Tuesday, October 12, 2021

Menjejaki belon kajicuaca : Percubaan pertama.

 

Pada 10 Oktober 2021 beberapa hari yang lepas, hasil daripada pemantaun belon kajicuaca didapati belon yang dilepaskan dari Paya Lebar, Singapore telah jatuh pada kawasan darat. Kali ini pada kawasan kebun kelapa sawit di  Jalan Kampung Baru Penerok, Pontian.


Lokasi terakhir belon tersebut adalah pada lat 1.37671 lon 103.462 pada ketinggian 673.6m. Dengan menggunakan perisian google earth, maka lokasi kawasan jatuhan belon tersebut dapat diramalkan. Ada banyak kemungkinan lokasi jatuh berdasarkan pengamatan daripada kes-kes belon yang lain.


Maka proses marking lokasi target belon jatuh dimulakan dengan google earth, kemudian setiap lat lon tersebut diambil dan dimasukkan ke dalam perisian GPS Way Point supaya tidak ada ulangan kawasan carian dan untuk keselamatan supaya tidak sesat di dalam kebun kelapa sawit.

Perancangan kami adalah seperti berikut:

Plan A

Dengan menggunakan Way Point, kami akan bergerak dahulu ke point target 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10,11 dan lokasi target. Jika jumpa, maka plan B tidak akan dilaksanakan. Jika tidak jumpa, maka kami akan ikut plan B. Plan B adalah seperti berikut:

Plan B

Plan B pula, kami akan masuk ikut Pin Start dan terus ke Pin A, kemudian Pin B, dari Pin B akan ke Pin C ke E, E ke D dan seterusnya iaitu dalam bentuk Zig Zag. Untuk keselamatan, kami juga mengaktifkan aprs sebagai langkah-langkah keselamatan.

Setiap inci kawasan yang ditanda dan kawasan antara ditanda itu periksa. Kami amat beruntung kerana kawasan kebun tersebut tidak penuh dengan semak-samun yang lebat, boleh dikatakan kami boleh mendapat penglihatan yang baiklah tanpa halangan.

Namun belon tersebut tidak dijumpai, Kemudian Plan C pula di lancarkan, Plan C adalah bergerak patah balik pada plan B, iaitu bermula dari Pin U sehingga ke Pin Start. Namun masih gagal juga menjumpai belon tersebut.Tetapi apa yang kami perasan adalah setiap pokok kelapa sawit disitu telah di tabur baja dan ianya nampak masih baru. Semua pokok kelapa sawit dalam kebun tersebut telah ditabur baja.

Baja ditabur
Jadi kemungkinan belon itu dijumpai oleh si penabur baja adalah tinggi, Untuk info pembaca, setiap path yang saya mark itu, semua pokok telah dibaja. Maka selepas itu kami pun pergi berjumpa dengan pekerja kebun yang kebetulan rumahnya hanya berhadapan dengan lokasi kebun. Menurut beliau, memang pagi tadi ada aktiviti menabur baja di kebun tersebut, tetapi ianya dilakukan oleh kawan beliau yang kebetulan baru sahaja keluar pergi ke pekan. Memang semasa kami menuju ke rumah tersebut ada selisih dengan motor yang baru keluar dari perkarangan rumah tersebut. Maka saya pun meninggalkan no telefon kepada beliau dan jika kawannya itu ada memberitahu terjumpa payung terjun warna putih dan benda seperti botol warna putih semasa proses tabur baja pagi tadi, bolehlah call saya.

Secara kesimpulannya, aktiviti menjejaki belon kajicuaca pada hari tersebut gagal di atas beberapa faktor kemungkinan. Antaranya ialah :
1. Belon tersebut mungkin telah dijumpai oleh pekebun.
2. Lokasi lat lon tidak beberapa tepat kerana lokasi last dicatat pada 673.6m di udara.
3. Kurang pengalaman kerana ini adalah pengalaman pertama....hahahahaha.

Tindakan untuk mengatasi atau menambahbaik adalah seperti berikut:
1. Pilih lokasi last belon bawah 200m alt.
2. Pasang dan standby Auto_RX tetap di kereta
3. Menguasai dan mantapkan diri dengan perisian google earth
4. Sedia dan standby tracker Mysonde Go (Lilygo)

MysondeGO utk track model RS-41 dan DRM

Baiklah sampai disini sahaja dahulu posting saya, nanti jika berlaku lagi pendaratan di darat, saya akan update lagi. Pagi tadi belon jatuh di laut, semua belon pula tu, iaitu belon di Bayan Lepas, KLIA, dan Singapura. 

Manakala belon Kuantan dan Kota Bharu pasti jatuh di darat, cuma masalahnya ialah tiada feeder dari kawasan tersebut. Insyallah saya yakin, satu hari nanti pasti akan ada feeder dari Kuantan dan Kota Bharu. 73 daripada saya, Zaki 9M2ZAK.

contoh Radiosone model Vaisala RS-41

                                       HAVE YOU FOUND A WEATHER BALLOON?

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...