Sunday, September 29, 2013

CQ World Wide RTTY 2013 : Suatu catatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua para pembaca yang budiman sekalian. Diharapkan rakan-rakan sekalian berada dalam keadaan yang sihat sejahtera disamping keluarga dan sahabat handai hendaknya. Walaupun difahamkan ada juga rakan yang kurang sihat, ada yang demam, ada yang kena chicken pox namun kawan disini tetap berdoa untuk kesejahteraan semua walaupun kawan sendiri pun turut mengalami masalah yang sama. Jadi sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan bersama demi kemajuan negara Malaysia.

Pada hari Sabtu yang lepas, iaitu pada 28 September 2013, telah berlangsung satu lagi contest besar dalam aktiviti Radio Sport ini. Contest ini berlangsung selama 48 jam, iaitu bermula dari Sabtu jam 8.00 pagi (waktu tempatan) hinggalah pada hari Isnin jam 8.00 pagi (waktu tempatan). Contest yang dimaksudkan itu adalah CQWW RTTY 2013 yang dianjurkan oleh CQWW Magazine.
 
9m2sgn
Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, CQWW RTTY 2013 Contest ini adalah contest digital yang pertama kawan sertainya. Sebelum ini, pernah juga kawan menyertai contest yang serupa modenya tetapi lain objektif iaitu CQWW WPX. Namun pada asasnya ianya adalah sama. Difahamkan juga rakan kita dari Kuala Kangsar, 9M2SGN juga sudah mula memberanikan diri menyertai contest ini. Tahniah diucapkan kepada saudara Shahrul 9M2SGN kerana berjaya mengutip 2310 mata daripada 27 QSOs. Pengalaman beraksi dalam contest adalah suatu pengalaman yang amat berharga sekali. Tidak ada perkataan yang dapat ditulis untuk menggambarkan cabaran dan pahit getir semasa menyertai contest ini. Untuk mengetahuinya, kenalah sertainya : pepatah melayu ada menyebut, Tak kenal maka tak cinta.










