Hai, berjumpa lagi kita pada posting seterusnya. Pada kali ini saya ingin bercerita mengenai setup audio saya menggunakan U-Phoria UM2 yang digunakan pada transceiver HF Yaesu FT-450. Peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :
1. Behringer U-Phoria UM2
2. Mic Condenser BM-800
3. Ibox (saya guna ibox untuk rig kenwood)
4. Yaesu FT-450
5. XLR kabel (male to female)
6. USB kabel type B
7. RCA cable
8. PTT foot switch
oleh kerana Ibox saya khas untuk kenwood, tetapi saya ingin gunakan pada Yaesu, maka saya memerlukan adapter untuk membolehkan Ibox tersebut bekerja pada rig icom. Jadi satu adapter (RJ45 ke 8 pin Kenwood TS2000) dibina berdasarkan pin-pin berikut.
FT-450 |
TS-2000 |
maka hasilnya akan menjadi seperti berikut.
RJ45 to 8pin male aviation |
kemudian adapter tersebut dipasang ke IBOX Kenwood. Maka akan kelihatan seperti berikut.
Seterusnya, Foot PTT dipasang pada Ibox dan ouput pada U-Phoria juga dipasang pasang pada Ibox pada bahagian Mic.
pada bahagian U-Phoria pula, RCA cable kita hanya pasang sebelah sahaja. Ini adalah kerana U=Phoria ini dia hanya akan keluar audio dalam mode mono sahaja, setelah beberapa percubaan maka hasilnya hanya RCA jack warna putih sahaja yang digunakan.
RCA merah kita tidak pakai, maka biarkan begitu sahaja. Disamping itu juga, jangan lupa tolak suis 48v pada tepi U-Phoria untuk menghidupkan BM-800. Sebenarnya ia adalah Phantom Power untuk membolehkan condenser mic BM-800 berfungsi dengan baik.
Cucuk usb kabel ke PC anda dan aktifkan ia sebagai default pada playback dan juga recording di PC anda. Dengan ini, anda juga boleh merakam audio anda dengan menggunakan apa jua software rakaman.
Pastikan LED power dan 48V itu menyala, jika tidak menyala, double cek suis dibelakang U-Phoria tersebut dan ubah kedudukan usb port.
pasang microphone dan cable, dan cuba test audio. jika ok.... led hijau pada SIG ( signal) akan menyala. Itu menyatakan bahawa ada audio masuk. anda boleh adjust level audio anda dengan memusing tombol MIC/LINE GAIN 1 pada bahagian atas.
adjust sehingga led merah (CLIP) tidak menyala. Jika led CLIP menyala, maka itu bermakna audio anda over modulate. Jadi pusing tombol pada ngam-ngam led CLIP itu tidak menyala.
Untuk output audio pula, yang ini penting, tekan direct monitor tu dan adjust volume output pada tombol sambil monitor output power pada radio. Laraskan sehingga anda dapat power output yang anda inginkan, disamping itu juga adjust sama mic gain pada radio. Kombinasi mic gain-output volume yang ngam akan menghasilkan audio yang padu dan kuat. Anda tidak perlu lagi terjerit-jerit di hadapan radio untuk mendapatkan full power output bagi mode LSB atau USB.
dibawah ini adalah contoh audio yang dirakam dengan menggunakan U-Phoria mic pre amp ini. Mantap beb. Objektif saya adalah nak kuatkan saja, bukannya nak bagi sedap macam ESSB tu. Cukup sekadar ada gain dan tak perlu jerit. Itu objektifnya.
Semoga ianya bermanfaat. 73 daripada saya Zaki 9M2ZAK