Monday, November 26, 2012

CQ Worldwide DX Contest, CW 2012


CQWW CW 2012 Setup

CQ Worldwide DX Contest bermula pada UTC 0000Zulu, Nov 24 2012 hingga UTC 2400Zulu, Nov 25 2012, yang melibatkan seluruh warga radio amatur dari segenap pelusuk dunia.


Bersama Mat, 9W2ZJB...dari Skudai Johor Bharu.

Syukur alhamdulilah, tahun ini kawan berjaya memecah rekod peribadi tahun 2011 dimana pada tahun lepas, 2011 kawan berjaya mengumpul 99648 mata. Manakala pada tahun ini pulak, sebanyak 140715 berjaya diperoleh dengan jumlah QSO sebanyak 513 QSOs.

Statistik pungutan mata 9M2ZAK dalam CQWWCW Contest.

Sebenarnya inilah kepuasan sebenar, kepuasan yang tidak boleh dizahirkan, rasa berbunga dalam diri sebab rekod diri dipecahkan oleh diri sendiri jugak...Dalam contest ini, kawan tidak mengharapkan apa - apa, bukan plaque atau sijil yang dikejar tetapi semangat radio amatur yang ingin ditonjolkan. Semua itu adalah sebagai bonus sahaja...tetapi kepuasan diri adalah keutamaan. Kawan mungkin tersenyum setahun dengan point ini sehingga contest tahun depan pulak. Insyaallah jika umur masih panjang...

CQWW 2011 RESULTS

Pada contest kali ini, seperti biasa kawan bertanding dalam kategori yang sama seperti tahun 2011, iaitu Single Operator All Band Low Power dimana kawan hanya dibenarkan transmit 100 watt ke bawah.

Sijil CQWWCW tahun 2011
Sebenarnya terdapat banyak kategori yang disediakan dalam contest ini, terpulang kepada kita untuk memilihnya, tepuk dada tanya selera, antara kategori yang ditawarkan ialah:

Single Op All Band (QRP/Low/High)
Single Op Single Band (QRP/Low/High)
Single Op Assisted All Band (QRP/Low/High)
Single Op Assisted Single Band (QRP/Low/High)
Xtreme Single Op
Multi-Single
Multi-Two
Multi-Multi
Xtreme Multi-Op

QRP = 5 watt ke bawah
Low = 100 watt ke bawah
High = 100 watt ke atas


9m2sm op 9m2out ( Oja) Single OP 20m QRP
 Pada contest kali ini, kawan gunakan peluang ini untuk menguji kemampuan Kenwood TS-2000. Ternyata ianya berfungsi dengan baik sekali. Kemampuan filternya amat mengagumkan. Kawan akui, dengan bantuan filter yang terdapat dalam transceiver ini telah banyak membantu kawan dalam menangkap station - station QRP yang check ini. Dengan bantuan filter ini jugalah kawan dapat mencelah CQ ditengah - tengah badai HIGH POWER station serta menangkap station yang tersepit di tengah - tengah HIGH POWER station. Perbezaannya amat ketara sekali...terima kasih Kenwood kerana menghasilkan mesin ini...

Senarai Top Score tahun lepas, niat di hati ingin meletakkan 9M dalam list ini...

Dari segi pungutan mata pula, semestinya berlaku peningkatan, sebanyak  41067 mata berbeza daripada tahun lepas. Pada tahun lepas, kawan hanya menggunakan pesawat FT-77 dengan tanpa filter. Jadi jika difikirkan kembali, faktor filter juga perlu diambil perhatian. Filter juga banyak membantu dan ianya terbukti.

Filter 300Hz digunakan sepenuhnya dalam CQWWCW 2012





Dalam contest kali, ini, kawan hanya memanggil atau CQ hanya dalam masa sejam sahaja, kemudian kawan akan merayau - merayau pula mencari station yang CQ pula selama 30 minit. Inilah rutin yang kawan gunakan selama 48 jam ini. Tujuannya adalah untuk menjaga kesihatan transceiver...sebab kawan ada perasan, selepas CQ selama sejam, pesawat akan menjadi panas. Jika difikirkan balik...memang sepatutnya panas sebab kuasa pemancaran 100 watt... Hmm... Contest tahun depan nak kena cari kasut lain jawabnya nih...

Kipas USB digunakan sebagai kipas tambahan
Dari segi pungutan callsign pula, station dari Jepun mencatat pungutan yang tertinggi sekali, iaitu 245 station. Mereka sangat aktif pada pukul 9 pagi hingga ke pukul 4.00 petang, selepas itu mereka semakin kurang. Manakala pada sebelah malam pula, mereka muncul kembali sekitar jam 9.00 malam hingga 11.30 malam...kemudian stesen dari eropah pula muncul....

Mat : Kenapa Jepun banyak sangat cikgu? tanya Mat, 9W2ZJB kepada Cikgu Zaki yang pada ketika itu sedang sibuk melayan pile up dari Jepun...

Zaki : Jepun banyak kerana yagi dan G5RV Jr  kawan sekarang betul betul menghala ke Amerika Utara. Jepun dan Amerika Utara adalah  dalam hala yang sama...lagi pun negara Jepun adalah negara yang ramai pemegang lesen radio amatur.

