Assalamualaikum
dan selamat sejahtera kepada semua para pembaca yang budiman sekalian.
Diharapkan rakan-rakan sekalian berada dalam keadaan yang sihat sejahtera
disamping keluarga dan sahabat handai hendaknya. Walaupun difahamkan ada juga
rakan yang kurang sihat, ada yang demam, ada yang kena chicken pox namun kawan
disini tetap berdoa untuk kesejahteraan semua walaupun kawan sendiri pun turut
mengalami masalah yang sama. Jadi sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan
bersama demi kemajuan negara Malaysia .
Pada
hari Sabtu yang lepas, iaitu pada 28 September 2013, telah berlangsung satu
lagi contest besar dalam aktiviti Radio Sport ini. Contest ini berlangsung
selama 48 jam, iaitu bermula dari Sabtu jam 8.00 pagi (waktu tempatan)
hinggalah pada hari Isnin jam 8.00 pagi (waktu tempatan). Contest yang
dimaksudkan itu adalah CQWW RTTY 2013 yang dianjurkan oleh CQWW Magazine.
Untuk
pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, CQWW RTTY 2013 Contest ini adalah
contest digital yang pertama kawan sertainya. Sebelum ini, pernah juga kawan
menyertai contest yang serupa modenya tetapi lain objektif iaitu CQWW WPX.
Namun pada asasnya ianya adalah sama. Difahamkan juga rakan kita dari Kuala
Kangsar, 9M2SGN juga sudah mula memberanikan diri menyertai contest ini.
Tahniah diucapkan kepada saudara Shahrul 9M2SGN kerana berjaya mengutip 2310
mata daripada 27 QSOs. Pengalaman beraksi dalam contest adalah suatu pengalaman
yang amat berharga sekali. Tidak ada perkataan yang dapat ditulis untuk
menggambarkan cabaran dan pahit getir semasa menyertai contest ini. Untuk
mengetahuinya, kenalah sertainya : pepatah melayu ada menyebut, Tak kenal maka
tak cinta.
Berdasarkan pemerhatian kawan dalam 48 jam yang lepas, terdapat juga rakan dari Kepulauan Borneo yang turut serta dalam contest ini. Semasa kawan sedang CQ, 9M6XRO telah check in dalam CQ kawan. Jadi fahamlah kawan yang ada juga stesen dari Sabah yang turut serta memeriahkan contest ini. Tetapi kawan tidak pasti apakah kategori beliau, tetapi jangan risau – kita boleh semak nanti pada ruang Log received dalam website CQWW. Namun setakat blog ini ditulis, hanya kelihatan callsign kawan dan callsign Arie 9W2VVH sahaja. Mungkin 9M2SGN dan 9M6XRO belum berkesempatan untuk upload log mereka lagi. Insyaallah dalam dua atau tiga hari lagi, akan uploadlah tu.
9w2vvh Arie |
Difahamkan
juga, beliau hanya memulakan cabaran contest pada hari Ahad, iaitu semalam. Ini
bermakna beliau terlepas 24jam aktiviti contest. Dapat dibayangkan jika beliau
memulakan contest ini pada hari Sabtu, mungkin sesuatu keajaiban akan terjadi….
Ini
adalah ringkasan pencapaian CQWW RTTY 2013 9W2VVH :
QSOs
: 48
Zone
: 14
DXCC
: 30
Points
: 6251
Manakala
bagi stesen Kulaijaya pulak, penurunan jugak berlaku. Semasa CQWW WPX RTTY 2013
tempohari kawan berjaya mengutip 25758 mata dan CQWW RTTY 2013 pula sebanyak
22357 mata. Ini bermakna berlaku penurunan sebanyak 3401 mata. Berikut adalah ringkasan pencapaian kawan dalam CQWW RTTY semalam :
QSOs : 110
Zone : 25
DXCC : 51
Points : 22357
Terdapat pelbagai factor yang menyebabkan penurunan ini. Antaranya ialah:
QSOs : 110
Zone : 25
DXCC : 51
Points : 22357
Terdapat pelbagai factor yang menyebabkan penurunan ini. Antaranya ialah:
- Terlewat 8 jam pada hari Sabtu kerana bertugas :
memulakan cabaran pada pukul 3.00 petang hari Sabtu.