Berdasarkan pemerhatian kawan dalam 48 jam yang lepas, terdapat juga rakan dari Kepulauan Borneo yang turut serta dalam contest ini. Semasa kawan sedang CQ, 9M6XRO telah check in dalam CQ kawan. Jadi fahamlah kawan yang ada juga stesen dari Sabah yang turut serta memeriahkan contest ini. Tetapi kawan tidak pasti apakah kategori beliau, tetapi jangan risau – kita boleh semak nanti pada ruang Log received dalam website CQWW. Namun setakat blog ini ditulis, hanya kelihatan callsign kawan dan callsign Arie 9W2VVH sahaja. Mungkin 9M2SGN dan 9M6XRO belum berkesempatan untuk upload log mereka lagi. Insyaallah dalam dua atau tiga hari lagi, akan uploadlah tu. 
9w2vvh Arie
Arie 9W2VVH sebuah stesen dari Sungai Besar, Kuala Selangor juga tidak melepaskan peluang untuk beraksi dalam contest ini. Walaupun hanya di 10m, namun beliau berjaya membuktikannya. beliau berjaya mengutip sebanyak 6251 mata daripada 48 QSOs.  Kawan percaya, beliau masih berpeluang merajai carta, berdasarkan rekod CQWW WPX, beliau cemerlang di band 10m, Bagaimana pulak dengan nasib beliau di CQWW ini, sama-samalah kita menantikan keputusannya pada tahun hadapan. Jika dibandingkan dengan CQWW WPX RTTY 2013 dengan CQWW RTTY 2013. Berlaku sedikit penurunan dalam kutipan mata beliau. Dalam CQWW WPX 2013 beliau berjaya mengutip 6578 mata manakala dalam CQWW 2013 sebanyak 6251 mata berjaya dikutipnya. Pengurangan mata sebanyak 327 telah berlaku antara kedua-dua contest tersebut. Tetapi jika dilihat dari sudut lain pula, beliau berjaya sebenarnya – Berjaya mengekalkan rentak beliau dalam mode digital ini. Perbezaan 1-2 QSOs tidaklah menjejas sangat. Itu dikira sebagai adat permainan.
            Difahamkan juga, beliau hanya memulakan cabaran contest pada hari Ahad, iaitu semalam. Ini bermakna beliau terlepas 24jam aktiviti contest. Dapat dibayangkan jika beliau memulakan contest ini pada hari Sabtu, mungkin sesuatu keajaiban akan terjadi….
Ini adalah ringkasan pencapaian CQWW RTTY 2013 9W2VVH :
QSOs : 48
Zone : 14
DXCC : 30
Points : 6251
Manakala bagi stesen Kulaijaya pulak, penurunan jugak berlaku. Semasa CQWW WPX RTTY 2013 tempohari kawan berjaya mengutip 25758 mata dan CQWW RTTY 2013 pula sebanyak 22357 mata. Ini bermakna berlaku penurunan sebanyak 3401 mata. Berikut adalah ringkasan pencapaian kawan dalam CQWW RTTY semalam :
 QSOs : 110
Zone : 25
DXCC : 51
Points : 22357
Terdapat pelbagai factor yang menyebabkan penurunan ini. Antaranya ialah:
  1. Terlewat 8 jam pada hari Sabtu kerana bertugas : memulakan cabaran pada pukul 3.00 petang hari Sabtu.
  2. Badan yang kurang sihat – Demam dan selesema.
  3. Tidur awal : 11:00 malam Sabtu. Demam.
  4. WX hujan dan petir pada petang Ahad. Stesen terpaksa ditutup.
  5. Malam Ahad : tidur awal – sekitar jam 12 lebih (Isnin bertugas)
Jadi tidak hairanlah mengapa penurunan ini berlaku, namun perlu diingat semua itu adalah ketentuan Ilahi, mungkin ada hikmah disebaliknya. Apabila kawan meneliti senarai log rakan-rakan yang lain, pencapaian mereka amat hebat sekali. Kutipan mata mencecah ratusan ribu malah ada yang berjuta. Apakah rahsia kejayaan mereka? Kawan ada email kepada beberapa rakan seperjuangan untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana mereka mendapat kutipan yang banyak itu. Rata-rata mereka menyatakan yang factor antenna dan Amplifier memainkan peranan. Manakala keadaan band pulak dianggap sebagai bonus jika ianya terjadi. Jadi bagaimana pula dengan stesen yang Low Power @ QRP? Stesen Low Power/QRP boleh dikatakan 70% bergantung kepada keupayaan dan kecekapan antenna mereka. Manakala 30% adalah keadaan band. Jadi disini, kecekapan antenna memainkan peranan yang penting dalam kejayaan sesuatu contest.
Selain daripada kecekapan antenna, factor pemilihan band juga memainkan peranan. Setiap band mencatat mata tersendiri. Contohnya band 10m selalunya mencatat 2 -3 mata bagi sesuatu contest, begitu juga dengan band 80m dan 160m, kadangkala boleh mencecah sehingga 4-6 mata. Kedudukan benua juga memberi perbezaan mata. Benua Amerika Utara dan Eropah (3 mata) dan Asia ( 1-2 mata) manakala Oceania juga menyumbang 3 mata. Semua kutipan mata ini berdasarkan kedudukan kita iaitu 9M2/9M6/9M8.
Jadi apakah strategi kita sebagai stesen Low Power/ QRP ini? Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian kawan. Kita sebagai Low Power Station juga boleh mencatat point yang tinggi. Berikut adalah strategi yang dicadangkan:
1.      Menggunakan antenna yang tinggi dBnya. Cadangan : Yagi/Hex
2.     Menggunakan low loss COAX cable.
3.     Meninggikan kedudukan antenna ( 30 – 40 kaki ke atas )
4.    Menambahkan SSB/CW filter ke dalam rig
5.     Mengorbankan/mengurangkan masa tidur. ( Contest setahun sekali sahaja, apa salahnya)
6.    Memastikan GND ada dan berfungsi dengan baik. Bagus utk meningkatkan receiving.
7.     Utamakan stesen dari Oceania/Eropah dan NA. Kalau boleh halakan terus antenna anda ke sana.
8.     Perlu tahu waktu mana setiap benua itu aktif. Contohnya, NA ( awal pagi dan tengah malam), Eropah ( petang sehingga Maghrib dan selepas jam 10 malam) Jepun ( awal pagi dan sepanjang masa). 
Namun. Strategi ini adalah strategi yang terhasil daripada pengamatan kawan selama ini. Jika rakan-rakan ada cadangan lain atau strategi yang lain, boleh diemailkan kepada kawan untuk kawan masukkan ke dalam blog ini untuk perkongsian ilmu bersama.
Baiklah kawan-kawan, sampai disini sahaja dulu coretan saya untuk kali. Sehingga kita berjumpa lagi pada post-post yang akan dating. 73 9m2zak.

Friday, September 13, 2013

6 Meter Band : Ground Wave QSO


Malam tadi, sekitar jam 7.45 malam, entah mengapa tiba-tiba kawan teringat kepada band 6 meter. Apabila kawan menyemak kembali logbook, memang betul, agak lama sudah kawan meninggalkan dan tidak menjenguk band ini. Semenjak dua menjak ini, memang agak sibuk dengan tugasan, ditambah pula dengan musim perayaan, open house sana-sini. Sekarang ini pula, musim kenduri kahwin. Dalam bulan ini sahaja, kawan telah menerima 8 jemputan kahwin dan ianya ada pada setiap hujung minggu dalam bulan Sept. Secara puratanya, seminggu ada dua jemputan. Terbaik.