Mat : .....oooo....macam tu...hmm...terima kasih cikgu...

Zaki : sama - sama


berjaya mengumpul JA0 hingga JA9


Manakala tempat kedua pula, adalah station dari Amerika Utara dengan 69 station. China 34 station,  Russia 29 station, Thailand 11 station, Australia 11 station dan lain - lain lagi. Sebenarnya objektif pada sesi contest kali ini adalah untuk mendapatkan seberapa banyak yang mungkin stesen dari Amerika Utara. Tetapi mungkin tiada rezeki...keadaan band memihak kepada Jepun. Namun perjuangan perlu diteruskan...

Keadaan band pula ada ceritanya. Bagi Kulaijaya, band 10m-15m dan 20m membuka dengan baik bermula dari jam 8 pagi membawa ke petangnya...Manakala band 10 meter dan 40m mencatat pungutan yang tertinggi. Keadaan High band ini begitu stabil di siang hari. Band 10m membuka stabil dari pagi sehingga ke petang. Band 15m pula mengalami naik dan turun begitu juga dengan band 20m.

Manakala band 40m pula, mencatatkan kecemerlangan. Band ini membuka seawal jam 5.30 petang. Pembukaan yang baik ke arah Amerika Utara. Kedengaran begitu kuat sekali stesen - stesen dari Amerika Utara di band ini. Manakala stesen dari Eropah pula mula mengambil tempat apabila jam menghampiri tengah malam dan seterusnya membawa ke pagi keesokkannya.

Dalam CQWW CW 2012 ini, penyertaan dari negara Malaysia boleh dikatakan banyak jugak, antara yang kedengaran di shack kawan ialah :

  1. 9m2zak
  2. 9m2sm
  3. 9m2to
  4. 9m2mrs
  5. 9m2cnc
  6. 9m2idj
  7. 9m2/je1scj
  8. 9m6ybg
  9. 9m6rhm
  10. 9m6na
  11. 9m8yy
senarai station yang sudah hantar log mereka
 mungkin masih ada yang tertinggal, tetapi apa pun kawan amat berbangga sekali kerana bilangan kali ini melebihi bilangan jari kawan. Rasa bangga kerana callsign 9m berkumandang tersebar ke seluruh dunia dalam 48 jam ini. Rasa bangga sebab ada wakil dari negara yang sedang membangun ini dan rasa bangga sebab kawan ini adalah anak Malaysia...

Semoga kita berjumpa lagi dalam post - post yang akan datang... 73 dari Zaki 9M2ZAK

Thursday, November 22, 2012

Seberapa panjang sarungnya begitulah panjang matanya

Hari ini kawan rasa agak gembira sedikit, gembira kerana pada hari ini kawan dapat berkerja dengan beberapa stesen yang boleh dikatakan agak RARE jugak dalam Radio Amatur ini. Antaranya ialah V84SMD, VK9/OH3JR dan 5R8IC. Dibawah ini adalah sebahagian dari logbooknya.


kesemua stesen yang telah dicontact itu kebanyakkannya memberi 59 atau 599 signal reportnya.

Sebenarnya aktiviti memburu dimulakan pada pukul 1.30 petang, iaitu selepas selesai segala urusan, kawan pun memulakan pemburuan. Bermula dengan band 15 meter, kawan berjaya worked dengan V84SMD di frekuensi 21025 pada jam UTC 0528 zulu, kemudian berehat sebentar untuk makan nasik...hehe...



Pada pukul 3 petang, selepas makanan semuanya telah berjaya dihadamkan, aktiviti pemburuan disambung kembali... band 10 meter pula menjadi sasaran. Frekuensi 28470.00 diputarkan selepas mendapat info daripada 9w2vvh ( saudara Arie ) di FaceBook. Terima kasih diucapkan... Jangkaan memang tepat, tiba - tiba kedengaran audio mereka, malah audio mereka begitu kuat sekali... 59 dicopy di Kulaijaya, dengan pantas callsign kawan dihulur dan syukur alhamdullilah...panggilan dari Kulaijaya telah berjaya diterima...


Sebenarnya pada hari ini, kawan bercadang untuk melepak di band 6 meter. Memang itu objektif pada hari ini, frekuensi 50101.00Mhz memang senantiasa dipantau walaupun kawan berada di bawah, Audio rig dikuatkan supaya dapat didengar dari bawah.

Tiba-tiba kedengaran bunyi cw, tetapi kawan tidak pasti maksudnya kerana bunyi tersebut datang secara QSB, ada kalanya kuat dan ada kalanya perlahan, malahan audio tersebut datang diiringi dengan QRM yang agak tinggi jugak...

Dengan pantas, kawan bergegas ke atas, headphone dicapai untuk mendengar dengan lebih baik lagi... sah... V84SMD berada di frekuensi... pada ketika itu, mereka cq di 50101.00 dan QSX di 50103.00 Mhz...


Pada mulanya audio mereka hilang dan langsung tidak kedengaran...tetapi selepas menanti dengan penuh kesabaran, audio mereka kembali kedengaran, tetapi tidaklah beberapa kuat sangat, dalam sekitar RST 529. dan tidak stabil... tenggelam timbul tenggelam timbul, atau QSB dalam istilah radio amatur....

