Wednesday, February 2, 2022

Menjejaki Radiosonde : IMS8AFABA jatuh di Kg Parit Rambai, Pontian

 

Dari kiri 9W2DCW, 9W2DVZ dan 9M2ZAK serta harmonik

Pada awalnya penerbangan pada malam tersebut kami jangkakan yang belon tersebut akan jatuh ke laut. Semua ini berdasarkan kepada ramalan yang diperoleh dari website Sondehub. Tetapi sebaik sahaja belon tersebut pecah, ianya terus meluru ke barat iaitu Pontian dan melayang-layang berpusing-pusing jatuh di Kg Parit Rambai, Pontian. Operasi SAR terus dilancarkan.

bergerak ke lokasi

Seperti biasa, perjalanan dari Bandar Putra Kulai ke Pontian mengambil masa lebih kurang satu jam. Pada pukul 10:09 mlm, kami pun sampai ke lokasi terakhir belon tersebut. Pada lokasi tersebut saya pun menghidupkan walkie talkie yang telah diset pada freq Radiosonde dan didapati radiosonde itu masih hidup.


Kemudian saya pun menghidupkan raspi untuk mendapatkan kedudukan yang lebih tepat. Tidak sampai seminit...sejurus sahaja raspi dihidupkan. Kami terus dapat lokasi terkini Radiosonde tersebut.

Didapati ianya jatuh ke hadapan pada jarak 56.32m dari lokasi last. Setelah meneliti google earth, kami juga mendapati yang lokasi tepat Radiosonde itu jatuh berdekatan dengan jalan. Setelah koordinat tepat dimasukkan ke dalam waypoint, maka kami pun bergerak masuk ke ladang kelapa sawit.

Pada waypoint finder, ianya menunjukkan jarak sekitar 200m lebih sahaja daripada kenderaan kami. Maknanya ianya dekatlah. Ini disahkan lagi apabila kami hidupkan walkie talkie dan signalnya masih ada dan kuat berbanding kedudukan awal tadi.


Selang beberapa minit kemudian, radiosonde tersebut dijumpai. Parachute dan belon latexnya yang pecah itu ada di atas tanah manakala benang yang mengikat transmitter tersangkut di atas pokok. Tetapi mujur radiosonde tersebut tidak tersangkut pada pokok. Ianya tergantung.


Kami pun bergerak ke kawasan disebalik pokok tersebut untuk mendapatkan transmitternya. Transmitter itu tergantung di atas pokok kelapa sawit. Tiba-tiba radiosonde tersebut turun kebawah perlahan-lahan dan turun betul-betul dihadapan Faizal. Nah...urusan dipermudahkan. Pada awalnya kami dok memikirkan bagaimana nak ambik transmitter tersebut kerana kedudukannya yang tinggi itu.

Syukur semua urusan dipermudahkan... misi tersebut tidak sampai sejam kami lakukan. Saya tanpa berlengah masa kami terus patah balik ke belakang pokok tadi dan pergi mendapatkan parachute manakala Faizal pula memintal benang agar tidak kusut.

Parachute dan Radiosonde
Selesai sudah misi SAR radiosonde milik Singapura Meteorological Service yang jatuh di Kg Parit Rambai, Pontian. Jatuh di dalam kebun sawit. Syukur cuaca pada malam tersebut tidak hujan tetapi agak panas sedikit kerana angin tidak bertiup dengan kuat seperti kebiasaannya. Baiklah... semoga kita berjumpa lagi dalam kisah pemburuan Radiosonde saya yang seterusnya. 73 Zaki.



How to run rtl-sdr over tcp with dsdplus fastlane

step 1 : build your own raspberry pi vpn server wget https://git.io/vpn -O openvpn-install.sh chmod +x openvpn-install.sh sudo apt update &a...