Hari yang dinanti telahpun tiba, walaupun saya tidak dapat turut serta,
namun saya senantiasa memantau setiap aktiviti di sana melalui internet
dan telefon. rasa berdebar-debar semakin memuncak... macam saya pula
yang nak ambil CW test.
terima kasih diucapkan kepada saudara Iqbal 9M2BAL kerana sanggup
bersusah payah memberi liputan terkini sepanjang ujian itu berlangsung.
Banyak info didapati daripada beliau sehinggalah ke keputusan
terkini...terima kasih Iqbal.
Tepat jam 10.00 pagi, saya dimaklumkan
bahawa semua calon diperintahkan supaya masuk ke bilik seminar SG01
untuk menduduki CW test... debaran semakin bertambah...rasa macam nak
beralih jantung aku semasa di sekolah tadi....
Difahamkan seramai 41 calon dari seluruh negara Malaysia menduduki ujian ini, daripada 41 calon tersebut, 14 calon telah lulus dalam sesi penerimaan berikut adalah senarai namanya:
- 9W2NBQ - Abd. Aziz bin Abd. Malek
- 9W2DEL - Ahmad Fadhil B. Izharuddin
- 9W2TZA - Ahmad Rizal Bin Jusoh
- 9W2DYJ - Amran B Hj Sarip
- 9W2JJI - Azizi Bin Rahman @ Abd Rahman
- 9W2RZI - Md. Razi B Mohd Zin
- 9W2FWA - Mohamad Azla Bin Kamaruddin
- 9W2JJF - Mohamad Ilyas Bin Ismail
- 9W2DSH - Mohd Shahiran Bin Mohd Yusoff
- 9W2RDQ - Muhamad Subian Bin Sukaimy
- 9W2SGN - Shahrul Azril Bin Sulaiman
- 9W2GNS - Shahrul Nizam Bin Hashim
- 9W2WND - Wahid Bin Mohamed
- 9W2VDO - Wan Abd Rahim Bin Wan Ibrahim
Syukur
alhamdulillah, Ustaz Ilyas telah berjaya lulus dalam ujian CW 2012. Itulah
perkataan yang
terdetik dalam sanubari aku selepas membaca blog yang dipostkan oleh saudara Iqbal 9M2BAL di www.9m2bal.blogspot.com
Bagi calon yang kurang bernasib, disini saya nasihatkan supaya jangan putus asa, teruskan dengan usaha anda, mungkin ada hikmah disebaliknya. cubalah renungi kembali dimana silapnya dan kenalpasti kesilapannya, Insyaallah, dengan belajar dari kesilapan itu, saya percaya pada sesi ujian yang akan datang, kejayaan pasti dalam genggaman...insyaallah...
sebelum ujian CW 2012
Dengan
lulusnya Ujian CW tersebut, maka Ustaz Ilyas pemegang callsign 9W2JJF ( Kelas
B) telah berjaya mendapat callsign baru iaitu 9M2### ( Kelas A). Dengan
Callsign ini, beliau boleh menjelajah ke seluruh dunia dengan tiket tersebut.
Mendapat kebebasan untuk terbang ke mana sahaja asalkan keadaan band
mengizinkan pada ketika itu. Antara band yang diberikan kepada pemegang kelas A
adalah dari band 160m hinggalah ke band 70cm serta Microwave Band ( Satelite)
Tetapi
untuk mencapai tahap ini, beliau telah berusaha siang dan malam berlatih mendengar Irama CW selama
6 bulan lebih dengan tanpa rasa bosan dan jemu demi mencapai cita-citanya.
Bak kata pepatah, Dimana mana ada kemahuan Disitu ada jalannya…bermula dari merangkak - rangkak untuk mengenalpasti dit dan dah sehinggalah mencapai tahap 50 wpm. Ustaz Ilyas berjaya mengatasinya. Semangat inilah yang perlu ada didalam setiap sanubari peminat radio amatur di seluruh Malaysia. Bukan hanya sebagai hobi ikut-ikutan sahaja...
Pada ketika ini, ustaz Ilyaz langsung tidak mengenal satu huruf pun dalam CW....
