Sunday, October 2, 2022

invoke-rc.d: initscript postgresql, action "stop" failed

 untuk atasi masalah ini, kena tambah line exit 0. maka... edit dengan mana-mana editor

/var/lib/dpkg/info/postgresql*.prerm

dan tambah exit 0 bawah line set -e, seperti di bawah.

#!/bin/sh

set -e

exit 0

VERSION=9.1

. /usr/share/postgresql-common/maintscripts-functions

stop_version $VERSION

if [ "$1" = remove ]; then
    remove_version $VERSION
fi


kemudian cuba upgrade... insyallah proses upgrade akan jalan lancar. ok bye.

Monday, April 18, 2022

Modem BT4G_CPE_1DE1 No Internet Access : solved

 Bagi pengguna celcom yang menggunakan modem BT4G_CPE_1DE1 dengan simkad celcom. Anda masih lagi boleh menggunakannnya iaitu dengan memasukkan IMEI nombor modem tersebut. 

Langkah 1:

Pada handphone anda (pastikan telefon guna wifi router tersebut), taip *#06# kemudian no IMEI akan muncul. ingat atau tulis atau print screen no IMEI tersebut.

Langkah 2:

Masuk ke dalam router anda, 192.168.6.1 ( ni ip bagi BT4G_CPE) boleh tengok bawah router apa IP router anda, kemudian masukkan username, password dan terus  pergi atau cari  IMEI dlm LTE setting router anda dan masukkan no IMEI tersebut. Gantikan IMEI lama dengan IMEI yang anda dapat pada langkah 1 tadi, bagi kes saya saya pilih IMEI no 1, sebenarnya dapat 2 IMEI, saya try no 1 dahulu.


Enable Camouflage switch, masukkan IMEI tadi dan apply, TTL tidak kacau dan ubah. kemudian reboot router anda dan wifi anda akan ada kembali internet. selamat mencuba.

Friday, April 1, 2022

How to change RTL-SDR dongle serial number

 

RTL-SDR serial #1 001, #2 002, #3 003
Untuk mengubah serial number RTL-SDR dongle anda, dibawah ini adalah comand line tersebut. Katakan anda ingin menamakan dia sebagai 001, maka...

sudo rtl_eeprom -d 0 -s 001

contoh seperti gambar dibawah.


















kemudian, taip Y dan enter.


cabut dan cucuk semula RTL - SDR anda, dan tulislah pada body/stiker atau apa-apa saja asalkan kita tahu yg dongle itu nombor sirinya ialah 001. kemudian ulang step yang sama bagi RTL-SDR dongle yang lain jika ada.


Wednesday, February 2, 2022

Menjejaki Radiosonde : IMS8AFABA jatuh di Kg Parit Rambai, Pontian

 

Dari kiri 9W2DCW, 9W2DVZ dan 9M2ZAK serta harmonik

Pada awalnya penerbangan pada malam tersebut kami jangkakan yang belon tersebut akan jatuh ke laut. Semua ini berdasarkan kepada ramalan yang diperoleh dari website Sondehub. Tetapi sebaik sahaja belon tersebut pecah, ianya terus meluru ke barat iaitu Pontian dan melayang-layang berpusing-pusing jatuh di Kg Parit Rambai, Pontian. Operasi SAR terus dilancarkan.

bergerak ke lokasi

Seperti biasa, perjalanan dari Bandar Putra Kulai ke Pontian mengambil masa lebih kurang satu jam. Pada pukul 10:09 mlm, kami pun sampai ke lokasi terakhir belon tersebut. Pada lokasi tersebut saya pun menghidupkan walkie talkie yang telah diset pada freq Radiosonde dan didapati radiosonde itu masih hidup.


Kemudian saya pun menghidupkan raspi untuk mendapatkan kedudukan yang lebih tepat. Tidak sampai seminit...sejurus sahaja raspi dihidupkan. Kami terus dapat lokasi terkini Radiosonde tersebut.

Didapati ianya jatuh ke hadapan pada jarak 56.32m dari lokasi last. Setelah meneliti google earth, kami juga mendapati yang lokasi tepat Radiosonde itu jatuh berdekatan dengan jalan. Setelah koordinat tepat dimasukkan ke dalam waypoint, maka kami pun bergerak masuk ke ladang kelapa sawit.

Pada waypoint finder, ianya menunjukkan jarak sekitar 200m lebih sahaja daripada kenderaan kami. Maknanya ianya dekatlah. Ini disahkan lagi apabila kami hidupkan walkie talkie dan signalnya masih ada dan kuat berbanding kedudukan awal tadi.


Selang beberapa minit kemudian, radiosonde tersebut dijumpai. Parachute dan belon latexnya yang pecah itu ada di atas tanah manakala benang yang mengikat transmitter tersangkut di atas pokok. Tetapi mujur radiosonde tersebut tidak tersangkut pada pokok. Ianya tergantung.


Kami pun bergerak ke kawasan disebalik pokok tersebut untuk mendapatkan transmitternya. Transmitter itu tergantung di atas pokok kelapa sawit. Tiba-tiba radiosonde tersebut turun kebawah perlahan-lahan dan turun betul-betul dihadapan Faizal. Nah...urusan dipermudahkan. Pada awalnya kami dok memikirkan bagaimana nak ambik transmitter tersebut kerana kedudukannya yang tinggi itu.

Syukur semua urusan dipermudahkan... misi tersebut tidak sampai sejam kami lakukan. Saya tanpa berlengah masa kami terus patah balik ke belakang pokok tadi dan pergi mendapatkan parachute manakala Faizal pula memintal benang agar tidak kusut.

