Sunday, October 24, 2021

Thursday, October 21, 2021

Menerima LoRa packet dari satellite LoRa Norbi

 

Cantik... tiga station dari semenanjung Malaysia berjaya mendapat packet daripada satellite Cube LoRa Norby, 9W2ATR dari Kangar, 9W2GEE dari JB dan 9M2ZAK dari Kulai. Esok tengahari kita tengok pula lintasan Norby yang seterusnya. 73 daripada saya Zaki 9M2ZAK.

Menerima packet daripada belon kajicuaca Kuantan, Sepang dan Singapura

 

Malam tadi berlaku lagi kejutan, kejutan kali ini ialah station feeder belon Kulai berjaya menangkap 2 lagi station yang dilepaskan dari Sepang dan Kuantan. Belon Sepang jenis model DFM17 20053865 telah berjaya ditangkap signal pada jarak 307km manakala belon Kuantan pula  DFM17 20056892 pada jarak 259km. Semua ini berlaku selepas saya menaikkan lagi ketinggian antenna saya iaitu up lagi 10 kaki. Antenna yang digunakan adalah antenna jenis discone. Esok pagi kita tengok pula adakah dia masih lagi dapat mencapai Sepang atau Kuantan. 73 Zaki 9M2ZAK.

Tuesday, October 19, 2021

Menerima packet pertama daripada LoRa Satellite Norby

 Malam tadi saya setup satu satellite ground station untuk menjejak satelite yang berasaskan board LoRa dengan menggunakan TTGO ESP32. Kemudian pagi tadi apabila saya check 9m2zak_GS console, kelihatan ada perkataan 1 pada confirmed packets dan telemetry packets.


Maknanya disini ialah.... ground station kecil saya ini berjayalah, berjaya mendapatkan packet daripada satelite cube NORBY, kemudian ianya disahkan lagi apabila saya nampak posting di telegram oleh admin tinyGS.


Jadi ianya berkerja dengan baiklah, saya pada awalnya agak ragu-ragu juga memandangkan TTGO ESP32 ini sangat kecil dan terlalu simple. Namun ternyata ianya benar. TTGO ESP32 Ground Station adalah benar. hahahaha. Ok selepas ini saya akan plan untuk setup board TTGOESP32 ini supaya menjadi lebih kemas dan cantik. Kondisi setup sekarang seperti gambar dibawah. Hahahaha.


So plannya ialah nak buat casing supaya lebih kemas dan cantik, tak lah bogel semacam ni sahaja. 73 daripada saya Zaki 9M2ZAK.



TinyGS : Cara untuk menjejaki satellite LoRa dengan menggunakan perisian Orbitron.

 

satellite LoRa NORBI di pantau oleh 9m2zak menggunakan Orbitron

Untuk memudahkan pemantauan satellite LoRa dan tahu dimana dan bila dia akan melintas di atas atau tepi anda, maka untuk itu saya menggunakan perisian Orbitron untuk tujuan tersebut. Caranya adalah seperti berikut:

1. Download Orbitron disini http://www.stoff.pl/orbitron/files/orbitron.exe

2. Kemudian lawat laman web www.tinygs.com dan terus ke Satellites.


3. Klik pada mana-mana satellite sasaran anda, katakan anda target nak jejak Norby, maka klik pada Norby dan scroll ke bawah, anda akan nampak ruangan TLEs. Copy semua data tersebut, kecuali perkataan TLEs itu dan paste pada notepad.


savelah notepad tersebut dengan apajua nama yang anda fikirkan sesuai dan simpanlah dimana-mana yang anda fikir senang nak diambil dan ingat dimana dia berada. Contoh disini saya savekan sebagai lora norbi.txt 


kemudian buka perisian orbitron anda dan terus klik pada Load TLE.


dan pergi ambik file TLE yang anda save tadi, bagi kes saya, saya save di desktop.


klik open dan ianya akan muncul pada orbitron anda seperti gambar dibawah.


tick pada NORBI dan ianya akan mucul di peta dunia pada orbitron.


Jika anda ingin memasukkan TLE satellite LoRa yang lain, stepnya adalah sama, anda hanya perlu copy TLE satellite tersebut dan paste pada notepad LoRa anda.

semoga ianya bermanfaat dan selamat memburu satellite LoRa. 73 daripada saya, Zaki 9M2ZAK.

Monday, October 18, 2021

TinyGS : Build your own satellite ground station

 

LILYGO TTGO ESP32
Peralatan yang diperlukan.

1. LILYGO® TTGO ESP32-Paxcounter LoRa32 V2.1 1.6.1

TTGO ESP32

untuk mendapatkannya, saya sudah pun link-kan ke shoppee, hanya klik dan beli. jika ada budget, boleh ambik 3 freq terus iaitu 433mhz,868mhz dan 915mhz.

2. Antenna UHF monoband atau dualband VHF/UHF atau boleh buat sendiri ant UHF anda.

3. Micro USB cable untuk flash FW dan hidupkan TTGO anda.

4. 5v AC/DC power adapter

Langkah Pertama

download perisian TinyGS Uploader dari link ini.

https://github.com/G4lile0/tinyGS/releases/download/2105260/TinyGS_Uploader_WINDOWS.exe


kemudian flash TTGO anda.

Langkah Kedua

Kemudian, masuk ke TinyGS anda melalui IP ini, 192.168.4.1 dan isi segala maklumat dalam station dashboard anda.

Klik pada Configure parameters

dan paparan ini aka keluar, isi maklumat yang saya warnakan merah.



untuk MQTT credentials, sila dapatkan daripada telegram, sila masuk channel ini.

kemudian didalam telegram tersebut klik pada Open private chat dan anda akan dibawa ke TinyGS Personal Bot. Taip /start dan enter untuk mendapatkan mqtt username dan password.


kemudian isi semula maklumat MQTT tersebut di dalam dashboard anda.


maklumat yg lain dibiarkan sama tiada perubahan dan klik apply kemudian restart TTGO anda. Sila semak setup anda di dashboard. jika keluar paparan sebegini, maka berjayalah anda.

Untuk mendapatkan keyakinan yang setup anda berjaya, sila pergi ke laman web utama dan pasti station anda akan kelihatan di map seperti ini.

Laman utama tinygs ini ialah tinygs.com dan untuk sign in, dalam telegram TinyGS Personal Bot, taip /weblogin. Nanti dia akan beri link yg siap log in.


maka siaplah Ground Station anda sendiri, Anda boleh teroka laman web www.tinygs.com untuk lebih memahami akan satelite ini.


saya pun baru dapat satu peket sebab saya pun baru juga naikkan ground station ini. Jika tengok rakan-rakan lain di seluruh dunia, mak aiii udah beribu peket mereka. Hahahaha.

Jadi apa tujuannya saya bina Ground Station ini?
jawapannya ialah ianya menyeronokkan (bagi saya lah) dan saya juga belajar macam-macam perkara berkaitan satellite, LORA, Geographi, electronic, dan yang paling best sekali ialah saya sukakan cabaran, cabarannya disini ialah cuba mendapatkan signal dari satellite LORA yang sebesar tapak tangan ini dari angkasa lepas. 

Semoga ianya bermanfaat kepada para pembaca sekalian, saya mohon ampun dan maaf jika ada tersalah bahasa atau info di dalam posting ini. 73 daripada saya Zaki 9M2ZAK

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...