Tuesday, October 19, 2021

Menerima packet pertama daripada LoRa Satellite Norby

 Malam tadi saya setup satu satellite ground station untuk menjejak satelite yang berasaskan board LoRa dengan menggunakan TTGO ESP32. Kemudian pagi tadi apabila saya check 9m2zak_GS console, kelihatan ada perkataan 1 pada confirmed packets dan telemetry packets.


Maknanya disini ialah.... ground station kecil saya ini berjayalah, berjaya mendapatkan packet daripada satelite cube NORBY, kemudian ianya disahkan lagi apabila saya nampak posting di telegram oleh admin tinyGS.


Jadi ianya berkerja dengan baiklah, saya pada awalnya agak ragu-ragu juga memandangkan TTGO ESP32 ini sangat kecil dan terlalu simple. Namun ternyata ianya benar. TTGO ESP32 Ground Station adalah benar. hahahaha. Ok selepas ini saya akan plan untuk setup board TTGOESP32 ini supaya menjadi lebih kemas dan cantik. Kondisi setup sekarang seperti gambar dibawah. Hahahaha.


So plannya ialah nak buat casing supaya lebih kemas dan cantik, tak lah bogel semacam ni sahaja. 73 daripada saya Zaki 9M2ZAK.



Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...