Tuesday, October 19, 2021

TinyGS : Cara untuk menjejaki satellite LoRa dengan menggunakan perisian Orbitron.

 

satellite LoRa NORBI di pantau oleh 9m2zak menggunakan Orbitron

Untuk memudahkan pemantauan satellite LoRa dan tahu dimana dan bila dia akan melintas di atas atau tepi anda, maka untuk itu saya menggunakan perisian Orbitron untuk tujuan tersebut. Caranya adalah seperti berikut:

1. Download Orbitron disini http://www.stoff.pl/orbitron/files/orbitron.exe

2. Kemudian lawat laman web www.tinygs.com dan terus ke Satellites.


3. Klik pada mana-mana satellite sasaran anda, katakan anda target nak jejak Norby, maka klik pada Norby dan scroll ke bawah, anda akan nampak ruangan TLEs. Copy semua data tersebut, kecuali perkataan TLEs itu dan paste pada notepad.


savelah notepad tersebut dengan apajua nama yang anda fikirkan sesuai dan simpanlah dimana-mana yang anda fikir senang nak diambil dan ingat dimana dia berada. Contoh disini saya savekan sebagai lora norbi.txt 


kemudian buka perisian orbitron anda dan terus klik pada Load TLE.


dan pergi ambik file TLE yang anda save tadi, bagi kes saya, saya save di desktop.


klik open dan ianya akan muncul pada orbitron anda seperti gambar dibawah.


tick pada NORBI dan ianya akan mucul di peta dunia pada orbitron.


Jika anda ingin memasukkan TLE satellite LoRa yang lain, stepnya adalah sama, anda hanya perlu copy TLE satellite tersebut dan paste pada notepad LoRa anda.

semoga ianya bermanfaat dan selamat memburu satellite LoRa. 73 daripada saya, Zaki 9M2ZAK.

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...