Setelah beberapa lama menanti, akhirnya QRM menjadi semakin mengganas, ianya semakin tinggi hingga membingitkan telinga, boleh cair taik telinga kalau macam ini. Jadi kawan pun mengambil keputusan untuk beralih atau angkat kaki berhijrah ke frekuensi yang lain pula....

 Jam 9.00 malam, kawan kembali naik ke atas, kembali memasuki bilik radio. Setelah semua suis diONkan, kawan meneliti setiap band, nampak gayanya band tidak beberapa bagus, maksud kawan... band - band seperti 6 meter, 10 meter, 15 meter, dan 20 meter tidak menunjukkan tanda-tanda open. Untuk menambahkan lagi keyakinan, kawan meneliti setiap frekuensi beacon disetiap band.... kecewa...hampa...semuanya tidak muncul...beacon tidak muncul...beacon tidak kedengaran...

Sehubungan dengan, kawan pun beralih ke lower band pula, pada mulanya fre 10100.0 dituned, tombol VFO dipusing perlahan - lahan dengan penuh keasyikan..dit dit dahh...kedengaran irama CW.. malah lantang sekali...pada mulanya kawan ingatkan stesen dari jiran tetangga.. tetapi setelah mendengar dengan teliti, rupa - rupanya stesen dari INDIA... wahhhh...ini sudah bagus..lagipun kawan belum pernah contact dengan dia di band ini, maka peluang ini tidak dilepaskan... VU2GSM berjaya dihubungi dengan satu tembakan sahaja...cantik sungguh band 30 meter pada malam ini. Tetapi aktiviti tidak berakhir disitu sahaja,




Tombol VFO dipusing lagi...dipusing - pusing lagi untuk mencari mangsa yang seterusnya...akhirnya kedengaran suatu signal yang kuat dan solid di 10108.00 Memang kuat sekali signalnya...setelah beberapa ketika, akhirnya station itu berjaya dicontact,  kali ini V84SMD berjaya dihubungi di band 30m, bertambah lagi koleksi band kawan dengan callsign ini...

selepas itu, VK9/OH3JR pula kedengaran, tetapi kali kedengaran di 10102.00.. seperti biasa...audio mereka juga lantang dan kuat...dan seperti biasa juga...station Australia ini berjaya dihubungi...malah respon yang diterima oleh mereka juga baik...599 5nn diberi kepada Kulaijaya...syukur alhamdulilah...


selepas itu, kawan cuba pula monitor mereka di 80 meter, sebenarnya kawan tidak mempunyai antenna 80 meter, kawan monitor mereka di frekuensi 3795.00 Mhz, fre ini kawan peroleh dari cluster... selepas itu...apa yang kawan dapati, audio mereka juga kuat disini (80m) dan kedengaran banyak station dari Eropah yang check in... band 80 meter membuka ke Eropah... kalaulah aku ada ant 80m kan bagus...

button AT ( auto Tuner ) yang dibulatkan...

entah kenapa, tiba-tiba tangan ini gatal - gatal nak pi tekan button AT iaitu antenna tuner pada TS-2K... ehhh...ehhh..tune plak dia di 80M...hairan bin ajaib... antenna yagi Dalbeam 20m-15m-10m boleh ditune di 80M.... mimpi ka apa nih..kawan cuba tekan AT sekali lagi...nahhhh!!! confirm dia... DALBEAM 3 bander Yagi boleh tuned di 3795.00 Mhz.... tetapi apabila kawan cuba tune di 40m...tidak mahu dia pulak..hanya di 80m sahaja dia mahu tune...hmm..hmm...hmm...

Peluang ini kawan tidak lepaskan....memandangkan V84SMD sedang rancak di 80m, kawan bercadang untuk test power antenna ini di sini... dengan ucapan Bismillah..kawan pun hulurkan callsign kawan dicelah - celah pile up mereka... pada ketika ini mereka sedang pile up dengan EU...

9m2zak 9m2zak your 5nn 5nn thank you...

Dalbeam 3 bander Yagi, 20m-15m-10m.... boleh ditune ke 80m

perggghhhh.... kawan berjaya...berjaya menembusi pile up di 80m dengan antenna yagi 20m-15m-10m...hanya dengan dua kali sahaja kawan sebut callsign kawan... syukur...syukur kehadrat Ilahi... berjaya juga akhirnya...

manusia ini sememangnya tidak pernah puas...hehe..selepas itu kawan cuba pula tune di 160m..hehehe...maaf bro...tak boleh tune....hehe....

Kemudian kawan berhenti sebentar...berhenti memikirkan kenapa perkara ini berlaku...kawan cuba juga tune dengan manual tuner..tak boleh...tidak boleh tune...kemudian...cuba tune sekali lagi dengan AT TS-2K...masih lagi boleh tune...dan boleh tune...hairan...80m tuned di 20m... satu lagi....akibat terlalu teruja...kawan terlupa pula nak rakam saat saat indah di 80m meter ini...aduhai....

