CQWW CW 2012 Setup |
CQ Worldwide DX Contest bermula pada UTC 0000Zulu, Nov 24 2012 hingga UTC 2400Zulu, Nov 25 2012, yang melibatkan seluruh warga radio amatur dari segenap pelusuk dunia.
Bersama Mat, 9W2ZJB...dari Skudai Johor Bharu. |
Syukur alhamdulilah, tahun ini kawan berjaya memecah rekod peribadi tahun 2011 dimana pada tahun lepas, 2011 kawan berjaya mengumpul 99648 mata. Manakala pada tahun ini pulak, sebanyak 140715 berjaya diperoleh dengan jumlah QSO sebanyak 513 QSOs.
Statistik pungutan mata 9M2ZAK dalam CQWWCW Contest. |
Sebenarnya inilah kepuasan sebenar, kepuasan yang tidak boleh dizahirkan, rasa berbunga dalam diri sebab rekod diri dipecahkan oleh diri sendiri jugak...Dalam contest ini, kawan tidak mengharapkan apa - apa, bukan plaque atau sijil yang dikejar tetapi semangat radio amatur yang ingin ditonjolkan. Semua itu adalah sebagai bonus sahaja...tetapi kepuasan diri adalah keutamaan. Kawan mungkin tersenyum setahun dengan point ini sehingga contest tahun depan pulak. Insyaallah jika umur masih panjang...
CQWW 2011 RESULTS |
Pada contest kali ini, seperti biasa kawan bertanding dalam kategori yang sama seperti tahun 2011, iaitu Single Operator All Band Low Power dimana kawan hanya dibenarkan transmit 100 watt ke bawah.
Sijil CQWWCW tahun 2011 |
Single Op All Band (QRP/Low/High)
Single Op Single Band (QRP/Low/High)
Single Op Assisted All Band (QRP/Low/High)
Single Op Assisted Single Band (QRP/Low/High)
Xtreme Single Op
Multi-Single
Multi-Two
Multi-Multi
Xtreme Multi-Op
QRP = 5 watt ke bawah
Low = 100 watt ke bawah
High = 100 watt ke atas
9m2sm op 9m2out ( Oja) Single OP 20m QRP |
Senarai Top Score tahun lepas, niat di hati ingin meletakkan 9M dalam list ini... |
Dari segi pungutan mata pula, semestinya berlaku peningkatan, sebanyak 41067 mata berbeza daripada tahun lepas. Pada tahun lepas, kawan hanya menggunakan pesawat FT-77 dengan tanpa filter. Jadi jika difikirkan kembali, faktor filter juga perlu diambil perhatian. Filter juga banyak membantu dan ianya terbukti.
Filter 300Hz digunakan sepenuhnya dalam CQWWCW 2012 |
Kipas USB digunakan sebagai kipas tambahan |
Mat : Kenapa Jepun banyak sangat cikgu? tanya Mat, 9W2ZJB kepada Cikgu Zaki yang pada ketika itu sedang sibuk melayan pile up dari Jepun...
Zaki : Jepun banyak kerana yagi dan G5RV Jr kawan sekarang betul betul menghala ke Amerika Utara. Jepun dan Amerika Utara adalah dalam hala yang sama...lagi pun negara Jepun adalah negara yang ramai pemegang lesen radio amatur.
Mat : .....oooo....macam tu...hmm...terima kasih cikgu...
Zaki : sama - sama
berjaya mengumpul JA0 hingga JA9 |
Keadaan band pula ada ceritanya. Bagi Kulaijaya, band 10m-15m dan 20m membuka dengan baik bermula dari jam 8 pagi membawa ke petangnya...Manakala band 10 meter dan 40m mencatat pungutan yang tertinggi. Keadaan High band ini begitu stabil di siang hari. Band 10m membuka stabil dari pagi sehingga ke petang. Band 15m pula mengalami naik dan turun begitu juga dengan band 20m.
Manakala band 40m pula, mencatatkan kecemerlangan. Band ini membuka seawal jam 5.30 petang. Pembukaan yang baik ke arah Amerika Utara. Kedengaran begitu kuat sekali stesen - stesen dari Amerika Utara di band ini. Manakala stesen dari Eropah pula mula mengambil tempat apabila jam menghampiri tengah malam dan seterusnya membawa ke pagi keesokkannya.
Dalam CQWW CW 2012 ini, penyertaan dari negara Malaysia boleh dikatakan banyak jugak, antara yang kedengaran di shack kawan ialah :
- 9m2zak
- 9m2sm
- 9m2to
- 9m2mrs
- 9m2cnc
- 9m2idj
- 9m2/je1scj
- 9m6ybg
- 9m6rhm
- 9m6na
- 9m8yy
senarai station yang sudah hantar log mereka |
Semoga kita berjumpa lagi dalam post - post yang akan datang... 73 dari Zaki 9M2ZAK