Pada 16, 17 dan 18 Ogos 2013 bersamaan
dengan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad yang lalu telah berlangsung satu
lagi aktiviti Radio Amatuer yang mana pada kali ini ianya melibatkan
penyertaan hampir 526 rumah api dari seluruh dunia. Difahamkan,
pada kali ini sebanyak 15 rumah api dari Malaysia telah mengambil bahagian
iaitu :
Malaysia | 9M2DY | Fort Cornwallis, Penang | MY0003 | 9M2BAL | |
Malaysia | 9M2KRZ | One Fathom Bank, New. | MY0015 | Direct 9M2KRZ | |
Malaysia | 9M2MI | Pulau Undan Lighthouse,Melaka | MY0017 | Direct to 9M2YOT | |
Malaysia | 9M2NZ | Tanjung Tuan, Cape Rachado | MY0001 | 9M2BAL | |
Malaysia | 9M2RMT | Bukit Jugra, Bantang Selangor | MY0006 | 9M2RMT direct | |
Malaysia | 9M4LHB | Bukit Melawati, Kuala, Selangor | MY0005 | Direct to MARES. (Cancelled) | |
Malaysia | 9M4LHE | Bukit Jugra Lighthouse,Banting Selangor | MY0006 | Direct to ASTRA | |
Malaysia | 9M4LHJ | Bukit Segenting Lighthouse | MY0008 | Direct to 9W2BUG | |
Malaysia | 9M4LHP | Fort Cornwallis, Fort Point Penang | MY0003 | Direct to ASTRA. (Cancelled see 9M2DY above) | |
Malaysia | 9M4LHT | Bukit Puteri Lightbeacon, Terenngganu | MY0010 | Direct to MARES. (Cancelled) | |
Malaysia | 9M4LHN | Tanjung Tuan, Cape Rachado | MY0001 | Direct to 9W2PD | |
Malaysia | 9M4CHF | Kota Kuala, Kedah River | MY0011 | 9M4CHF direct | |
Malaysia | 9M4LHC | Tanjung Gelang Lighthouse | MY0002 | Direct to 9M2MWW | |
Malaysia | 9M4LHM | Tanjung Lobang Miri | MY0014 | Direct to 9M8WAT | |
Malaysia 16 | 9M4LHW | Pantai Senak Lightbeacon Kelantan | n/a | Direct to 9M2CIO |
Tahniah diucapkan kepada
semua station yang terlibat kerana berjaya menjalankan aktiviti ini
dengan jayanya. Bagi Rumah Api Bukit Segenting, Batu
Pahat, Johor ianya disertai oleh enam station iaitu :
Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Laut
Malaysia, TLDM, Scouts JB, Rabin 9w2pd, Jaya 9w2bug dan Marts serta rakan-rakan sekalian kerana berjaya
menguruskan segala yang berkaitan dengan aktiviti ini dengan jayanya. Sesungguhnya tanpa kerjasama dan komitmen dari semua pihak ini. Acara ini pasti tidak akan berjaya. Pepatah melayu ada menyebut, "Bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat" ...samalah juga dengan aktiviti ini, tanpa kerjasama mustahil ianya dapat menjadi kenyataan.
Pada hari Jumaat, tepat jam 11.00 pagi. Kami berkumpul di rumah kawan dan bertolak
dari Bandar Putra, Kulaijaya ke Batu Pahat dan sampai ke sana pada
pukul 3.00 petang. Syukur alhamdulilah, perjalanan kami ke sana berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah di sepanjang perjalanan. Perjalanan selama berjam-jam itu langsung tidak terasa kerana terlalu teruja untuk ke sana. Malah tidak sabar rasanya untuk sampai ke sana. Setiap kilometer yang dilalui itu terasa seperti 10 kilometer, lambat pula rasanya...sehingga begitu sekali keterujaan yang terasa di dalam sanubari kami pasukan 9M4LHJ.
Segala kelengkapan untuk menjalankan aktiviti telah siap, penuh sebiji Kancil dengan pelbagai peralatan yang diangkut dari shack ke Rumah Api. Nampak gayanya kena buat satu setup khas untuk field day selepas ini. Setup khas untuk acara seperti ini. Plug and Play bunyinya. Mudah dan cepat serta berkesan...hmm..
Kami bertolak secara konvoi dan konvoi kami bermula dari tol Kulaijaya hinggalah keluar tol Air Hitam, Seterusnya dari Air Hitam, kami terus menuju ke Batu Pahat dan terus ke perkampungan Minyak Beku dimana Rumah Api Bukit Segenting itu terletak. Untuk sampai ke rumah api tersebut, kami perlu mendaki selama 15 minit ke atas dan bergerak mengelilingi Bukit Segenting. Perjalanan untuk mendaki tidaklah sukar kerana terdapat jalan yang berturap sehingga pintu besar Rumah Api tersebut.