Selepas puas bermain dengan V84SMD, kali ini kawan beralih pula ke RARE station yang lain... band 10 meter menjadi pilihan...band 10 meter sesuai untuk mencari RARE Station. Sifat band ini, sifatnya yang membuka tidak menentu ini sebenarnya banyak membantu station-station lain berpeluang mengadakan contact semasa mereka. Band ini kadangkala boleh membuka dalam keadaan sehala sahaja, dan ini memberi peluang kepada kita untuk menambah DXCC... katakan ada satu station sedang CQ di fre, kedengaran station ini sedang pile up.. sebenarnya kita masih berpeluang untuk contact dengannya...apa yang perlu hanya kesabaran..dan ketekunan...sabar disini adalah sabar menunggu dan dengan penuh ketekunan kita menghulurkan callsign kita....dan pastinya..akan ada ketika dan saat dimana hanya stesen kita dan dia sahaja yang  akan kedengaran..ini perangai 10m...dan perangai ini membantu sebenarnya...


Pada mulanya kawan juga begitu sukar sekali untuk memecah benteng pile up dari Eropah..bertubi - bertubi Eropah masuk...tetapi kawan sabar dan percaya kepada keupayaan band 10 meter, pasti saat aku akan ada selepas ini...kawan terus menghulurkan callsign kawan bertubi - tubi dan tanpa jemu..lama juga...setelah hampir 30 minit mencuba..akhirnya berjaya..panggilan kawan dijawab...ramalan kawan tepat sekali...disaat kawan berjaya contact dengannya..langsung tiada kedengaran station dari eropah...lorong propogasi telah terbuka hanya antara Malaysia dengan Madagascar sahaja...terima kasih diucapkan...

Jika diteliti dalam statistik mereka, band 15 meter tidak ada dalam senarai mereka, kawan sebenarnya telah QSO dengan mereka di band tersebut.... tak pa...sat lagi kawan akan email kepada mereka...mungkin ada kesilapan teknikal tu... apa pun tahniah kepada mereka kerana telah mencapai 37201 QSO dengan 166 DXCC...hebat!!!!!!

73 de Zaki, 9m2zak


Tuesday, November 20, 2012

HF Dipole : antenna pertama anda


Beberapa minggu yang lalu, aku telah berjaya menyiapkan sebuah antenna dipole ( wayar antenna). Dimana antenna ini dibina berdasarkan formula berikut :

Panjang ( kaki) = 468 / frekuensi (Mhz), maka disini katakan anda ingin membuat sebuah antenna dipole pada frekuesi 7.045.00 Mhz,

maka hasilnya,   panjang = 468 / 7.045.00 Mhz = 66.43 kaki.

Ini bermakna, anda memerlukan wayar sepanjang 66.43 kaki untuk menghasilkan dipole ini. kemudian potong lebih sedikit di kedua-dua hujung wayar tersebut untuk memudahkan kita semasa proses adjustment. Potong dalam 2 - 3 inci lebih. Kemudian potong pada bahagian tengah wayar tersebut dan sambung pada balun 1:1 di kedua-dua bahagian sisi balun tersebut. kemudian naikkan dipole anda dengan menggunakan batang kayu atau fibreglass jika ada. 

Sambungkan wayar coax 50ohm pada conector balun dan sekarang anda boleh mulakan proses trimming wayar. Pada transceiver anda, setkan frekuensi 7.045Mhz dan pada tuner setkan bypass. Pastikan anda tetapkan RF power sekitar 5 hingga 10 watt dan dalam mode FM. Tekan PTT dan lihat pada meter tuner berapakah bacaan SWR anda. Jika SWR anda melambung, sila pastikan bahawa tidak ada sebarang unsur logam di sekitar wayar dipole anda. Jikalau boleh pastikan unsur-unsur logam ini berada paling kurang 6 kaki dari wayar dipole anda. Ini untuk tidak mengganggu bacaan SWR anda. Kemudian tekan PTT anda sekali lagi.

Jika anda bernasib baik, anda akan terus mendapat bacaan yang baik, iaitu 1:1, tetapi jika sebaliknya mungkin bacaan SWR anda sekitar 1:6 ataupun 1:4. Jangan khuatir...sebenarnya ianya masih ok. Kita boleh tune ke 1:1 dengan menggunakan Tuner, tetapi jika anda inginkan kepuasan dan kejituan. Anda boleh  trim wayar anda sehingga bacaan menjadi 1:1. 

Untuk proses triming ini, kesabaran amat diperlukan. Dimana anda perlu memotong sedikit demi sedikit wayar anda pada kedua-dua hujungnya. Potong sebanyak 5 atau 10mm bagi setiap potongan dan potong sehingga anda mendapat bacaan 1:1 pada frekuensi 7.045 Mhz.

Akhirnya sudah siap dipole 40 meter band anda, dan ianya cun pada 7.043Mhz tanpa menggunakan antenna tuner... dan semestinya kini anda sudah pun mempunyai sebuah antenna  40 meter monoband 1/2 wave dipole. Hebat bukan!...


Kenapa perlu BALUN?

Balun seperti yang kita sedia maklum adalah gabungan antara dua perkataan, iaitu BALance ( seimbang) dan UNbalance ( tidak seimbang). 

BALUN selalunya digunakan untuk menyambungkan Balance antenna ( Dipole anda) dengan UNbalance feedline (coax kabel) dan berfungsi untuk menghalang pengaliran arus elektrik pada bahagian luar coax kabel anda. Jika perkara ini berlaku (pengaliran arus elektrik pada shield coax) maka coax kabel anda akan bertindak sebagai antenna.