Malam ini kawan bercadang untuk meneroka band 6 meter. Sebabnya, esok hari sabtu kawan ingin menyertai Kulikovo Polye Contest, dimana contest ini akan bermula pada pukul 8.00 pagi waktu tempatan atau UTC 0000 hrs dan berakhir pada hari Ahad jam 7.59 pagi ( UTC 2359). Contest ini dianjurkan 
oleh Efremov radio club ETHER dari negara Russia. Jadi pada malam ini dikira sebagai pemanas enjinlah untuk beraksi pada esok pagi. Lupa pula, KP contest ini hanya melibatkan band 20m sahaja dan mode CW. Jadi, para peminat CW mesti amat menantikan contest ini.

 Setelah meneliti keadaan band, boleh dikatakan ianya membuka. Tetapi kawan kurang pasti ianya membuka ke arah mana. Ini adalah kerana apabila kawan cuba mendengar beacon VK8VF pada frequency 50130.00 mhz, langsung tidak kedengaran apa-apa. Begitu juga dengan beacon-beacon yang lain seperti 9M4SIX 50005, DU1EV 50007.8 dan JA2IGY 50001. Langsung tiada kedengaran apa-apa. Tetapi apabila kawan cuba merayau-rayau sekitar 50100 hingga 50120, tiba-tiba kawan terdengar sesuatu yang kuat.

Dengan kuat dan jelas sekali kedengaran 9M2/JG3TTO sedang CQ DX. Boleh dikatakan amat baik kualiti signalnya. Signal bar pula stabil pada kedudukan 20dB. Apabila QSO dengannya, fahamlah kawan kenapa signalnya cantik. Beliau memancar dari Johor rupanya. Tetapi kawan tidak tahu lokasi tepat beliau. Beliau tidak menyatakan QTHnya di Johor ini malah beliau hanya memberikan locator sahaja. iaitu OJ11UL. Kesimpulannya disini, band 6 meter tidak membuka ke mana-mana, hanya ground wave QSO sahaja yang dapat pada malam yang sejuk ini.

73 de 9M2ZAK Kulaijaya.

Wednesday, September 11, 2013

Kulikovo Polye Contest


Kulikovo Polye Contest :Contest are timed to the anniversary celebration of the victory of Russian troops in the Battle of Kulikovo Kulikovo battle - a battle with troops of the Russian principalities Horde September 8, 1380 in Kulikovo field between the rivers Don, Nepryadva and Krasivaya Mjecha.

Contest Purpose - to identify the strongest ham-radio contest-man, the expansion of amateur radio contacts between Russia and other countries.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang budiman sekalian. bertemu kita sekali lagi setelah lama kawan  update blog ini. Kawan akui, sejak kebelakangan ini, kawan agak sibuk dengan pelbagai tugasan sehingga tiada masa untuk kawan mencoretkan sesuatu diblog ini. Namun apabila ada kesempatan, kesempatan ini kawan gunakan sepenuhnya.

        Topik kita pada hari adalah berkaitan dengan aktiviti contest, iaitu salah satu cabang aktiviti dalam hobi radio amatur ini. Aktiviti contest ini semakin hari ramai peminatnya. Peningkatan ini menunjukkan bahawa aktiviti Radio Sport ini semakin mendapat tempat dihati peminat radio tempatan, khususnya bagi pemegang lesen radio amatur kelas B dan A. Masing-masing sudah berani untuk mencuba dan berani untuk meneroka ruang udara dunia ini dengan gelombang radio. Syukur ke hadrat Ilahi kerana perkembangan positif ini sedikit sebanyak dapat memupuk budaya sains dan teknologi dalam masyarakat kita. Satu budaya yang mampu meningkatkan kemajuan dan taraf sesebuah negara. Difahamkan juga pada 15 dan 16 Sept ini, MARL - Malaysian Amateur Radio League akan menganjurkan NFD iaitu National Field Day dimana ianya melibatkan hampir 12 stesen dari seluruh negara. Antaranya ialah :

