Sunday, October 17, 2021

9m2zak LoRa satellite ground station

                                   

Bermula pada malam ini saya akan aktifkan satellite ground station yang kedua pula, yang pertama sudah pun dilancarkan pada beberapa tahun yang lalu iaitu ground station yang fokus kepada aprs satellite dimana station 9m2zak ini telah berjaya mendapatkan beberapa packet aprs daripada satellite LapanSat YB0X-1, NAISS, RS0ISS, PCSAT, PSAT-1, BIRDMY, USNAPI-1, BIRDBT

packet yang ditangkap oleh 9m2zak-1


Jangan risau, ground satellite 9m2zak yang dikhaskan untuk tangkap packet aprs satellite masih lagi beroperasi seperti biasa iaitu 24/7/365 dan akan kekal dengan tugasannya iaitu menadah langit menerima packet aprs daripada kayangan.
 
9m2zak TinyGS

Manakala pada malam ini, saya akan melancarkan pula 3 lagi satellite ground station dimana ground station ini akan cuba menangkap packet daripada LoRa Satellite pula iaitu pada freq 4xxmhz, 8xxmhz dan 9xxmhz, tetapi buat masa sekarang saya on yang 4xxmhz sahaja dahulu sementara menunggu modul 8xxmhz dan 9xxmhz itu sampai (dah order di pak ali). Antara LoRa satellite yang kini berada di orbit ialah :

 1. Norby mode (Lora@436.703)
Norby (6U Cubesat)

2. FEES mode (LoRa@437.2)
FEES (0.3U CubeSat)
3. Satish Dhawan Satellite mode (LoRa@435.5)

Satish Dhawan SAT (3U Cubesat)
4. VR3X-A Littlefoot  mode (LoRa@915.6)

VR3X-A littlefoot
5. VR3X-B Petrie mode (LoRa@915.6)
VR3X-B Petrie
6. VR3X-C Cera mode (LoRa@915.6)
7. Sri Shakthi Sat mode (LoRa@436)

List diatas adalah senarai LoRa satellite yang aktif dan jika diteliti freqnya, maka ada yang menggunakan 4xx mhz, 8xxmhz dan 9xx mhz, jadi sudah pasti 3 modul diperlukan lagi iaitu modul 433mhz, 868mhz dan 915mhz. List satellite LoRa diatas adalah satellite yang kini berada di orbit, manakala pada masa akan datang, akan dilancarkan lagi beberapa satellite yang sudahpun dijadualkan pelancarannya. Antara setellite LoRa yang bakal akan ada di orbit ialah:

1. FossaSat-2B mode LoRa@436.7 
    Launch Date : 31/12/2021

2. PyCubed-1 mode LoRa@437.29
    Launch Date : 31/12/2021

3. SATLLA-2 mode LoRa@437.25
     Launch Date : 31/12/2021

4. IRIS-A mode LoRa@433.365
    Launch Date : 31/12/2021

5. ThingSat mode Lora@868
    Launch Date : 31/12/2021

6. WISA Woodsat LoRa@436
     Launch Date : 31/12/2021

7. VZLUSAT-2 mode GMSK@437.325
     Launch Date : 31/12/2021

8. Grizu-263A mode FSK@435.675
    Launch Date : 31/12/2021 

Buat masa kini, di semenanjung Malaysia, hanya ada 2 sahaja Ground Station yang aktif iaitu satu di KL dan satu lagi di Kulai dan ada satu di Singapore.


manakala di seluruh dunia, memang sudah ada banyak ground station yang sedang tracking satellite LoRa ini.


Anda boleh melihat semua station-station ini di laman web ini. https://tinygs.com/ dan lupa saya nak beritahu anda juga boleh menggunakan model-model berikut untuk dijadikan ground station anda.

  • Heltec WiFi LoRa 32 V1 (433MHz & 863-928MHz versions)
  • Heltec WiFi LoRa 32 V2 (433MHz & 863-928MHz versions)
  • TTGO LoRa32 V1 (433MHz & 868-915MHz versions)
  • TTGO LoRa32 V2 (433MHz & 868-915MHz versions)
  • TTGO LoRa32 V2 (Manually swapped SX1267 to SX1278)
  • T-BEAM + OLED (433MHz & 868-915MHz versions)
  • T-BEAM V1.0 + OLED
  • FOSSA 1W Ground Station (433MHz & 868-915MHz versions)
  • ESP32 dev board + SX126X with crystal (Custom build, OLED optional)
  • ESP32 dev board + SX126X with TCXO (Custom build, OLED optional)
  • ESP32 dev board + SX127X (Custom build, OLED optional)
Buat masa sekarang, ground LoRa Satellite station Kulai masih belum mendapat apa-apa packet lagi kerana ianya baru dilancarkan. Insyallah jika ada hasil nanti saya akan update lagi di blog ini.



                                            

                                                               73 daripada saya Zaki 9m2zak

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...