Akibatnya... Jika feedline bertindak sebagai antenna, pelbagai masalah akan muncul seperti :
a) Jika feedline berdekatan dengan wayar telefon, maka audio cq anda akan kedengaran dalam telefon rumah jiran tetangga anda.

b) Jika feedline berdekatan dengan wayar elektrik, maka signal anda akan bergelumang dengan QRM dan ianya amat menyakitkan telinga.

c) Jika feedline anda berdekatan dengan antenna TV, maka audio cq anda akan keluar TV.


Tetapi ini bukan bermakna antenna anda tidak berfungsi dengan baik jika anda memilih untuk tidak menggunakan BALUN. Anda masih lagi boleh beraksi diudara tanpa menggunakan BALUN. Cuma yang pastinya, noise level akan tinggi sedikit. Tetapi jika anda bekerja dengan High Power Station ( 500 - 1KW) sudah pasti ianya tidak ada masalah kerana kekuatan dB mereka akan menenggelamkan signal noise di tempat anda. Bagi Low Power Station dan QRP station, anda mungkin akan mengalami masalah untuk copy signal mereka.

Ada juga sesetengah BALUN boleh berfungsi mengubah tinggi atau rendah sesuatu impedans, dan ianya   berkaitan dengan nisbah lilitan, lilitan wayar yang terkandung dalam Balun. Anda mungkin pernah mendengar balun 1:1 ataupun 4:1, apakah maksudnya?

                                                                            balun 1:1

Balun 1:1 bermaksud jika nilai ohm antenna anda, contohnya half wave dipole bernilai hampir kepada 50ohm, iaitu hampir sama dengan nilai ohm coax kabel anda, ( 50 ohm) maka BALUN 1:1 digunakan. Nilai ukuran ini boleh diperolehi dari antenna analyzer.

                                                                     Balun 4:1

Balun 4:1 pula digunakan jika nilai Ohm antenna anda bernilai 300 ohm, dan untuk mengimbanginya, balun 4:1 digunakan supaya nilai ohmnya seimbang menjadi 50ohm.

Jika nilai 450 ohm? semestinya balun 9:1 akan digunakan...

Pemahaman yang salah berkaitan dengan BALUN 

1) dengan memasang BALUN, antenna anda bukanlah sebuah antenna multiband. 
2) BALUN tidak menjadikan antenna dipole anda menjadi Multi bander, tetapi ada masih lagi boleh tune pada frekuensi dalam band yang diukur sahaja.

Pemasangan Dipole

Selain itu, antenna dipole selalunya dipasang secara mendatar ataupun dalam bentuk V terbalik ( Inverted V). Bentuk inverted V selalunya menjadi pilihan kerana ianya menjimatkan ruang dan sesuai dipasang jika kita tinggal di kawasan perumahan ataupun kawasan yang terhad dengan ruang. Manakala bentuk mendatar pula sesuai bagi mereka yang ada kawasan yang luas...

Sebelum anda memulakan pemasangan dipole anda, disini saya syorkan anda supaya memahami dahulu sifat - sifat elektrik yang ada pada Half Wave Dipole anda. Ini adalah kerana secara asasnya, kita sebenarnya menghantar tenaga elektrik....melalui ruang udara. Jika anda tidak percaya dengan kata - kata saya, saya boleh buktikannya sekarang. Ambil sebatang lampu kalimantang dan pegang, kemudian tangan yang sebelah lagi pegang sebuah walkie talkie ( handy) dan tekan PTTnya, sambil itu, rapatkan antenna rubber ducky kepada lampu kalimantang dan lampu kalimantang itu akan menyala...

Baiklah disini ada 2 perkara penting yang anda perlu tahu:

1. Arus elektrik adalah tinggi pada bahagian tengah dan rendah pada bahagian hujung antenna anda.

2. Voltan pula rendah pada bahagian tengah antenna dan tinggi pada hujung antenna anda
                                      contoh insulator ( kawan ada satu sahaja) sebelah lagi hilang

Jadi disini ianya menunjukkan mengapa dan kenapa kita perlu sambung dipole kita dengan wayar yang mempunyai impedans rendah ( 50ohm) serta memasang insulator penebat dihujung antenna.dengan benda yang bukan konductor elektrik. 



Disamping itu juga, kita perlu memasang antenna kita setinggi yang mungkin dan jauh dari sumber elektrik dan manusia. Saya rasa anda sudah pun memahaminya....

                                                                                                  
                                          Semoga kita berjumpa lagi, 73 de 9m2zak.

Thursday, November 8, 2012

JIDX Phone Contest 10 Nov - 11 Nov 2012

Pada 10hb dan 11hb November 2012 ini, akan berlangsung lagi satu contest yang boleh dikatakan antara yang terhebat juga, iaitu Japan International DX. Contest ini dianjurkan oleh JARL.

Dalam contest ini, objektifnya adalah satu, iaitu setiap stesen akan cuba untuk mendapatkan seberapa banyak contact dalam masa yang ditetapkan iaitu selama 30 jam. iaitu dari jam 3.00 petang 10hb November 2012 hingga 9.00 malam 11hb November 2012.

