Sebenarnya tiada jalan mudah untuk menguasai mode CW ini. Ini adalah kerana mode CW ini boleh dikatakan sebagai bahasa lain, dimana ianya melibatkan perhubungan sehala antara dua individu yang menggunakan mode ini. Jadi apabila menyentuh tentang bahasa lain, sudah pastinya ianya melibatkan sesi pembelajaran dan pengajaran yang berterusan. Apabila disebut sebagai bahasa lain atau another language dalam bahasa inggeris, sudah pasti kita memerlukan latihan untuk menguasainya.
Latihan yang berterusan serta
konsisten ini amat perlu dalam mencapai sasaran kita. Kita juga perlu
melatih minda kita untuk membiasakan diri menerima DIT dan DAH ini
sebagai satu gabungan nada yang akan membentuk huruf atau perkataan.
Perlu diingat, otak kita adalah super computer yang paling hebat
sekali dalam alam semesta ini kerana dengannya kita dapat mencipta
computer yang telah banyak mengubah corak kehidupan manusia sejagat
dan dengan otak inilah juga manusia mencipta Morse Code…
Subhanallah…
Sehubungan dengan itu, tidak mustahil
saya katakan disini bahawa kita sebenarnya mampu untuk melakukannya,
mampu untuk menguasai CW tidak kira berapa WPM sekalipun, asalkan
dalam diri kita ini ada keazaman yang tinggi serta disiplin diri yang
mantap. Untuk membina keazaman, saya cadangkan anda melihat sendiri
bagaimana pemegang-pemegang lesen kelas A beroperasi dalam mode ini.
Mereka juga manusia biasa, mereka juga berumahtangga dan mereka juga
seagama dan sebangsa dengan kita secara amnya tetapi bagaimana mereka
melakukannya? Mereka dapat melakukannya kerana dalam diri mereka
terdapat satu semangat atau keazaman yang begitu kuat sekali untuk
menguasai mode ini. Dengan semangat kekuatan inilah mereka berjaya
menguasainya…
Disamping itu juga, rasa tercabar juga
memainkan peranan. Rasa tercabar ini muncul apabila kedengaran atau
muncul tanda panggilan 9m2/9m6/9m8 dalam cluster mahupun diudara.
Tetapi yang sedihnya, tanda panggilan ini bukannya milik anak watan,
tetapi milik orang lain yang langsung tidak ada kaitan dengan tanah
tumpah darah ini. Apakah kita sebagai anak Malaysia ini pengecut?
Adakah kita ini pemalas? Jawapannya ada pada diri anda sendiri, anda
sendiri yang perlu menjawabnya…
Bagaimana pula dengan tanggapan atau
pandangan stesen – stesen lain terhadap kita. Saya tidak mahu
mereka cop kita sebagai stesen yang tidak tahu CW. Ini adalah kerana
jika dikira dengan jari, tidak habis sepuluh jari jika dikira
sebenarnya. Tanda panggilan 9m2/9m6/9m8 sebenarnya adalah tanda
panggilan kebanggaan kita. Kita mesti bangga dengannya. Kita mesti
buktikan, kita mesti buktikan yang kita juga mampu ke udara dalam
mode ini. Tidak mengharapkan orang lain untuk menggunakan tanda
panggilan kita ini dalam mode CW tersebut.
Kenapa mode CW? Mode – mode lain kan
ada? Ye, mode-mode lain pun memainkan peranan penting juga tetapi
mode – mode ini terlalu mudah. Mode CW ini mencerminkan kesungguhan
pengikutnya, memberitahu kita yang stesen ini telah berlatih
bersungguh-sungguh siang dan malam untuk menguasainya… bukannya
dapat jatuh dari langit!!! Maaf disini saya katakana, bagi mode-mode yang
lain, sesiapa sahaja pun boleh mengendalikannya, walaupun oleh murid
darjah 5 sekalipun. Dengan sedikit tunjuk ajar selama 15 hingga 20
minit, Nah!!! Beliau sudah mampu CQ ke udara. Tetapi ianya agak
mustahil sedikit dengan mode CW ini. Ianya memerlukan latihan yang
berterusan serta keazaman yang tinggi, dengan ini secara tidak
langsung kita boleh mengetahui tahap kesungguhannya dalam hobi ini.
Ini adalah kerana saya pasti beliau
telah banyak berlatih dan menempuh pelbagai dugaan untuk mencapai
tahap tersebut dan ini boleh dijadikan penanda aras baginya.
Kemahiran ini bukannya boleh datang dari kemewahan wang ringgit
semata-mata. Ingat!!! Kemahiran ini tidak boleh dibeli, kemahiran ini
memerlukan kesungguhan dan ianya lain dari yang lain, dimana bagi
mode-mode yang lain, jika anda ada RM maka andalah stesen yang paling
hebat tetapi tidak bagi mode CW…
73 de 9m2zak