Sebaik sahaja belon dilepaskan dari Lapangan Terbang Paya Lebar di Singapura, ramalan terus dilakukan. Didapati ianya akan jatuh di darat sekitar Pontian. Pada ketika itu, saya dan Faizal 9W2DVZ kami terus memantau pergerakkan belon tersebut. Belon tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Paya Lebar pada jam 6.45 petang dan mendarat sekitar jam 9.30 malam, ini bermakna belon tersebut mengambil masa kira-kira 3 jam 15 minit penerbangannya.
Lokasi terakhir Radiosonde tersebut ialah pada koordinat 1.430050 103.410950 dan ianya berada pada ketinggian 78m di udara dan menghala ke arah 267 darjah. Jadi ini bermakna pasti Radiosonde ini akan menuju ke laut, berapa jauh ke laut itu kami tidak pasti. Untuk mendapatkan kepastian, kami perlu bergegas ke lokasi jatuhan dengan segera.
Kami pun memulakan perjalanan ke lokasi jatuhan, Belon tersebut jatuh di pantai Kampung Rambah dimana jarak Kampung Rambah, Pontian dengan base saya adalah sekitar 50km dan mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan. Ini bermakna saya akan sampai ke lokasi sekitar jam 10:45 malam ke 11.00 malam bergantung kepada keadaan trafik. Jika dikira dengan masa ketahanan bateri Radiosonde, saya jangka kami masih sempat untuk mendapatkan bacaan koordinatnya kerana berdasarkan kepada kes-kes lampau, bateri Radiosonde IMS100 ini akan mati sekitar jam 11.15pm ke 11.30pm.
Pada pukul 10.26pm kami pun sampai dan didapati signal masih ada. Maka seperti biasa, saya hidupkan raspberry pi untuk mendapatkan lokasi tepat Radiosonde tersebut. Tidak sampai 5 minit, Raspberry Pi saya terus menangkap signal Radiosonde itu dan dekod koordinatnya. Lalu pantas saya masukkan ke dalam Waypoint Finder dan didapati belon tersebut berada agak jauh sedikit dari pantai dan jatuh di atas lumpur. Iaitu kira-kira 33m dari kedudukan kami ditepi pantai.
Transmitter tersebut jelas kelihatan hanya dengan melihat dengan mata kasar sahaja sebaik sahaja disuluh pada arah berdasarkan Waypoint Finder.Kami bernasib baik kerana pada waktu itu air surut. Jika air pasang pada ketika itu, maknanya bye-bye disebabkan ianya pasti dibawa arus. Pada asalnya jika ikut plan, dapat lokasi dan balik dan akan datang semula pada hari lain. Tetapi oleh kerana terfikir akan fenomena air pasang surut. Maka Radiosonde tersebut perlu diselamatkan pada malam itu juga.
Belon jelas kelihatan dari tepi pantai |
Masalah utama ketika itu ialah masing-masing tidak bersedia dengan pakaian tambahan, jika kami turun dan berjalan di dalam lumpur maka habislah pakaian kami. Kemudian Faizal keluar dari lokasi jatuhan dan bergerak ke jetty nelayan berdekatan untuk meminta bantuan meminjam set joran. Plannya ialah untuk memancing belon tersebut dan menariknya ke darat.
Transmitter di atas lumpur |
Transmitter diselamatkan |
Syukur semuanya selesai. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada abang tersebut kerana sudi membantu kami walaupun kami tidak pernah kenal dan bersua dengannya dan tiba-tiba datang tengah malam buta meminta pertolongan.Syukur semua urusan dipermudahkan.
Parachute |
Parachute kami ambil juga walaupun berlumpur dan kami rancang untuk cuci kembali apabila pulang nanti. Tong untuk isi Radiosonde KIT saya dikosongkan dan dimasukkan parachute berselut tadi. Lepas ni kami kena bersedia plastik sampah juga untuk kes-kes macam ni. Main kejar belon ni kita kena sedia dari segala aspek, itu yang saya pelajari pada malam tersebut. Pakaian spare juga perlu. Air untuk cuci perlu ( dalam tong) dan juga tisu/kain buruk untuk lap.Kemudian kami pun bergerak balik dan saya sampai sekitar jam 1.20 pagi. naya...esok sekolah....hahahaha.
Transmitter berada dalam keadaan elok. |
Syukur semua selesai dan pada malam tersebut kami kutip lagi satu lagi pengalaman baru dalam permainan mengejar Radiosonde. Sesungguhnya pengalaman-pengalaman tersebut banyak mengajar kami dalam merancang pemburuan Radiosonde yang seterusnya. 73 Zaki.