Kategori yang ditawarkan dalam contest ini adalah seperti berikut :

1) Single Op All Band (Low/High)
2) Single Op Single Band (Low/High)
3) Multi-Single
4) Maritime Mobile

Manakala bagi kategori High Power, Stesen yang memancar melebihi 100watt dikira dalam kategori tersebut dan stesen yang memancar 100 watt ke bawah dikelaskan dalam kategori Low Power.

Contest Exchange pula adalah seperti berikut:

1) Bagi stesen dari negara Jepun, mereka akan bertukar RST dan  Prefecture No.
2) Manakala bagi stesen DX atau bukan dari negara Jepun, mereka akan bertukar RST dan  CQ Zone No.

contohnya seperti berikut,

JA1XXX 9M2ZAK, your RST is 59 28 over.

9M2ZAK JA1XXX. your RST is 59 39, ini bermakna stesen tersebut berasal dari Kochi, Japan. Senarai Prefecture ada dibawah ini.



Pungutan mata:

2 points per JA-DX QSO on 80m
1 points per JA-DX QSO on 40, 20, 15m
2 points per JA-DX QSO on 10m

Penghantaran log:

Log anda boleh dihantar melalui email ini:

ph@jidx.org

# setiap log perlu ditukarkan kepada format Cabrillo dan nama fail cabrillo tersebut adalah nama callsign masing-masing.


Untuk memudahkan, saya cadangkan kita guna program N1MM sebab ianya mesra pengguna...

contoh cara - cara untuk pendaftaran di N1MM...

keputusan JIDX SSB 2011



baiklah..sampai disini sahaja dulu paparan kali ini, saya mungkin akan sertai JIDX 2012 SSB contest ini sebagai

Single Operator All Band Low Power

see you in JIDX 2012 Contest de 9m2zak 73.

Wednesday, October 24, 2012

CW mode : kisahnya...


Sebenarnya tiada jalan mudah untuk menguasai mode CW ini. Ini adalah kerana mode CW ini boleh dikatakan sebagai bahasa lain, dimana ianya melibatkan perhubungan sehala antara dua individu yang menggunakan mode ini. Jadi apabila menyentuh tentang bahasa lain, sudah pastinya ianya melibatkan sesi pembelajaran dan pengajaran yang berterusan. Apabila disebut sebagai bahasa lain atau another language dalam bahasa inggeris, sudah pasti kita memerlukan latihan untuk menguasainya.

Latihan yang berterusan serta konsisten ini amat perlu dalam mencapai sasaran kita. Kita juga perlu melatih minda kita untuk membiasakan diri menerima DIT dan DAH ini sebagai satu gabungan nada yang akan membentuk huruf atau perkataan. Perlu diingat, otak kita adalah super computer yang paling hebat sekali dalam alam semesta ini kerana dengannya kita dapat mencipta computer yang telah banyak mengubah corak kehidupan manusia sejagat dan dengan otak inilah juga manusia mencipta Morse Code… Subhanallah…




Sehubungan dengan itu, tidak mustahil saya katakan disini bahawa kita sebenarnya mampu untuk melakukannya, mampu untuk menguasai CW tidak kira berapa WPM sekalipun, asalkan dalam diri kita ini ada keazaman yang tinggi serta disiplin diri yang mantap. Untuk membina keazaman, saya cadangkan anda melihat sendiri bagaimana pemegang-pemegang lesen kelas A beroperasi dalam mode ini. Mereka juga manusia biasa, mereka juga berumahtangga dan mereka juga seagama dan sebangsa dengan kita secara amnya tetapi bagaimana mereka melakukannya? Mereka dapat melakukannya kerana dalam diri mereka terdapat satu semangat atau keazaman yang begitu kuat sekali untuk menguasai mode ini. Dengan semangat kekuatan inilah mereka berjaya menguasainya…






Disamping itu juga, rasa tercabar juga memainkan peranan. Rasa tercabar ini muncul apabila kedengaran atau muncul tanda panggilan 9m2/9m6/9m8 dalam cluster mahupun diudara. Tetapi yang sedihnya, tanda panggilan ini bukannya milik anak watan, tetapi milik orang lain yang langsung tidak ada kaitan dengan tanah tumpah darah ini. Apakah kita sebagai anak Malaysia ini pengecut? Adakah kita ini pemalas? Jawapannya ada pada diri anda sendiri, anda sendiri yang perlu menjawabnya…



Bagaimana pula dengan tanggapan atau pandangan stesen – stesen lain terhadap kita. Saya tidak mahu mereka cop kita sebagai stesen yang tidak tahu CW. Ini adalah kerana jika dikira dengan jari, tidak habis sepuluh jari jika dikira sebenarnya. Tanda panggilan 9m2/9m6/9m8 sebenarnya adalah tanda panggilan kebanggaan kita. Kita mesti bangga dengannya. Kita mesti buktikan, kita mesti buktikan yang kita juga mampu ke udara dalam mode ini. Tidak mengharapkan orang lain untuk menggunakan tanda panggilan kita ini dalam mode CW tersebut.