  1. 9M2SHQ - Sg. Congkak Hulu Langat, Selangor (MARES) : Station Master : 9M2SQL
  2. 9M2STR - Paka Industrial Park, Terengganu : Station Master : 9M2AVB
  3. 9M2SJR - Rumah Kelab JASRA, Bandar Baru Uda, Johor Bahru : Station Master : 9M2BAL 
  4. 9M2SRT - Bkt. Kledang, Ipoh, Perak (PARTS) :Station Master : 9M2SLJ
  5. 9M2SKK - Taman Rekreasi JPS Kuala Kangsar :Station Master : 9M2AGC
  6. 9M2SPG - Fort Cornwallis, Penang : Station Master : 9M2DY
  7. 9M2SKB - Kuala Kubu Baru, Selangor (HUSAR) : Station Master : 9M2YRS
  8. 9M2SMM - Pulau Besar, Melaka : Station Master : 9M2YOT 
  9. 9M2SKT - Kelantan* 
  10. 9M2SPJ - Tasik Berjemur, Sg. Tekal, Jerantut, Pahang : Station Master : 9M2RDX
  11. 9M8SKS - Sarawak* 
  12. 9M6SWR - Sabah*
         Jadi nampaknya pada hujung minggu ini, ruang udara tanah air kita akan dipenuhi dan bersimpang siur dengan gelombang Short Wave yang diaktifkan oleh rakan-rakan kita. Syabas dan tahniah kawan ucapkan. Terutama sekali kepada 9M2BAL saudara Iqbal yang cemerlang menguruskan segalanya. Penganjuran event bertaraf dunia ini bukan semua orang boleh menguruskannya. Ianya menuntut komitmen yang tinggi terutamanya dari segi masa dan tenaga. Semangat cintakan tanahair sempena Hari Malaysia ini dapat dizahirkan oleh kita melalui event-event seperti ini. Semangat inilah yang kawan inginkan sebenarnya, bersatu hati dan tenaga menyemarakkan nama negara yang tercinta dipersada dunia melalui gelombang radio yang tidak kenal erti sempadan dan ideologi, masing-masing bersatu dibawah panji yang sama, iaitu Radio Amatur.

           Berbalik kepada topik kita pada petang ini, sebenarnya pada hujung minggu ini iaitu pada 14 dan 15 Sept terdapat beberapa aktiviti contest yang boleh kita sertai. Antaranya ialah Kulikovo Polye Contest, FOC QSO Party, WAE DX Contest, CIS DX QPSK63 Contest, ARRL September VHF Contest dan Run for the Bacon QRP Contest. Kawan hanya senaraikan contest-contest yang besar sahaja, namun jika rakan-rakan sekalian ingin mengetahui dengan lebih lanjut, maka sesuailah rakan-rakan sekalian klik pada link ini :

Kawan memilih untuk menyertai Kulikovo Polye Contest kerana beberapa faktor. Antaranya ialah :
  1. Contest ini bermula pada hari Sabtu jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 8.00 pagi keesokkan harinya. iaitu Ahad.
  2. Pada hari Ahad, kawan ada tugasan yang perlu diselesaikan.
  3. Kawan belum pernah menyertai contest ini lagi, jadi bercadang untuk menambah koleksi contest.
  4. Contest ini lain sikit kerana pemenang contest akan diberikan Medal.
  5. Contest ini hanya dibuka pada band 20m sahaja dan mode CW sahaja yang dipertandingkan.
medal utk para pemenang
 Dalam contest ini, bagi stesen luar dari negara Russia, iaitu Malaysia. Contest Exchange adalah RST dan nombor siri, contohnya 599001, 599002, 599003 dan seterusnya. Stesen yang mendapatkan kutipan mata yang tertinggi akan diangkat sebagai pemenang dan ranking mengikut benua dan negara masing-masing. Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut :

LP - LOW POWER 100 watts,
HP - HIGH POWER 1000 Watts
S - SUPER no limits
H - Hero of Russian Folk Legends (for Russian participants and participants from Lithuania)
Note:
Hero of folk Russian legends (epic heroes) - radio amateurs of the Tula, Rostov, Bryansk, Novgorod, Pskov, Arkhangelsk, Moscow, Tver, Smolensk and Nizhny Novgorod Regions, Lithuania, Moscow city.
Participants in the above areas be raised in groups LP, HP, S. They can use transmitters with output power up to 1000 watts.

 Jika diperhatikan dengan teliti, terdapat satu kategori yang agak unik sikit, iaitu Kategori S atau SUPER, dimana dalam kategori ini kuasa pemancarannya tidak ada had, tetapi ingat, kita perlu mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh SKMM dalam lesen kita. Jadi, jika tidak inginkan sebarang masalah, pilihlah kategori yang bertetapan dengan lesen kita supaya tidak muncul masalah dikemudian hari.

Seperti biasa, log mestilah ditukarkan kepada format Cabrillo sebelum dihantar kepada pihak penganjur, anda boleh emailkan terus Cabrillo anda ke alamat email yang berikut : log@kpctest.ru 
 Jangan lupa tuliskan callsign anda sebagai nama fail cabrillo tersebut.

Sekian dulu daripada kawan untuk paparan kali ini, sehingga kita berjumpa lagi pada post-post yang akan datang. Good Luck in your contest and good DX. Best 73 de Zaki 9M2ZAK. :)

Tuesday, August 20, 2013

2013 International Lighthouse Lightship Weekend : Bukit Segenting, Minyak Beku, Batu Pahat, Johot Darul Takzim, West Malaysia.