Setelah sampai, aktiviti yang pertama sekali yang
dilakukan adalah menaikkan antenna. Disini kami hanya menggunakan dua
antenna sahaja iaitu Mono Band Dipole untuk band 40m dan G5RV Jr
untuk band 10m-15m-20m-40m. Antenna G5RV dipasang pada menara Rumah
Api pada ketinggian 80 kaki dari tanah dan dipole 40m pula dipasang
secara inverted V dengan menggunakan batang pancing teleskopik yang
panjangnya mencecah 30 kaki. Pada mulanya kami ingin memasang Yagi 20m dan 15m, tetapi malang tidak berbau, kedua-dua yagi tersebut mengalami masalah teknikal yang serius sekali. Pelbagai ikhtiar dan kaedah digunakan untuk memulihkannya, termasuklah menjemput pawang yang terhandal di mukabumi ini. Namun ALLAH itu Maha Berkuasa, yagi tersebut tidak dapat diselamatkan, ALLAH SWT lebih sayangkan yagi tersebut daripada kami disini. Kami terima seadanya.
G5RV Jr |
Tepat jam 6.12 petang, semua antenna dan peralatan radio
telah berjaya dipasang. Proses pemasangan antena tidaklah mengambil masa yang lama kerana semua ahli berkerjasama membantu antara satu sama lain. Petang itu, suasana di rumah api begitu ceria sekali. Ceria dengan kesibukan pasukan 9M4LHJ memasang antenna, ceria dengan kicauan burung-burung yang ingin pulang ke sarang dan ceria dengan bunyi alunan bayu laut yang tidak jemu menghembuskan tiupannya. Kini hanya tunggu untuk beraksi sahaja. Syukur alhamdulillah, cuaca amat baik pada hari ini. Segala aktiviti berjalan dengan lancar.
pemasangan Dipole 40m band |
Pada masa yang sama, khemah untuk
penginapan kami juga dipasang. Tanggungjawab ini, diberikan kepada
Luqman dan Zahril untuk mereka memasang khemah penginapan kami
sepanjang 3 hari dua malam ini. Terima kasih diucapkan kepada Scout JB kerana menyediakan tempat penginapan yang terbaik ini. Semua tidak perlu berebut, masing-masing akan dapat satu bilik. Kunci bilik boleh ambil dari Zahril. Zahril sudah kali ke-2 menjejakkan kaki ke rumah api ini manakala bagi Luqman, ianya adalah pengalaman baru baginya.
Pengalaman dalam aktiviti pengakap banyak mengajar mereka untuk bekerja bersama-sama dan bertanggungjawab diatas setiap tugasan yang diberikan. Semua tugasan dapat disiapkan dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Sekali berpengakap, selamanya kita berpengakap...
Penginapan bertaraf 5 bintang, terima kasih ScoutJB. Wah!!! empat bilik sudah di booking. Sekarang tinggal lagi 3 bilik sahaja lagi. Kena cepat nih...sebelum bilik habis ditempah. Jika tidak terpaksa tidur luar lah kawan. Pada waktu malam, keadaan disini amat sejuk dan berangin, itu info dari abang Zam, penjaga rumah api ini sejak tahun 1998 lagi.
Setelah segala peralatan peribadi dimasukkan ke dalam khemah, Kerja-kerja pemasangan lampu pula dijalankan. Kami bercadang untuk memasang lampu disekeliling rumah api ini agar ianya kelihatan menarik dan cantik. Baru best bila nak DX nanti. Terang benderang umpama ada kenduri kahwin di atas bukit ini. Cuma pengantin perempuan sahaja yang takdak, pengantin lelaki banyak...
Lampu terakhir berjaya dipasang 30 minit kemudian.
Selepas lampu dipasang, kini peralatan radio pula dipasang. Pada malam pertama, kami bercadang untuk CQ di 20m band sahaja dan CQ dalam mode SSB. Ini bertujuan untuk memberi pengalaman dan pendedahan kepada Zahril, Hafiz dan Luqman bagaimana rasanya apabila kita beraksi di HF dan pada masa yang sama juga mereka diajar mengenai tatacara CQ, cara-cara pengendalian transceiver, pembuatan dan pemasangan antenna HF, SOP, mengenali dan membaca keadaan band, cara cara membuat ramalan propogasi HF, cara-cara untuk membuat pengisian logbook, kepentingan grounding dan kesannya terhadap radio dan yang penting sekali....teknik dan kaedah untuk menghadapi pile-up.