- Badan yang kurang sihat – Demam dan selesema.
- Tidur awal : 11:00 malam Sabtu. Demam.
- WX hujan dan petir pada petang Ahad. Stesen terpaksa
ditutup.
- Malam Ahad : tidur awal – sekitar jam 12 lebih (Isnin
bertugas)
Jadi
tidak hairanlah mengapa penurunan ini berlaku, namun perlu diingat semua itu
adalah ketentuan Ilahi, mungkin ada hikmah disebaliknya. Apabila kawan meneliti
senarai log rakan-rakan yang lain, pencapaian mereka amat hebat sekali. Kutipan
mata mencecah ratusan ribu malah ada yang berjuta. Apakah rahsia kejayaan
mereka? Kawan ada email kepada beberapa rakan seperjuangan untuk mengetahui
dengan lebih lanjut bagaimana mereka mendapat kutipan yang banyak itu.
Rata-rata mereka menyatakan yang factor antenna dan Amplifier memainkan
peranan. Manakala keadaan band pulak dianggap sebagai bonus jika ianya terjadi.
Jadi bagaimana pula dengan stesen yang Low Power @ QRP? Stesen Low Power/QRP
boleh dikatakan 70% bergantung kepada keupayaan dan kecekapan antenna mereka.
Manakala 30% adalah keadaan band. Jadi disini, kecekapan antenna memainkan
peranan yang penting dalam kejayaan sesuatu contest.
Selain
daripada kecekapan antenna, factor pemilihan band juga memainkan peranan.
Setiap band mencatat mata tersendiri. Contohnya band 10m selalunya mencatat 2
-3 mata bagi sesuatu contest, begitu juga dengan band 80m dan 160m, kadangkala
boleh mencecah sehingga 4-6 mata. Kedudukan benua juga memberi perbezaan mata.
Benua Amerika Utara dan Eropah (3 mata) dan Asia ( 1-2 mata) manakala Oceania
juga menyumbang 3 mata. Semua kutipan mata ini berdasarkan kedudukan kita iaitu
9M2/9M6/9M8.
Jadi
apakah strategi kita sebagai stesen Low Power/ QRP ini? Berdasarkan pengamatan
dan pemerhatian kawan. Kita sebagai Low Power Station juga boleh mencatat point
yang tinggi. Berikut adalah strategi yang dicadangkan:
1.
Menggunakan antenna yang tinggi dBnya.
Cadangan : Yagi/Hex
2.
Menggunakan low loss COAX cable.
3.
Meninggikan kedudukan antenna ( 30 – 40
kaki ke atas )
4.
Menambahkan SSB/CW filter ke dalam rig
5.
Mengorbankan/mengurangkan masa tidur. (
Contest setahun sekali sahaja, apa salahnya)
6.
Memastikan GND ada dan berfungsi dengan
baik. Bagus utk meningkatkan receiving.
7.
Utamakan stesen dari Oceania/Eropah dan
NA. Kalau boleh halakan terus antenna anda ke sana.
8.
Perlu tahu waktu mana setiap benua itu
aktif. Contohnya, NA ( awal pagi dan tengah malam), Eropah ( petang sehingga
Maghrib dan selepas jam 10 malam) Jepun ( awal pagi dan sepanjang masa).
Namun.
Strategi ini adalah strategi yang terhasil daripada pengamatan kawan selama
ini. Jika rakan-rakan ada cadangan lain atau strategi yang lain, boleh
diemailkan kepada kawan untuk kawan masukkan ke dalam blog ini untuk
perkongsian ilmu bersama.
Baiklah
kawan-kawan, sampai disini sahaja dulu coretan saya untuk kali. Sehingga kita
berjumpa lagi pada post-post yang akan dating. 73 9m2zak.