Pada 16, 17 dan 18 Ogos 2013 bersamaan dengan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad yang lalu telah berlangsung satu lagi aktiviti Radio Amatuer yang mana pada kali ini ianya melibatkan penyertaan hampir 526 rumah api dari seluruh dunia. Difahamkan, pada kali ini sebanyak 15 rumah api dari Malaysia telah mengambil bahagian iaitu :

Malaysia 9M2DY Fort Cornwallis, Penang MY0003 9M2BAL
Malaysia 9M2KRZ One Fathom Bank, New. MY0015 Direct 9M2KRZ
Malaysia 9M2MI Pulau Undan Lighthouse,Melaka MY0017 Direct to 9M2YOT
Malaysia 9M2NZ Tanjung Tuan, Cape Rachado MY0001 9M2BAL
Malaysia 9M2RMT Bukit Jugra, Bantang Selangor MY0006 9M2RMT direct
Malaysia 9M4LHB Bukit Melawati, Kuala, Selangor MY0005 Direct to MARES. (Cancelled)
Malaysia 9M4LHE Bukit Jugra Lighthouse,Banting Selangor MY0006 Direct to ASTRA
Malaysia 9M4LHJ Bukit Segenting Lighthouse MY0008 Direct to 9W2BUG
Malaysia 9M4LHP Fort Cornwallis, Fort Point Penang MY0003 Direct to ASTRA. (Cancelled see 9M2DY above)
Malaysia 9M4LHT Bukit Puteri Lightbeacon, Terenngganu MY0010 Direct to MARES. (Cancelled)
Malaysia 9M4LHN Tanjung Tuan, Cape Rachado MY0001 Direct to 9W2PD
Malaysia 9M4CHF Kota Kuala, Kedah River MY0011 9M4CHF direct
Malaysia 9M4LHC Tanjung Gelang Lighthouse MY0002 Direct to 9M2MWW
Malaysia 9M4LHM Tanjung Lobang Miri MY0014 Direct to 9M8WAT
Malaysia  16 9M4LHW Pantai Senak Lightbeacon Kelantan n/a Direct to 9M2CIO

Tahniah diucapkan kepada semua station yang terlibat kerana berjaya menjalankan aktiviti ini dengan jayanya. Bagi Rumah Api Bukit Segenting, Batu Pahat, Johor ianya disertai oleh enam station iaitu :


Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Laut Malaysia, TLDM, Scouts JB, Rabin 9w2pd, Jaya 9w2bug dan Marts serta rakan-rakan sekalian kerana berjaya menguruskan segala yang berkaitan dengan aktiviti ini dengan jayanya. Sesungguhnya tanpa kerjasama dan komitmen dari semua pihak ini. Acara ini pasti tidak akan berjaya. Pepatah melayu ada menyebut, "Bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat" ...samalah juga dengan aktiviti ini, tanpa kerjasama mustahil ianya dapat menjadi kenyataan.


Pada hari Jumaat, tepat jam 11.00 pagi. Kami berkumpul di rumah kawan dan bertolak dari Bandar Putra, Kulaijaya ke Batu Pahat dan sampai ke sana pada pukul 3.00 petang. Syukur alhamdulilah, perjalanan kami ke sana berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah di sepanjang perjalanan. Perjalanan selama berjam-jam itu langsung tidak terasa kerana terlalu teruja untuk ke sana. Malah tidak sabar rasanya untuk sampai ke sana. Setiap kilometer yang dilalui itu terasa seperti 10 kilometer, lambat pula rasanya...sehingga begitu sekali keterujaan yang terasa di dalam sanubari kami pasukan 9M4LHJ.


Segala kelengkapan untuk menjalankan aktiviti telah siap, penuh sebiji Kancil dengan pelbagai peralatan yang diangkut dari shack ke Rumah Api. Nampak gayanya kena buat satu setup khas untuk field day selepas ini. Setup khas untuk acara seperti ini. Plug and Play bunyinya. Mudah dan cepat serta berkesan...hmm..
.

Kami bertolak secara konvoi dan konvoi kami bermula dari tol Kulaijaya hinggalah keluar tol Air Hitam, Seterusnya dari Air Hitam, kami terus menuju ke Batu Pahat dan terus ke perkampungan Minyak Beku dimana Rumah Api Bukit Segenting itu terletak. Untuk sampai ke rumah api tersebut, kami perlu mendaki selama 15 minit ke atas dan bergerak mengelilingi Bukit Segenting. Perjalanan untuk mendaki tidaklah sukar kerana terdapat jalan yang berturap sehingga pintu besar Rumah Api tersebut.