Proses pembelajaran ini tidaklah mengambil masa yang lama. Ianya berlangsung kira-kira 2 jam sahaja iaitu dari pukul 8.00 malam hinggalah jam 10.00 malam. Selepas itu, kawan menunjukkan dahulu bagaimana kita hendak memulakan CQ. Kawan menggunakan konsep "belajar melalui teladan" dimana apa yang perlu mereka lakukan adalah perhatikan segala gerak geri dan tingkahlaku yang kawan lakukan itu dan serap - faham serta ingat. Disamping itu juga, sesi menjawab soalan tentang perkara yang berkaitan juga dijalankan untuk memberi kefahaman yang lebih kepada mereka. Syukur alhamdulillah, mereka semua mudah memahaminya dan sudah bersedia untuk beraksi diudara.
Setelah selesai sesi pengajaran, kini tibalah pula sesi amalinya pulak. Pada kali ini, mereka diberikan tugasan untuk CQ sendiri di udara, dan mempraktikkan segala yang diajar tadi. Syukur alhamdulilah...walaupun pada mulanya mereka kelihatan agak gementar, namun semakin lama semakin galak mereka menikmati penangan beraksi di HF ini dan selepas 20 minit beraksi. Mereka sudah pun menguasainya. Malah kelihatan mereka amat seronok melayan pile-up terutamanya stesen dari Eropah. Setiap stesen yang datang berjaya diuruskan dengan jayanya. Semakin lama kawan perhatikan...mereka nampaknya semakin menguasainya. Selepas 3 jam CQ, aktiviti Dx dihentikan pada pukul 3 pagi memandang semuanya sudah letih dan tidak bermaya lagi. Keletihan perjalanan petang tadi masih lagi terasa. Sebelum tidur... perut perlu diisi dahulu agar tidur nyenyak dan selesa. Kita pekena meggi ayam dulu. Terbaik chef kali ini...
habis satu kuali...
Hari kedua
Hari kedua dimulakan dengan cuaca yang amat baik sekali, syukur kepada ALLAH SWT kerana menganugerahkan cuaca yang baik ini kepada kami untuk terus menjalankan aktiviti ILLW ini. Hari kedua dimulakan dengan sarapan terbaik dari chef yang diimport dari Johor Bharu dan Permas Jaya. Terima kasih diucapkan kepada Jaya dan Hafiz kerana bersusah payah bangun awal pagi untuk menyiapkan sarapan untuk kami. Kalian memang terbaik...
Sarapan sudah ready, tunggu apa lagi...baca doa makan dan bismilah dan ngap sajalah. Lepas tu kita sambung DX. Menu pagi ini, Telur - Sosej - Ketupat Nasi - Daging Burger dan Kopi panas. Sungguh lazat sehingga menjilat G5RV...
suasana pagi Sabtu |
Selepas sarapan, aktiviti DX diteruskan. Lagipun memang objektif kami datang sini pun. DX-makan-tidur-DX-makan-tidur. Pada pagi hari yang kedua, Mat Tanglung dan Hafiz pula ditugaskan untuk memulakan majlis. Syukur alhamdulillah...tidak sia-sia Mat Tanglung dok ikut kawan pi DX dan Contest selama ini. Segala ilmu persilatan di medan HF yang kawan curahkan kepadanya itu, berjaya beliau menggunakan sepenuhnya pada aktiviti ini. Malah beliau tanpa segan silu, menurunkan pengalamannya itu kepada Hafiz pula, Beruntung Hafiz kerana mendapat pendedahan dan ilmu HF ini. Kami pada masa dahulu, terpaksa mencari sendiri dan meneroka sendiri dunia HF ini untuk lebih memahaminya. Banyak masa habis digoogle, banyak tenaga dicurahkan semasa CQ di HF dan banyak wang ringgit dihabiskan untuk mencari pengalaman HF ini. Tiada siapa yang ingin mencurahkan ilmu ini kepada kami, maka terpaksa merangkak sendiri untuk belajar berdiri dalam bidang HF ini. Apabila sudah boleh berjalan sendiri, ilmu ini perlu dikongsi, bukan untuk simpanan di dalam almari, anak muda yang ingin belajar kami cari, agar ianya terus berkembang dan dapat menyambung perjuangan kami. Tidak mahu seperti perkara yang lepas terjadi lagi...iaitu masing-masing berdiamkan diri. Menyebabkan hobi ini kelihatan seperti mati.
Mat Tanglung bersama Hafiz mencuba nasib dipagi hari |
Pagi tersebut, mereka berdua sedang pile-up dengan station dari Jepun dan Amerika. Dimana pada masa itu, band 15m membuka dengan cantik sekali. Pengalaman Mat Tanglung dalam dunia HF ini sedikit sebanyak membantu beliau menguruskan pile-up dari Jepun. Kemudian selepas itu, Hafiz pula cuba memberanikan diri untuk merasai dan menimba pengalaman ini sendiri. Pengalaman beraksi di HF ini bukannya semua orang dapat merasainya, maka gunakanlah peluang ini dengan sebaiknya. Selepas beberapa ketika, nampaknya Hafiz sudah pun menguasainya dan tersenyum sendiri kerana kepuasan beraksi di HF serta berjaya menguruskan pile-up dari Amerika Utara dan Jepun. Segala ilmu yang dipelajarinya pada malam tadi, digunakan sepenuhnya untuk memantapkan diri dalam arena ini. Syabas Hafiz, anda kini sudah sebaris dengan kami.