Bak kata pepatah, Dimana mana ada kemahuan Disitu ada jalannya…bermula dari merangkak - rangkak untuk mengenalpasti dit dan dah sehinggalah mencapai tahap 50 wpm. Ustaz Ilyas berjaya mengatasinya. Semangat inilah yang perlu ada didalam setiap sanubari peminat radio amatur di seluruh Malaysia. Bukan hanya sebagai hobi ikut-ikutan sahaja...
Ustaz sudah mampu untuk menerima code cw dengan jayanya...100% copy...
Bagaimana
beliau melakukannya, begini caranya:
a) Memuat turun perisian CW_Player dari
internet. Taip sahaja CW Player pada Google
b) Berlatih mendengar dan kuiz dengan
perisian CW_player selama setengah jam dua kali sehari.
ustaz berjaya menguasai 50 wpm |
c) Selepas berjaya mendapat skor 90 – 100% dalam kuiz, seterusnya melangkah pula ke sesi penerimaan, kali ini aktiviti Random pula. Dalam aktiviti Random, computer akan menghantar huruf dan nombor secara rawak mengikut jumlah perkataan yang telah disetkan. Terpulang kepada anda untuk set berada perkataan. Untuk sesi Random ini juga, kita perlu menulis pada buku atau kertas setiap group yang dihantar dan cuba dapatkan 100% copy bagi setiap sesi penerimaan.
Ustaz berjaya menguasai 40 wpm
d) Disamping itu juga, selepas beliau
berjaya menguasai A – Z, dan 1 – 0, setiap seminggu sekali, beliau akan
berkunjung ke base saya untuk sesi simulasi CW Test, dimana pada sesi ini, saya
akan menghantar 200 perkataan atau lebih, selalunya lebih dan 50 angka bagi
setiap sesi. Tujuannya adalah supaya beliau biasa dengan perkataan sebenar dan
merasai sendiri bagaimana sesi ujian cw sebenar itu nanti. Setiap kali sesi
simulasi, saya hanya akan ulang sekali sahaja demi membiasakan dirinya dan
untuk mengelakkan beliau melakukan kesilapan.
e) Dalam sesi simulasi, pelbagai
perkataan yang mencabar minda akan dihantar, tujuannya adalah untuk mencabar
keyakinan diri serta untuk mengelakkan agakkan. Fenomena agakkan atau guessing
ini boleh menjadi duri dalam daging semasa proses penerimaan. Ini adalah kerana,
jika berlaku agakkan kita akan tertinggal huruf atau angka yang seterusnya
kerana computer atau tester itu nanti tidak akan menunggu kita. Hasilnya..kita
akan tertinggal…
f) Akhir sekali, selepas berjaya menguasai sesi penerimaan dengan jayanya, maka beralih pulak ke sesi sending, dalam sesi sending ini, saya memantau setiap penghantarannya supaya kena dengan lagu atau rythmnya. Begitu juga dengan teknik - teknik memegang key dan tatacara menggunakan key, semua diperturunkan kepadanya.
Pada mulanya saya mendapati beliau agak kaku semasa menghantar, tetapi lama-kelamaan beliau semakin lembut dan menghayati setiap code yang dihantar. Setelah seminggu menjalani latihan sending, akhirnya ustaz Ilyas berjaya menguasai kemahiran menghantar atau sending dalam bahasa inggerisnya. Dibawah ini disertakan video semasa sesi latihan menerima dan menghantar selepas dua minggu menjalani latihan menghantar, beliau menjalani latihan amali di udara bersama dengan 9M2PJU dari Kuala Lumpur, sama-sama kita saksikan.
Sesi latihan sending dan receiving, ustaz menjalani latihan amali tersebut pada malam terakhir kelas CWnya.
Syukur ke hadrat Ilahi, semuanya sudah selesai, selesai sudah keperitan bertungkus lumus siang dan malam mendengar dan menerima irama CW. Tetapi perjuangan masih belum lagi selesai, di luar sana masih banyak lagi yang memerlukan pertolongan, selagi ada daya dan selagi ada kemampuan, aku bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan taraf lesen mereka, iaitu dari kelas B kepada kelas A. Sesungguhnya Ilmu itu adalah milik ALLAH SWT, menjadi tugas kita sebagai umatnya untuk menyebarkannya dan memberi manfaat kepada manusia secara amnya. insyaallah.
73 de 9m2zak.