Thursday, September 9, 2021

Menerima packet ACARS dari kapal terbang : ACARSD

 

Hari ini saya lepak-lepak di rumah sambil memantau packet dari kapal terbang yang melintas di atas bumbung base saya. Peralatan yang digunakan ialah :

1. SDR RTL dongle (original naa)

2. LNA (1mhz - 3Ghz)

3. Antenna Diamond F23H

Software pula saya gunakan SDR# dan ACARSD 1.65.

Hasil setakat ini saya telah berjaya menangkap banyak jugaklah kapal terbang. Listnya ada dibawah.

dan setakat ini belum lagi mendapat mesej dalam bentuk ayat, semua dalam bentuk data seperti nombor-nombor. Sebelum ini saya pernah juga dapat mesej berbentuk perkataan seperti BYE BYE KL dan juga HAPPY NEW 2014 (pada tahun itu saya main ACARS). Ni saya comeback main semula.


Pemantauan diteruskan, kali ini saya plan untuk pantau 24/7. Untuk melihat apakah ada jackpot atau sebagainya. Hobi ini memang unik. Salam 73 daripada saya Zaki 9m2zak.

Cara Update Radiosonde Auto-RX Dengan Selamat Tanpa Rosakkan Setup KA9Q + Airspy Mini

  Kalau anda menggunakan Radiosonde Auto-RX bersama KA9Q dan Airspy Mini, proses update sepatutnya dibuat dengan berhati-hati. Update Docker...