Kenapa mode CW? Mode – mode lain kan ada? Ye, mode-mode lain pun memainkan peranan penting juga tetapi mode – mode ini terlalu mudah. Mode CW ini mencerminkan kesungguhan pengikutnya, memberitahu kita yang stesen ini telah berlatih bersungguh-sungguh siang dan malam untuk menguasainya… bukannya dapat jatuh dari langit!!! Maaf disini saya katakana, bagi mode-mode yang lain, sesiapa sahaja pun boleh mengendalikannya, walaupun oleh murid darjah 5 sekalipun. Dengan sedikit tunjuk ajar selama 15 hingga 20 minit, Nah!!! Beliau sudah mampu CQ ke udara. Tetapi ianya agak mustahil sedikit dengan mode CW ini. Ianya memerlukan latihan yang berterusan serta keazaman yang tinggi, dengan ini secara tidak langsung kita boleh mengetahui tahap kesungguhannya dalam hobi ini.
Ini adalah kerana saya pasti beliau telah banyak berlatih dan menempuh pelbagai dugaan untuk mencapai tahap tersebut dan ini boleh dijadikan penanda aras baginya. Kemahiran ini bukannya boleh datang dari kemewahan wang ringgit semata-mata. Ingat!!! Kemahiran ini tidak boleh dibeli, kemahiran ini memerlukan kesungguhan dan ianya lain dari yang lain, dimana bagi mode-mode yang lain, jika anda ada RM maka andalah stesen yang paling hebat tetapi tidak bagi mode CW…
73 de 9m2zak

Tuesday, October 23, 2012

Belakang parang jika diasah pasti akan tajam...


Hari yang dinanti telahpun tiba, walaupun saya tidak dapat turut serta, namun saya senantiasa memantau setiap aktiviti di sana melalui internet dan telefon. rasa berdebar-debar semakin memuncak... macam saya pula yang nak ambil CW test. 
 
 
terima kasih diucapkan kepada saudara Iqbal 9M2BAL kerana sanggup bersusah payah memberi liputan terkini sepanjang ujian itu berlangsung. Banyak info didapati daripada beliau sehinggalah ke keputusan terkini...terima kasih Iqbal.
 
Tepat jam 10.00 pagi, saya dimaklumkan bahawa semua calon diperintahkan supaya masuk ke bilik seminar SG01 untuk menduduki CW test... debaran semakin bertambah...rasa macam nak beralih jantung aku semasa di sekolah tadi....

Dari Kulaijaya ini, saya tidak putus - putus berdoa agar semua calon dapat menjawab dengan jayanya. alangkah indahnya jika semua calon yang menduduki ujian tersebut lulus dengan cemerlangnya dan ini secara tidak langsung dapat memeriahkan lagi callsign 9m2 ke seluruh dunia...namun harapan ini tidak menjadi kenyataan, lebih kurang jam sebelas lebih, berita ini diterima dari Cyberjaya...



Difahamkan seramai 41 calon dari seluruh negara Malaysia menduduki ujian ini, daripada 41 calon tersebut, 14 calon telah lulus dalam sesi penerimaan berikut adalah senarai namanya:
  1. 9W2NBQ - Abd. Aziz bin Abd. Malek
  2. 9W2DEL - Ahmad Fadhil B. Izharuddin
  3. 9W2TZA - Ahmad Rizal Bin Jusoh
  4. 9W2DYJ - Amran B Hj Sarip
  5. 9W2JJI - Azizi Bin Rahman @ Abd Rahman
  6. 9W2RZI - Md. Razi B Mohd Zin
  7. 9W2FWA - Mohamad Azla Bin Kamaruddin
  8. 9W2JJF - Mohamad Ilyas Bin Ismail
  9. 9W2DSH - Mohd Shahiran Bin Mohd Yusoff
  10. 9W2RDQ - Muhamad Subian Bin Sukaimy
  11. 9W2SGN - Shahrul Azril Bin Sulaiman
  12. 9W2GNS - Shahrul Nizam Bin Hashim
  13. 9W2WND - Wahid Bin Mohamed
  14. 9W2VDO - Wan Abd Rahim Bin Wan Ibrahim
Syukur alhamdulillah, Ustaz Ilyas telah berjaya lulus dalam ujian CW 2012. Itulah perkataan yang terdetik dalam sanubari aku selepas membaca blog yang dipostkan oleh saudara Iqbal 9M2BAL di www.9m2bal.blogspot.com

Bagi calon yang kurang bernasib, disini saya nasihatkan supaya jangan putus asa, teruskan dengan usaha anda, mungkin ada hikmah disebaliknya. cubalah renungi kembali dimana silapnya dan kenalpasti kesilapannya, Insyaallah, dengan belajar dari kesilapan itu, saya percaya pada sesi ujian yang akan datang, kejayaan pasti dalam genggaman...insyaallah...


    sebelum ujian CW 2012

Dengan lulusnya Ujian CW tersebut, maka Ustaz Ilyas pemegang callsign 9W2JJF ( Kelas B) telah berjaya mendapat callsign baru iaitu 9M2### ( Kelas A). Dengan Callsign ini, beliau boleh menjelajah ke seluruh dunia dengan tiket tersebut. Mendapat kebebasan untuk terbang ke mana sahaja asalkan keadaan band mengizinkan pada ketika itu. Antara band yang diberikan kepada pemegang kelas A adalah dari band 160m hinggalah ke band 70cm serta Microwave Band ( Satelite)

Tetapi untuk mencapai tahap ini, beliau telah berusaha siang dan malam berlatih mendengar Irama CW selama 6 bulan lebih dengan tanpa rasa bosan dan jemu demi mencapai cita-citanya. 

