Sunday, November 6, 2011

10 meter band report : Sunday 7 November 2011


9M2ZAK 10 meter band dx report : 7 November 2011
KENWOOD TS-50 / 50 WATT / DALBEAM 20m - 15m -10m / Saw blade single paddle / CW / 28031 khz / Beaming 40 degree North
Total QSOs = 34 station
North Amerika ( K ) = 17 station
Japan (JA) = 8 station
Hawaii (KH6) = 2 station
Mexico (XE) = 2 station
China (BY) = 1 station
Korea Selatan (HL) = 1 station
Argentina (LU) = 1 station
Canada (VE) = 1 station
New Zealand (ZL) = 1 station

Kesempatan cuti hari raya aidiladha ini digunakan sepenuhnya. Seperti biasa, pada awal - awal pagi iaitu dari jam 0700 local hingga 10.00 am, aku akan bergerak masuk ke radio shack aku yang terletak 7 kaki dari masterbedroom aku.



Dxing diawal pagi berbeza dengan dxing di waktu malam hari kerana pada waktu pagi, badan kita begitu segar sekali. Lagipun suasana pagi yang sunyi menambahkan lagi kenikmatan aktiviti dxing ini.



Tambahan pula, jika difikirkan pada waktu ini banyak sekali station dari Amerika Utara dan Selatan yang aktif serta stesen dari Lautan Pacific ( Pacific Ocean) kerana pada waktu itu mereka waktu petang. Jadi semestinya mereka akan bersantai-santai dihadapan radio mereka.

Pagi ini hasil cq dx aku agak kurang memuaskan kerana sekarang ini sedang berlangsung Contest, iaitu

5-6 1200 - 1200 Ukrainian DX Contest - CW/SSB
5-7 2100 - 0259 ARRL Sweepstakes - CW
5-7 2100 - 0300 NA Collegiate ARC Championship - CW

jadi semestinya stesen dari NA begitu sibuk mengejar contester dan pemburuan DXCC mereka dihentikan buat sementara waktu. Namun ada juga yang check dalam cq dx aku. Terima kasih aku ucapkan.



Contest Ukrainian DX Contest - URDXC , aku sertai...namun tidak dapat fokus dengan baik kerana raya wei...gila ka..orang dok pi raya..hang pulak dok cq contest...hehe. Ada kut dalam dua jam aku sertainya, itu pun pada waktu malam iaitu sekitar jam 11.30 malam membawa ke jam 1 pagi. Saja-saja jer utk lepaskan gian contest dan aku anggap sebagai persediaan aku menjelang cqwwcw itu nanti. Cabrillo logs pun sudah dihantar, walau hanya belasan contact, namun bukan kejuaraan yang dicari, tapi persaudaraan antara benua yang ingin dikecapi.

Suasana hari raya masih lagi terasa di tempat aku, kunjung-mengunjung masih lagi diteruskan. Itulah dia orang melayu, penuh dengan adat dan istiadat. Semangat hidup bermasyarakat masih lagi dikekalkan walaupun era sudah berubah, dari era surat ke era Email, dari era Email ke era SMS, dan era SMS ke era Video Chat...

Namun ziarah menziarahi masih dikekalkan, sebagai satu kesinambungan masyarakat Malaysia.

WE ARE THE PEOPLE THAT UNiTE THE WORLD

Terima kasih from Johor, West Malaysia
73, de 9m2zak

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...