Beberapa minggu yang lalu, aku telah berjaya menyiapkan sebuah antenna dipole ( wayar antenna). Dimana antenna ini dibina berdasarkan formula berikut :
Panjang ( kaki) = 468 / frekuensi (Mhz), maka disini katakan anda ingin membuat sebuah antenna dipole pada frekuesi 7.045.00 Mhz,
maka hasilnya, panjang = 468 / 7.045.00 Mhz = 66.43 kaki.
Ini bermakna, anda memerlukan wayar sepanjang 66.43 kaki untuk menghasilkan dipole ini. kemudian potong lebih sedikit di kedua-dua hujung wayar tersebut untuk memudahkan kita semasa proses adjustment. Potong dalam 2 - 3 inci lebih. Kemudian potong pada bahagian tengah wayar tersebut dan sambung pada balun 1:1 di kedua-dua bahagian sisi balun tersebut. kemudian naikkan dipole anda dengan menggunakan batang kayu atau fibreglass jika ada.
Sambungkan wayar coax 50ohm pada conector balun dan sekarang anda boleh mulakan proses trimming wayar. Pada transceiver anda, setkan frekuensi 7.045Mhz dan pada tuner setkan bypass. Pastikan anda tetapkan RF power sekitar 5 hingga 10 watt dan dalam mode FM. Tekan PTT dan lihat pada meter tuner berapakah bacaan SWR anda. Jika SWR anda melambung, sila pastikan bahawa tidak ada sebarang unsur logam di sekitar wayar dipole anda. Jikalau boleh pastikan unsur-unsur logam ini berada paling kurang 6 kaki dari wayar dipole anda. Ini untuk tidak mengganggu bacaan SWR anda. Kemudian tekan PTT anda sekali lagi.
Jika anda bernasib baik, anda akan terus mendapat bacaan yang baik, iaitu 1:1, tetapi jika sebaliknya mungkin bacaan SWR anda sekitar 1:6 ataupun 1:4. Jangan khuatir...sebenarnya ianya masih ok. Kita boleh tune ke 1:1 dengan menggunakan Tuner, tetapi jika anda inginkan kepuasan dan kejituan. Anda boleh trim wayar anda sehingga bacaan menjadi 1:1.
Untuk proses triming ini, kesabaran amat diperlukan. Dimana anda perlu memotong sedikit demi sedikit wayar anda pada kedua-dua hujungnya. Potong sebanyak 5 atau 10mm bagi setiap potongan dan potong sehingga anda mendapat bacaan 1:1 pada frekuensi 7.045 Mhz.
Akhirnya sudah siap dipole 40 meter band anda, dan ianya cun pada 7.043Mhz tanpa menggunakan antenna tuner... dan semestinya kini anda sudah pun mempunyai sebuah antenna 40 meter monoband 1/2 wave dipole. Hebat bukan!...
Kenapa perlu BALUN?
Balun seperti yang kita sedia maklum adalah gabungan antara dua perkataan, iaitu BALance ( seimbang) dan UNbalance ( tidak seimbang).
BALUN selalunya digunakan untuk menyambungkan Balance antenna ( Dipole anda) dengan UNbalance feedline (coax kabel) dan berfungsi untuk menghalang pengaliran arus elektrik pada bahagian luar coax kabel anda. Jika perkara ini berlaku (pengaliran arus elektrik pada shield coax) maka coax kabel anda akan bertindak sebagai antenna.
Akibatnya... Jika feedline bertindak sebagai antenna, pelbagai masalah akan muncul seperti :
a) Jika feedline berdekatan dengan wayar telefon, maka audio cq anda akan kedengaran dalam telefon rumah jiran tetangga anda.
b) Jika feedline berdekatan dengan wayar elektrik, maka signal anda akan bergelumang dengan QRM dan ianya amat menyakitkan telinga.
c) Jika feedline anda berdekatan dengan antenna TV, maka audio cq anda akan keluar TV.
