Friday, September 13, 2013

6 Meter Band : Ground Wave QSO


Malam tadi, sekitar jam 7.45 malam, entah mengapa tiba-tiba kawan teringat kepada band 6 meter. Apabila kawan menyemak kembali logbook, memang betul, agak lama sudah kawan meninggalkan dan tidak menjenguk band ini. Semenjak dua menjak ini, memang agak sibuk dengan tugasan, ditambah pula dengan musim perayaan, open house sana-sini. Sekarang ini pula, musim kenduri kahwin. Dalam bulan ini sahaja, kawan telah menerima 8 jemputan kahwin dan ianya ada pada setiap hujung minggu dalam bulan Sept. Secara puratanya, seminggu ada dua jemputan. Terbaik.

Malam ini kawan bercadang untuk meneroka band 6 meter. Sebabnya, esok hari sabtu kawan ingin menyertai Kulikovo Polye Contest, dimana contest ini akan bermula pada pukul 8.00 pagi waktu tempatan atau UTC 0000 hrs dan berakhir pada hari Ahad jam 7.59 pagi ( UTC 2359). Contest ini dianjurkan 
oleh Efremov radio club ETHER dari negara Russia. Jadi pada malam ini dikira sebagai pemanas enjinlah untuk beraksi pada esok pagi. Lupa pula, KP contest ini hanya melibatkan band 20m sahaja dan mode CW. Jadi, para peminat CW mesti amat menantikan contest ini.

 Setelah meneliti keadaan band, boleh dikatakan ianya membuka. Tetapi kawan kurang pasti ianya membuka ke arah mana. Ini adalah kerana apabila kawan cuba mendengar beacon VK8VF pada frequency 50130.00 mhz, langsung tidak kedengaran apa-apa. Begitu juga dengan beacon-beacon yang lain seperti 9M4SIX 50005, DU1EV 50007.8 dan JA2IGY 50001. Langsung tiada kedengaran apa-apa. Tetapi apabila kawan cuba merayau-rayau sekitar 50100 hingga 50120, tiba-tiba kawan terdengar sesuatu yang kuat.

Dengan kuat dan jelas sekali kedengaran 9M2/JG3TTO sedang CQ DX. Boleh dikatakan amat baik kualiti signalnya. Signal bar pula stabil pada kedudukan 20dB. Apabila QSO dengannya, fahamlah kawan kenapa signalnya cantik. Beliau memancar dari Johor rupanya. Tetapi kawan tidak tahu lokasi tepat beliau. Beliau tidak menyatakan QTHnya di Johor ini malah beliau hanya memberikan locator sahaja. iaitu OJ11UL. Kesimpulannya disini, band 6 meter tidak membuka ke mana-mana, hanya ground wave QSO sahaja yang dapat pada malam yang sejuk ini.

73 de 9M2ZAK Kulaijaya.

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...