Setelah sampai, aktiviti yang pertama sekali yang dilakukan adalah menaikkan antenna. Disini kami hanya menggunakan dua antenna sahaja iaitu Mono Band Dipole untuk band 40m dan G5RV Jr untuk band 10m-15m-20m-40m. Antenna G5RV dipasang pada menara Rumah Api pada ketinggian 80 kaki dari tanah dan dipole 40m pula dipasang secara inverted V dengan menggunakan batang pancing teleskopik yang panjangnya mencecah 30 kaki. Pada mulanya kami ingin memasang Yagi 20m dan 15m, tetapi malang tidak berbau, kedua-dua yagi tersebut mengalami masalah teknikal yang serius sekali. Pelbagai ikhtiar dan kaedah digunakan untuk memulihkannya, termasuklah menjemput pawang yang terhandal di mukabumi ini. Namun ALLAH itu Maha Berkuasa, yagi tersebut tidak dapat diselamatkan, ALLAH SWT lebih sayangkan yagi tersebut daripada kami disini. Kami terima seadanya.

G5RV Jr
Tepat jam 6.12 petang, semua antenna dan peralatan radio telah berjaya dipasang. Proses pemasangan antena tidaklah mengambil masa yang lama kerana semua ahli berkerjasama membantu antara satu sama lain. Petang itu, suasana di rumah api begitu ceria sekali. Ceria dengan kesibukan pasukan 9M4LHJ memasang antenna, ceria dengan kicauan burung-burung yang ingin pulang ke sarang dan ceria dengan bunyi alunan bayu laut yang tidak jemu menghembuskan tiupannya. Kini hanya tunggu untuk beraksi sahaja. Syukur alhamdulillah, cuaca amat baik pada hari ini. Segala aktiviti berjalan dengan lancar.

pemasangan Dipole 40m band



Pada masa yang sama, khemah untuk penginapan kami juga dipasang. Tanggungjawab ini, diberikan kepada Luqman dan Zahril untuk mereka memasang khemah penginapan kami sepanjang 3 hari dua malam ini. Terima kasih diucapkan kepada Scout JB kerana menyediakan tempat penginapan yang terbaik ini. Semua tidak perlu berebut, masing-masing akan dapat satu bilik. Kunci bilik boleh ambil dari Zahril. Zahril sudah kali ke-2 menjejakkan kaki ke rumah api ini manakala bagi Luqman, ianya adalah pengalaman baru baginya.


Pengalaman dalam aktiviti pengakap banyak mengajar mereka untuk bekerja bersama-sama dan bertanggungjawab diatas setiap tugasan yang diberikan. Semua tugasan dapat disiapkan dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Sekali berpengakap, selamanya kita berpengakap...


Penginapan bertaraf 5 bintang, terima kasih ScoutJB. Wah!!! empat bilik sudah di booking. Sekarang tinggal lagi 3 bilik sahaja lagi. Kena cepat nih...sebelum bilik habis ditempah. Jika tidak terpaksa tidur luar lah kawan. Pada waktu malam, keadaan disini amat sejuk dan berangin, itu info dari abang Zam, penjaga rumah api ini sejak tahun 1998 lagi.



Setelah segala peralatan peribadi dimasukkan ke dalam khemah, Kerja-kerja pemasangan lampu pula dijalankan. Kami bercadang untuk memasang lampu disekeliling rumah api ini agar ianya kelihatan menarik dan cantik. Baru best bila nak DX nanti. Terang benderang umpama ada kenduri kahwin di atas bukit ini. Cuma pengantin perempuan sahaja yang takdak, pengantin lelaki banyak...

                                        Lampu terakhir berjaya dipasang 30 minit kemudian.

Selepas lampu dipasang, kini peralatan radio pula dipasang. Pada malam pertama, kami bercadang untuk CQ di 20m band sahaja dan CQ dalam mode SSB. Ini bertujuan untuk memberi pengalaman dan pendedahan kepada Zahril, Hafiz dan Luqman bagaimana rasanya apabila kita beraksi di HF dan pada masa yang sama juga mereka diajar mengenai tatacara CQ, cara-cara pengendalian transceiver, pembuatan dan pemasangan antenna HF, SOP, mengenali  dan membaca keadaan band, cara cara membuat ramalan propogasi HF, cara-cara untuk membuat pengisian logbook, kepentingan grounding dan kesannya terhadap radio dan yang penting sekali....teknik dan kaedah untuk menghadapi pile-up.


Proses pembelajaran ini tidaklah mengambil masa yang lama. Ianya berlangsung kira-kira 2 jam sahaja iaitu dari pukul 8.00 malam hinggalah jam 10.00 malam. Selepas itu, kawan menunjukkan dahulu bagaimana kita hendak memulakan CQ. Kawan menggunakan konsep "belajar melalui teladan" dimana apa yang perlu mereka lakukan adalah perhatikan segala gerak geri dan tingkahlaku yang kawan lakukan itu dan serap - faham serta ingat. Disamping itu juga, sesi menjawab soalan tentang perkara yang berkaitan juga dijalankan untuk memberi kefahaman yang lebih kepada mereka. Syukur alhamdulillah, mereka semua mudah memahaminya dan sudah bersedia untuk beraksi diudara.