Selepas kejayaan Hafiz dan Mat Tanglung pile-up di 15m, kini tiba giliran kawan pula. Kawan ditugaskan untuk CQ di band 10m. Mujurlah pada waktu itu, band 10m membuka dengan cantik. kedengaran dengan jelas beacon dari Jepun, Taiwan dan Australia masuk ke Batu Pahat. Maka kesempatan ini kawan gunakan sepenuhnya. Frequency 28035.00 dipilih untuk beraksi di 10m. Syukur alhamdulilah....pada petang tersebut, kawan berjaya juga mendapat pile-up dari Jepun dan Australia. Band amat cantik, ditambah pula dengan cuaca yang baik...semuanya seolah-olah merestui aktiviti kami pada hari kedua ini.Syukur alhamdulillah.
kemudian selepas itu, kami beralih pula ke mode SSB, memberi peluang kepada newbies menimba pengalaman yang berharga ini. Oleh kerana kesempatan beraksi seperti ini julung-julung kali terjadi, maka semuanya bersatu hati untuk CQ di frequency, Melayu - India - Cina seolah bersatu hati, objektif utama telah dicapai, menyatukan insan dibawah satu frequency - satu hobi satu frequency, itulah dia kekuatan radio amatur ini.
Semakin lama semakin happy Hafiz mengendalikan frequency, kawan pula monitor di frequency, memberi galakan dan inspirasi, agar Hafiz terus beraksi, menimba ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai ini.
Zahril pula ingin mencuba sekali, pengalaman ini perlu dikongsi, ianya datang bukan berkali-kali, tetapi hanya setahun sekali. Hafiz pula ditukar ganti, Zahril Badak memanggil di frequency. Ilmu yang diberi diguna kini, Calling CQ di frequency. Pile-up datang tidak berhenti-henti.
3 jam CQ tidak dirasai, tetapi perut mula berbunyi, mee meggi kari menjadi resepi, mengisi perut dengan sepenuh hati. Tugasan ini Luqman diberi, memasak mee meggi kari istimewa untuk kami, Setelah perut sudah diisi, khemah kini menjadi destinasi.
Hari Ketiga
Syukur sekali lagi, hari ketiga ini, cuaca amat baik sekali, jam lapan pagi umpama tengahari, matahari menyinar tanpa berhenti. Masing-masing kelihatan gembira, ada yang sedih ada yang gembira, sedih kerana hari ini adalah hari terakhir, gembira kerana aktiviti ini seronok sekali. Masing-masing sudah ready, untuk pulang ke destinasi sendiri, esok kerja itu keperluan diri, hobi ini sudah dipenuhi.
Sarapan pagi pada hari ketiga, terima kasih sekali lagi kepada Chef Jaya kerana bersusah payah menyediakan sarapan ini. Memang special sarapan ini, umpama bercuti di California bersama isteri.
Terima kasih juga diucapkan kepada bang Zamri, iaitu penjaga rumah api ini, kerana sudi melayan kami yang gila-gila ini. Semoga persahabatan yang terjalin ini, dapat dikekalkan sehingga kini. Tahun depan...insyaallah...kita akan berjumpa lagi, pelbagai cerita dan lawak akan dikongsi lagi, memecah keheningan dipagi hari. Rumah api pasti bergegar lagi,
Posting terakhir untuk tahun ini, oleh Mat Tanglung dari JB. Tahun depan jumpa lagi.
Zahril dan Hafiz, telah Jaya berjaya diracuni, Tahun depan pasti mereka berdua akan datang lagi.
Sekian dahulu coretan dari kami, crew 9M4LHJ akan mengundur diri. Sesungguhnya event kali ini amat bererti bagi kami. Tiada perkatan yang dapat dilafazkan untuk mengambarkan keseronokan semasa berada disini. Semuanya bersatu hati, semuanya dengan sepenuh hati memberi komitmen untuk menjayakan event ini. Kini kita ada 11 bulan lagi untuk bersua lagi, keakraban yang terjalin ini diharapkan kekal hingga kini. Tahniah juga diucapkan kepada semua warga radio amatur dari seluruh Malaysia dan dunia yang telah berjaya menjalankan aktiviti ini. Semoga kita berjumpa lagi, dirumah api ini kita bersua kembali.
Best 73s de Zaki Rumah Api Bukit Segenting, Batu Pahat, Johor, West Malaysia Picture Galery Terima kasih Zahril 9W2ZRJ, Its very nice... |