Wednesday, September 8, 2021

Homebrew 8 pin mic connector IC-7300 to 4 pin Ibox IC-7000

 

Mic connector adapter ini adalah untuk digunakan pada IC-7300 dengan Ibox yang dibuat untuk IC-7000. Pada asalnya, Ibox tersebut dibuat untuk IC-7000 yang menggunakan RJ45 dan 4 pin female aviation connector.

Namun oleh kerana Ibox yang khas untuk IC-7300 ini tiada, maka adapter untuk membolehkan IC-7300 menggunakan Ibox IC-7000 perlu dibuat. Jadi langkah pertama adalah dengan mendapatkan rajah pinout bagi kedua-dua rig tersebut.

pinout IC-7300

pinout IC-7000

berdasarkan cabel yang sama, saya menggunakan kaedah colour untuk mengenalpasti kedudukan wire pada lokasi di pin RJ45. Jadi ianya akan memudahkan saya untuk membuat wiring bagi ic-7300.

warna wire

Warna ini saya ambil dari RJ45 asal cable IC-7000 dan dipadankan dengan no pin untuk disamakan dengan pin IC-7300.


Maka proses soldering bolehlah dimulakan. Wire yang saya guna adalah wire 4 core yang diambil dari komputer lama. Cable ini dipercayai digunakan untuk jumper led pada depan casing komputer ke motherboard.


Saya memang sudah jadi habit, jika terjumpa saja komputer yg dibuang, saya akan selongkar dan ambil wire dan pelbagai barang seperti skru, kipas, power supply dan sebagainya. Tujuannya untuk perkara-perkara macam inilah.


kemudian proses soldering dilakukan. Untuk memudahkan proses soldering, memandangkan klip buaya saya tidak dapat nganga dengan luas, maka saya cucuk ke dalam pin tersebut dengan dawai enamel yang lebih dan dijadikan sebagai holder, kemudian dikepit oleh klip buaya. maka mudahlah proses soldering itu nanti, ianya tidak akan lari-lari lagi.


Setelah siap sebelah, maka proses yang sama dilakukan pada sebelah lagi dan dihiasi dengan shrinking tube agar ianya kelihatan segar dan bertenaga. Bahasa lain ialah...beri wajah baru.


Maka siaplah sudah cable adapter ini dan boleh digunakan pada ibox IC-7000 untuk rig IC-7300 bersama-sama dengan mic pre amp U-Phoria UM2 serta condenser mic BM-800. Sekian sahaja untuk paparan kali ini, berjumpa lagi kita pada posting yang akan datang.

                                                            73 daripada saya, Zaki 9M2ZAK.

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...