Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya aku berjaya menamatkan cabaran CQWW-CW ini dengan jayanya. Ini adalah kali kedua aku menyertai contest ini dan yang pastinya keputusan kali ini meningkat sedikit berbanding dengan tahun lepas.
Dalam contest kali ini, ada kelainan sikit dimana aku menggunakan G5RV Junior sebagai pemain utama. Manakala 3 bander Yagi diletakkan sebagai pemain simpanan. Ini adalah sebagai ujian untuk G5RV Junior untuk melihat prestasi sebenarnya. Ternyata ianya terbukti hebat.
Bagi alat pemancar pulak, aku gunakan sepenuhnya Yaesu FT-77 menggantikan Icom 718 yang cedera parah selepas kejadian tempoh hari. Icom 718 masih lagi memerlukan rawatan yang rapi untuk memulihkannya kembali beraksi di udara. Semoga 718 cepat pulih dari kecederaannya kerana bulan april 2012 ini ada CQ JA CW pula.
Berikut adalah statistik CQWW - CW 2011 aku:
Total QSOs = 422
Points = 138327
DXCC = 56 country
Zone = 28 Zone worked
WPX = 247 preffix
Worked WAC = AF-AN-AS-EU-NA-OC-SA
Country Prefix :
3w( Vietnam = 1) / 9A ( Croatia = 2) / 9K ( Kuwait = 2) /
9m6 ( Sabah = 3 ) / 9N ( Nepal = 1) A6 ( United Arab Emirates = 1 )
A7 ( Qatar = 1) / BV ( Taiwan = 11 ) / BY ( China = 20 )
CT3 ( Madeira Islands = 1 ) / CX ( Uruguay = 1 )
D4 ( Cape Verde = 1 ) / DL ( German = 3)
DU ( Filipina = 9 ) / E7 ( Bosnia-Herzegovina = 1 )
ER ( Moldova = 1 ) / ES ( Estonia = 1 ) / EU ( Belarus = 2 )
EX ( Kygyzstan = 1 ) /G ( Britian = 2 ) / HA ( Hungry = 3 )
HL ( Korea Selatan = 2 ) / HS ( Thailand = 6) / I ( Italy = 2)
IT9 ( Sicily = 1) / J2 ( Djibouti = 1) /JA ( Jepun = 104 )
K ( Amerika Utara = 97 ) /KH0 ( Mariana Islands = 5)
KH2 ( Guam = 6 ) / KH6 ( Hawaii = 4 ) / KL ( Alaska = 2 )
LZ ( Bulgaria = 3 ) / OH ( Finlad = 1 ) /OK ( Czech Republic = 4 )
P4 ( Aruba = 1 ) / PJ2 ( Netherlands Antilles = 1 ) / PY ( Brazil = 5)
S5 ( Slovenia = 4) / SM ( Sweden = 2) / SP ( Poland = 3 )
UA ( European Russia = 14 ) / UA9 ( Asiatic Russia = 10 )
UN ( Kazakhstan = 2 ) / UR ( Ukraine = 24 ) / VE ( Canada = 4)
VK ( Australia = 19 ) / VU ( India = 2 ) / XU ( Kampuchea =1 )
XW ( Laos = 1 ) /YB ( Indonesia = 7 ) / YL ( Latvia = 1 )
YO ( Romania = 5 ) / YU ( Serbia = 1 )
ZL ( New Zealand = 5 ) / ZS ( Africa Selatan = 4 )
Berdasarkan kepada statistik, negara Jepun ( JA) adalah negara yang paling banyak sekali contact yang telah dilakukan iaitu sebanyak 104 stesen. Manakala tempat kedua pula adalah dari negara Amerika Utara iaitu sebanyak 97 stesen berjaya dihubungi. Negara Ukraine pula adalah negara yang ketiga banyak QSOs yang dilakukan iaitu 24 QSOs.
Tahniah kepada 9m2to kerana mendapat mata yang tertinggi setakat ini iaitu 1476881, Manakala aku begitu kagum dengan seorang YL dari Arau, 9m2out - OJA (9m2sm) kerana turut serta dalam contest ini. Rasanya YL pertama dari Malaysia ni...Tahniah OJA dan GET ( 9m2get ). Dalam contest kali ini mereka bekerja dalam kategori qrp, mendayung sampan ditengah lautan..hebat!!!
dibawah ini adalah sedikit petikan logs yang telah dihantar,
9M2/JE1SCJ | SINGLE-OP | 99180 | ONE | 10M | LOW | NON-ASSISTED | |
9M2CNC | SINGLE-OP | 77448 | ONE | 10M | HIGH | NON-ASSISTED | |
9M2RDX | SINGLE-OP | 0 | ONE | 10M | LOW | NON-ASSISTED | |
9M2SM | SINGLE-OP | 10272 | ONE | 15M | QRP | NON-ASSISTED | |
9M2TO | SINGLE-OP | 1476881 | ONE | ALL | HIGH | NON-ASSISTED | |
9M2ZAK | SINGLE-OP | 138327 | ONE | ALL | LOW | NON-ASSISTED |
Entah kenapa dengan 9m2rdx - Rizal, Temerloh ni. Aku rasa ada masalah sedikit dengan cabrillonya. Dont worry Rizal, sila hantar semula cabrillo anda. Anda boleh melakukannya.
Penyertaan dari Malaysia yang aku pasti adalah 9m2sm - 9m2zak - 9m2rdx - 9m6na -9m6xro - 9m2to - 9m2cnc dan 9m2/je1scj. Rasanya 9m6ybg ada masuk kerana callsignnya ada di cluster. Mungkin belum hantar cabrillo lagi rasanya.
Sebahagian daripada ratusan Eqsl yang diterima...
Kesimpulannya, tahniah kepada semua contester yang telah berjaya mengharungi CQWW-CW ini dengan jayanya. Apa yang dapat difahami dari contest ini adalah setiap contester perlu mempunyai semangat dan daya saing yang tinggi dalam mengharungi pertandingan ini kerana jika kita luntur maka kita akan jauh ditinggalkan....Jumpa lagi di tahun hadapan... 9m2zak.