 
Pada ketika ini, ustaz Ilyaz langsung tidak mengenal satu huruf pun dalam CW....


Bak kata pepatah, Dimana mana ada kemahuan Disitu ada jalannya…bermula dari merangkak - rangkak untuk mengenalpasti dit dan dah sehinggalah mencapai tahap 50 wpm. Ustaz Ilyas berjaya mengatasinya. Semangat inilah yang perlu ada didalam setiap sanubari peminat radio amatur di seluruh Malaysia. Bukan hanya sebagai hobi ikut-ikutan sahaja...

Ustaz sudah mampu untuk menerima code cw dengan jayanya...100% copy...

Perkara ini dibuktikan oleh Ustaz Ilyas sendiri, beliau telah berusaha bersungguh-sungguh berlatih mendengar irama CW walaupun tidak kira dimana sahaja beliau berada…
Bagaimana beliau melakukannya, begini caranya:

a)       Memuat turun perisian CW_Player dari internet. Taip sahaja CW Player pada Google

b)       Berlatih mendengar dan kuiz dengan perisian CW_player selama setengah jam dua kali sehari. 

ustaz berjaya menguasai 50 wpm






 c)       Selepas berjaya mendapat skor 90 – 100% dalam kuiz, seterusnya melangkah pula ke sesi penerimaan, kali ini aktiviti  Random pula. Dalam aktiviti Random, computer akan menghantar huruf dan nombor secara rawak mengikut jumlah perkataan yang telah disetkan. Terpulang kepada anda untuk set berada perkataan. Untuk sesi Random ini juga, kita perlu menulis pada buku atau kertas setiap group yang dihantar dan cuba dapatkan 100% copy bagi setiap sesi penerimaan.                


Ustaz berjaya menguasai 40 wpm

d)       Disamping itu juga, selepas beliau berjaya menguasai A – Z, dan 1 – 0, setiap seminggu sekali, beliau akan berkunjung ke base saya untuk sesi simulasi CW Test, dimana pada sesi ini, saya akan menghantar 200 perkataan atau lebih, selalunya lebih dan 50 angka bagi setiap sesi. Tujuannya adalah supaya beliau biasa dengan perkataan sebenar dan merasai sendiri bagaimana sesi ujian cw sebenar itu nanti. Setiap kali sesi simulasi, saya hanya akan ulang sekali sahaja demi membiasakan dirinya dan untuk mengelakkan beliau melakukan kesilapan.
e)       Dalam sesi simulasi, pelbagai perkataan yang mencabar minda akan dihantar, tujuannya adalah untuk mencabar keyakinan diri serta untuk mengelakkan agakkan. Fenomena agakkan atau guessing ini boleh menjadi duri dalam daging semasa proses penerimaan. Ini adalah kerana, jika berlaku agakkan kita akan tertinggal huruf atau angka yang seterusnya kerana computer atau tester itu nanti tidak akan menunggu kita. Hasilnya..kita akan tertinggal…

                  
f)    Akhir sekali, selepas berjaya menguasai sesi penerimaan dengan jayanya, maka beralih pulak ke sesi sending, dalam sesi sending ini, saya memantau setiap penghantarannya supaya kena dengan lagu atau rythmnya. Begitu  juga dengan teknik - teknik memegang key dan tatacara menggunakan key, semua diperturunkan kepadanya.
      
   Pada mulanya saya mendapati beliau agak kaku  semasa menghantar, tetapi lama-kelamaan beliau semakin lembut dan menghayati setiap code yang dihantar. Setelah seminggu menjalani latihan sending, akhirnya ustaz Ilyas berjaya menguasai kemahiran menghantar atau sending dalam bahasa inggerisnya. Dibawah ini disertakan video semasa sesi latihan menerima dan menghantar selepas dua minggu menjalani latihan menghantar, beliau menjalani latihan amali di udara bersama dengan 9M2PJU dari Kuala Lumpur, sama-sama kita saksikan.

Sesi latihan sending dan receiving, ustaz menjalani latihan amali tersebut pada malam terakhir kelas CWnya.

Syukur ke hadrat Ilahi, semuanya sudah selesai, selesai sudah keperitan bertungkus lumus siang dan malam mendengar dan menerima irama CW. Tetapi perjuangan masih belum lagi selesai, di luar sana masih banyak lagi yang memerlukan pertolongan, selagi ada daya dan selagi ada kemampuan, aku bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan taraf lesen mereka, iaitu dari kelas B kepada kelas A. Sesungguhnya Ilmu itu adalah milik ALLAH SWT, menjadi tugas kita sebagai umatnya untuk menyebarkannya dan memberi manfaat kepada manusia secara amnya. insyaallah.
73 de 9m2zak.

Bila KA9Q Tiba-Tiba “Hang” Walaupun Service Masih Active — Cara Saya Buat Auto-Recovery Untuk Radiosonde Auto-RX

  Cara saya buat auto-recovery untuk Radiosonde Auto-RX + KA9Q + Airspy Mini Beberapa hari selepas setup Radiosonde Auto-RX 1.9.0 + KA9Q + A...