ianya sedikit sebanyak membantu kami dalam permainan mengejar Radiosonde ini.
Sampai kita berjumpa lagi dalam pemburuan belon yang seterusnya. 73.