Setelah selesai sesi pengajaran, kini tibalah pula sesi amalinya pulak. Pada kali ini, mereka diberikan tugasan untuk CQ sendiri di udara, dan mempraktikkan segala yang diajar tadi. Syukur alhamdulilah...walaupun pada mulanya mereka kelihatan agak gementar, namun semakin lama semakin galak mereka menikmati penangan beraksi di HF ini dan selepas 20 minit beraksi. Mereka sudah pun menguasainya. Malah kelihatan mereka amat seronok melayan pile-up terutamanya stesen dari Eropah. Setiap stesen yang datang berjaya diuruskan dengan jayanya. Semakin lama kawan perhatikan...mereka nampaknya semakin menguasainya. Selepas 3 jam CQ, aktiviti Dx dihentikan pada pukul 3 pagi memandang semuanya sudah letih dan tidak bermaya lagi. Keletihan perjalanan petang tadi masih lagi terasa. Sebelum tidur... perut perlu diisi dahulu agar tidur nyenyak dan selesa. Kita pekena meggi ayam dulu. Terbaik chef kali ini...


habis satu kuali...

Hari kedua


Hari kedua dimulakan dengan cuaca yang amat baik sekali, syukur kepada ALLAH SWT kerana menganugerahkan cuaca yang baik ini kepada kami untuk terus menjalankan aktiviti ILLW ini. Hari kedua dimulakan dengan sarapan terbaik dari chef yang diimport dari Johor Bharu dan Permas Jaya. Terima kasih diucapkan kepada Jaya dan Hafiz kerana bersusah payah bangun awal pagi untuk menyiapkan sarapan untuk kami. Kalian memang terbaik...



Sarapan sudah ready, tunggu apa lagi...baca doa makan dan bismilah dan ngap sajalah. Lepas tu kita sambung DX. Menu pagi ini, Telur - Sosej - Ketupat Nasi - Daging Burger dan Kopi panas. Sungguh lazat sehingga menjilat G5RV...

suasana pagi Sabtu
Selepas sarapan, aktiviti DX diteruskan. Lagipun memang objektif kami datang sini pun. DX-makan-tidur-DX-makan-tidur. Pada pagi hari yang kedua, Mat Tanglung dan Hafiz pula ditugaskan untuk memulakan majlis. Syukur alhamdulillah...tidak sia-sia Mat Tanglung dok ikut kawan pi DX dan Contest selama ini. Segala ilmu persilatan di medan HF yang kawan curahkan kepadanya itu, berjaya beliau menggunakan sepenuhnya pada aktiviti ini. Malah beliau tanpa segan silu, menurunkan pengalamannya itu kepada Hafiz pula, Beruntung Hafiz kerana mendapat pendedahan dan ilmu HF ini. Kami pada masa dahulu, terpaksa mencari sendiri dan meneroka sendiri dunia HF ini untuk lebih memahaminya. Banyak masa habis digoogle, banyak tenaga dicurahkan semasa CQ di HF dan banyak wang ringgit dihabiskan untuk mencari pengalaman HF ini. Tiada siapa yang ingin mencurahkan ilmu ini kepada kami, maka terpaksa merangkak sendiri untuk belajar berdiri dalam bidang HF ini. Apabila sudah boleh berjalan sendiri, ilmu ini perlu dikongsi, bukan untuk simpanan di dalam almari, anak muda yang ingin belajar kami cari, agar ianya terus berkembang dan dapat menyambung perjuangan kami. Tidak mahu seperti perkara yang lepas terjadi lagi...iaitu masing-masing berdiamkan diri. Menyebabkan hobi ini kelihatan seperti mati.


Mat Tanglung bersama Hafiz mencuba nasib dipagi hari
Pagi tersebut, mereka berdua sedang pile-up dengan station dari Jepun dan Amerika. Dimana pada masa itu, band 15m membuka dengan cantik sekali. Pengalaman Mat Tanglung dalam dunia HF ini sedikit sebanyak membantu beliau menguruskan pile-up dari Jepun. Kemudian selepas itu, Hafiz pula cuba memberanikan diri untuk merasai dan menimba pengalaman ini sendiri. Pengalaman beraksi di HF ini bukannya semua orang dapat merasainya, maka gunakanlah peluang ini dengan sebaiknya. Selepas beberapa ketika, nampaknya Hafiz sudah pun menguasainya dan tersenyum sendiri kerana kepuasan beraksi di HF serta berjaya menguruskan pile-up dari Amerika Utara dan Jepun. Segala ilmu yang dipelajarinya pada malam tadi, digunakan sepenuhnya untuk memantapkan diri dalam arena ini. Syabas Hafiz, anda kini sudah sebaris dengan kami.


