Thursday, September 9, 2021

Diamond DL50A SWR test.

 

Pada labelnya, Diamond kata dummy load keluaran mereka boleh dapat SWR 1.15 sekitar 800mhz dan ke bawah dan SWR 1.2 pada 800mhz hingga 1GHz. Maka pada malam ini mari kita lihat bagaimana bacaannya. Dummy load dipasang pada VNA. Maka jom kita siasat. 



Bacaan sebenar didapati ianya adalah seperti yang tertera di atas. Dibawah ini adalah detailnya.

Min VSWR : 1.012 pada 1.800 mhz dengan return loss -44.465 dB

Max VSWR : 1.399 pada 800mhz dengan return loss -15.574 dB

Maka dengan ini, info pada stiker dummy load model DL50A ini tidak beberapa tepat bagi 800mhz ke bawah.

800mhz hingga 1ghz

Berikut adalah bacaan bagi range 800mhz hingga 1GHz. Dibawah ini adalah butirannya.

Min VSWR : 1.393 pada 800Mhz dengan return loss -15.684 dB
Max VSWR : 1.796 pada 1GHz dengan return loss -10.915 dB

Pada stiker Dummy Load DL50A ini, mereka mengatakan ianya akan dapat sekitar SWR 1.2.
Jadi, kesimpulannya.... SWR pada label adalah tidak sama jika diuji. Mungkin VNA saya tidak memberi bacaan tepat diatas beberapa faktor seperti VNA murah, coax murah dan faktor persekitaran. Jadi ianya bolehlah dianggap sebagai ok dan boleh dipakai untuk menguji output transceiver kita. No problem.

Sampai kita berjumpa lagi pada posting yang mendatang. 73 daripada saya Zaki 9m2zak.



Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...