Tetapi ini bukan bermakna antenna anda tidak berfungsi dengan baik jika anda memilih untuk tidak menggunakan BALUN. Anda masih lagi boleh beraksi diudara tanpa menggunakan BALUN. Cuma yang pastinya, noise level akan tinggi sedikit. Tetapi jika anda bekerja dengan High Power Station ( 500 - 1KW) sudah pasti ianya tidak ada masalah kerana kekuatan dB mereka akan menenggelamkan signal noise di tempat anda. Bagi Low Power Station dan QRP station, anda mungkin akan mengalami masalah untuk copy signal mereka.
Ada juga sesetengah BALUN boleh berfungsi mengubah tinggi atau rendah sesuatu impedans, dan ianya berkaitan dengan nisbah lilitan, lilitan wayar yang terkandung dalam Balun. Anda mungkin pernah mendengar balun 1:1 ataupun 4:1, apakah maksudnya?
balun 1:1
Balun 1:1 bermaksud jika nilai ohm antenna anda, contohnya half wave dipole bernilai hampir kepada 50ohm, iaitu hampir sama dengan nilai ohm coax kabel anda, ( 50 ohm) maka BALUN 1:1 digunakan. Nilai ukuran ini boleh diperolehi dari antenna analyzer.
Balun 4:1
Balun 4:1 pula digunakan jika nilai Ohm antenna anda bernilai 300 ohm, dan untuk mengimbanginya, balun 4:1 digunakan supaya nilai ohmnya seimbang menjadi 50ohm.
Jika nilai 450 ohm? semestinya balun 9:1 akan digunakan...
Pemahaman yang salah berkaitan dengan BALUN
1) dengan memasang BALUN, antenna anda bukanlah sebuah antenna multiband.
2) BALUN tidak menjadikan antenna dipole anda menjadi Multi bander, tetapi ada masih lagi boleh tune pada frekuensi dalam band yang diukur sahaja.
Pemahaman yang salah berkaitan dengan BALUN
1) dengan memasang BALUN, antenna anda bukanlah sebuah antenna multiband.
2) BALUN tidak menjadikan antenna dipole anda menjadi Multi bander, tetapi ada masih lagi boleh tune pada frekuensi dalam band yang diukur sahaja.
Pemasangan Dipole
Selain itu, antenna dipole selalunya dipasang secara mendatar ataupun dalam bentuk V terbalik ( Inverted V). Bentuk inverted V selalunya menjadi pilihan kerana ianya menjimatkan ruang dan sesuai dipasang jika kita tinggal di kawasan perumahan ataupun kawasan yang terhad dengan ruang. Manakala bentuk mendatar pula sesuai bagi mereka yang ada kawasan yang luas...
Sebelum anda memulakan pemasangan dipole anda, disini saya syorkan anda supaya memahami dahulu sifat - sifat elektrik yang ada pada Half Wave Dipole anda. Ini adalah kerana secara asasnya, kita sebenarnya menghantar tenaga elektrik....melalui ruang udara. Jika anda tidak percaya dengan kata - kata saya, saya boleh buktikannya sekarang. Ambil sebatang lampu kalimantang dan pegang, kemudian tangan yang sebelah lagi pegang sebuah walkie talkie ( handy) dan tekan PTTnya, sambil itu, rapatkan antenna rubber ducky kepada lampu kalimantang dan lampu kalimantang itu akan menyala...
Baiklah disini ada 2 perkara penting yang anda perlu tahu:
1. Arus elektrik adalah tinggi pada bahagian tengah dan rendah pada bahagian hujung antenna anda.
2. Voltan pula rendah pada bahagian tengah antenna dan tinggi pada hujung antenna anda
2. Voltan pula rendah pada bahagian tengah antenna dan tinggi pada hujung antenna anda
contoh insulator ( kawan ada satu sahaja) sebelah lagi hilang
Jadi disini ianya menunjukkan mengapa dan kenapa kita perlu sambung dipole kita dengan wayar yang mempunyai impedans rendah ( 50ohm) serta memasang insulator penebat dihujung antenna.dengan benda yang bukan konductor elektrik.
Disamping itu juga, kita perlu memasang antenna kita setinggi yang mungkin dan jauh dari sumber elektrik dan manusia. Saya rasa anda sudah pun memahaminya....
Semoga kita berjumpa lagi, 73 de 9m2zak.