Selepas kejayaan Hafiz dan Mat Tanglung pile-up di 15m, kini tiba giliran kawan pula. Kawan ditugaskan untuk CQ di band 10m. Mujurlah pada waktu itu, band 10m membuka dengan cantik. kedengaran dengan jelas beacon dari Jepun, Taiwan dan Australia masuk ke Batu Pahat. Maka kesempatan ini kawan gunakan sepenuhnya. Frequency 28035.00 dipilih untuk beraksi di 10m. Syukur alhamdulilah....pada petang tersebut, kawan berjaya juga mendapat pile-up dari Jepun dan Australia. Band amat cantik, ditambah pula dengan cuaca yang baik...semuanya seolah-olah merestui aktiviti kami pada hari kedua ini.Syukur alhamdulillah.


kemudian selepas itu, kami beralih pula ke mode SSB, memberi peluang kepada newbies menimba pengalaman yang berharga ini. Oleh kerana kesempatan beraksi seperti ini julung-julung kali terjadi, maka semuanya bersatu hati untuk CQ di frequency, Melayu - India - Cina seolah bersatu hati, objektif utama telah dicapai, menyatukan insan dibawah satu frequency - satu hobi satu frequency, itulah dia kekuatan radio amatur ini. 


Semakin lama semakin happy Hafiz mengendalikan frequency, kawan pula monitor di frequency, memberi galakan dan inspirasi, agar Hafiz terus beraksi, menimba ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai ini.


Zahril pula ingin mencuba sekali, pengalaman ini perlu dikongsi, ianya datang bukan berkali-kali, tetapi hanya setahun sekali. Hafiz pula ditukar ganti, Zahril Badak memanggil di frequency. Ilmu yang diberi diguna kini, Calling CQ di frequency. Pile-up datang tidak berhenti-henti.


3 jam CQ tidak dirasai, tetapi perut mula berbunyi, mee meggi kari menjadi resepi, mengisi perut dengan sepenuh hati. Tugasan ini Luqman diberi, memasak mee meggi kari istimewa untuk kami,  Setelah perut sudah diisi, khemah kini menjadi destinasi.

Hari Ketiga
 

 Syukur sekali lagi, hari ketiga ini, cuaca amat baik sekali, jam lapan pagi umpama tengahari, matahari menyinar tanpa berhenti. Masing-masing kelihatan gembira, ada yang sedih ada yang gembira, sedih kerana hari ini adalah hari terakhir, gembira kerana aktiviti ini seronok sekali. Masing-masing sudah ready, untuk pulang ke destinasi sendiri, esok kerja itu keperluan diri, hobi ini sudah dipenuhi.


Sarapan pagi pada hari ketiga, terima kasih sekali lagi kepada Chef Jaya kerana bersusah payah menyediakan sarapan ini. Memang special sarapan ini, umpama bercuti di California bersama isteri.



Terima kasih juga diucapkan kepada bang Zamri, iaitu penjaga rumah api ini, kerana sudi melayan kami yang gila-gila ini. Semoga persahabatan yang terjalin ini, dapat dikekalkan sehingga kini. Tahun depan...insyaallah...kita akan berjumpa lagi, pelbagai cerita dan lawak akan dikongsi lagi, memecah keheningan dipagi hari. Rumah api pasti bergegar lagi,

Posting terakhir untuk tahun ini, oleh Mat Tanglung dari JB. Tahun depan jumpa lagi.


Zahril dan Hafiz, telah Jaya berjaya diracuni, Tahun depan pasti mereka berdua akan datang lagi.



Sekian dahulu coretan dari kami, crew 9M4LHJ akan mengundur diri. Sesungguhnya event kali ini amat bererti bagi kami. Tiada perkatan yang dapat dilafazkan untuk mengambarkan keseronokan semasa berada disini. Semuanya bersatu hati, semuanya dengan sepenuh hati memberi komitmen untuk menjayakan event ini. Kini kita ada 11 bulan lagi untuk bersua lagi, keakraban yang terjalin ini diharapkan kekal hingga kini. Tahniah juga diucapkan kepada semua warga radio amatur dari seluruh Malaysia dan dunia yang telah berjaya menjalankan aktiviti ini. Semoga kita berjumpa lagi, dirumah api ini kita bersua kembali.

Best 73s de Zaki

Rumah Api Bukit Segenting, Batu Pahat, Johor, West Malaysia
Picture Galery

Terima kasih Zahril 9W2ZRJ, Its very nice...



Setup KA9Q-Radio radiosonde_auto_rx airspy mini

                             Setup KA9Q-Radio + radiosonde_auto_rx  (Airspy mini + Raspberry Pi + Docker) 1. Objektif Setup Manual ini bertu...