Duration : 23:00 UTC - 01:40 UTC
Beaming : 30 degree North
Target DXCC : NA
Power : 50 watt
Rig : Kenwood TS-50
Ant : 6 ele 3 bander yagi
Country Prefix :
Bermula seawal jam 7.00 pagi aku berada dalam bilik radio. Keadaan band sekitar jam 0700 local amat mengecewakan. Langsung tidak ada satu stesen pun di frekuensi. Monitor di cluster kelihatan 9m6xro dan 9m6ybg, namun sebarang audio pun tidak kedengaran dari mereka mahupun dari dx stesen. Mungkin band belum membuka disebelah Malaysia Barat kut. Ternyata benar, setelah 10 minit aku go blind akhirnya cq aku disahut, tetapi disahut oleh stesen dari NA iaitu W7HO - Ronnie dari Salem, Oregon. Kuatnya signal dia. 599 15 db diterima di Kulaijaya.
W0JPL - Paul
Kemudian selepas itu, aku pile up di NA, namun terdapat juga beberapa stesen dari Jepun. tapi memandangkan band membuka di sebelah NA, hanya 7 stesen sahaja aku dapat dari negara matahari terbit ini iaitu JS1OHI - JM1OOP - JA2HT - JJ1NYH - JE3HAT - JH5FTY - JG3MGG. Dalam pendengaran aku, rasanya banyak stesen jepun yang cuba masuk, tetapi ditindan oleh stesen-stesen dari NA ini, almaklumlah bot kecil, kebanyakkan NA station ini menggunakan 1 KW punya kuasa dan Japan stesen pula gemar bermain dengan QRP. Semestinya 5 watt akan tenggelam disebalik 1 kilowatt. Apa pun aku terima seadanya.
W5ZPA - Michael W Mayer, W5ZPA
Cabaran semakin meningkat, band pula bising dengan QRN, dia punya ciut-ciut amat kuat sekali.sekali dia ciut, tenggelam prefix dan sekali dia ciut pula hilang suffix...alahai..tapi aku suka, kerana aku sukakan cabaran. baru ada kick!. Sekitar jam 0915 hingga 0940 local, keadaan band semakin meruncing. QRN semakin kuat dan kuat sekali. Telinga macam berair, hidung pula rasa macam tersumbat. Macam mana ni... ambil keputusan - stop cq dan QRT dari band.
WE ARE THE PEOPLE THAT UNiTE THE WORLD
Terima kasih from Johor, West Malaysia
Terima kasih from Johor, West Malaysia
73, de 9m2zak