Parachute dan Radiosonde
Selesai sudah misi SAR radiosonde milik Singapura Meteorological Service yang jatuh di Kg Parit Rambai, Pontian. Jatuh di dalam kebun sawit. Syukur cuaca pada malam tersebut tidak hujan tetapi agak panas sedikit kerana angin tidak bertiup dengan kuat seperti kebiasaannya. Baiklah... semoga kita berjumpa lagi dalam kisah pemburuan Radiosonde saya yang seterusnya. 73 Zaki.



Monday, January 31, 2022

Radiosonde IMS100 - IMS8AFAC0 mendarat di Jalan Tenggayun, Kampung Parit Tegong, Pontian pada malam Tahun Baru Cina 2022

 

Jatuh di sekitar Jalan Tenggayun, Kg Parit Tegong, Pontian

Pada mulanya jika mengikut ramalan jatuh (selalunya tepat) Radiosonde IMS100 #IMS8AFAC0 ini akan jatuh di lautan jika berdasarkan ramalan yang diplot oleh sondehub. Ramalan di sondehub ni boleh dikatakan tepat dan selalunya tepat tapi bukanlah setepat -tepatnya tapi ianya cukup untuk memberi kita bayangan atau klu di mana kawasan jatuhan tu, itu sebenarnya sudah cukup memadai.

Ramalan awal menyatakan ianya ke laut

Seperti biasa kami terus memantau dan memantau penerbangan Radiosonde tersebut kerana berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas, banyak kemungkinan yang akan berlaku seperti belon pecah awal, pergerakkan angin berubah, hujan turun, transmitter rosak, payung terjun tidak kembang dan pelbagai lagi kemungkinan.
Data menunjukkan yang dia turun laju dan meluncur perlahan

Tetapi pada malam tadi, sejurus selepas sahaja belon pecah...data menunjukkan ia turun dengan laju dan kelajuan meluncurnya pula perlahan berbanding dengan jatuhan. Maka apa lagi, kami terus paku perhatian kami ke radiosonde tersebut dan memantau pergerakkannya. Macam ada sesuatu akan berlaku pada malam ini.

jatuh darat
Nah.... Radiosonde tersebut jatuh darat juga. Kenapa dia jatuh darat? sedangkan jika ikut ramalan ianya akan ke laut. Pasti ada sesuatu ni. Maka untuk mendapatkan jawapannya, kami pun bergegas ke lokasi jatuhan.

bergerak ke lokasi
Perjalanan ke lokasi mengambil masa kira-kira sejam. Pukul 9.10 mlm aku bertolak dan sampai sekitar jam aku sampai sekitar jam 10.10mlm. Memang ngam-ngam sejam dari Kulai ke kg Parit Tegong, Pontian. Memandangkan jam masih pukul 10 lebih, maka pasti radiosonde itu masih hidup lagi sebab kebiasaannya dia akan mati pada jam 11.00mlm ke 11.15mlm. Perkara ini masih misteri kenapa dia mati time tersebut. Adakah ianya diprogramkan atau batery dia mati selepas 4 jam transmit.Itu kami akan siasat kemudian.


Kemudian Faizal 9w2dvz menyatakan yang signal masih ada lagi, dan dia terus mengikuti signal tersebut dan akhirnya jumpa. Radiosonde tersebut jatuh bersebelahan dengan kawasan perkuburan islam. Kemudian ianya dibawa keluar ke tepi jalan untuk disiasat kenapa ianya tidak jatuh ke laut mengikut sepatutnya.


ianya masih hidup dan transmit seperti biasa dan signalnya masih kuat dan solid. Malah ianya masih lagi mempunyai data di dalam transmisi tersebut dimana ianya masih lagi dapat diplot dalam sondehub.Tanpa melengahkan masa lagi, kami pun meneliti dan menyiasat keadaan fizikal belon dan parachute radiosonde tersebut.

Tali parachute berpintal

Hasil pemerhatian kami, didapati tali parachute berpintal, sekaligus menjawab persoalan kami kenapa ianya jatuh menjunam dengan laju dan tidak menuju ke laut. Rezeki malam tahun baru cina. Maka kami pun terus mengeluarkan parachute tersebut dari kekusutan tali yang berpintal teruk dengan belon yang pecah berderai itu.

IMS8AFAC0

Berjaya...misi SAR IMS8AFAC0 radiosonde milik kerajaan Singapura yang dilepaskan di lapangan terbang Paya Lebar, Singapura diselamatkan di Kampung Parit Tegong , Pontian pada pukul lebih kurang jam 10mlm iaitu 2 jam lebih selepas ianya dilepaskan. 

dari kiri 9m2zak, 9w2dvz dan 9w2dcw

Malam Tahun Baru Cina 2022 memberi ong kepada kami, dan ini adalah Radiosonde yang ke-8 yang berjaya ditemui oleh pasukan SAR Radiosonde Johor. Mencari Radiosonde IMS-100 ni mencabar kerana jatuhannya tidak boleh diagak atau diramal dengan tepat kerana layangan payung terjun serta baterynya yang mati ikut time. Jadi semua perkara perlu dilakukan dengan pantas dan dirancang dengan teliti.


Sampai kita berjumpa lagi dalam posting pengembaraan saya mengejar radiosonde yang seterusnya...insyallah.

73 Zaki 9M2ZAK

Wednesday, January 26, 2022

Menjejaki Radiosonde : IMS10CB11 jatuh di tepi pantai berlumpur di Pontian.

 

Sebaik sahaja belon dilepaskan dari Lapangan Terbang Paya Lebar di Singapura, ramalan terus dilakukan. Didapati ianya akan jatuh di darat sekitar Pontian. Pada ketika itu, saya dan Faizal 9W2DVZ kami terus memantau pergerakkan belon tersebut. Belon tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Paya Lebar pada jam 6.45 petang dan mendarat sekitar jam 9.30 malam, ini bermakna belon tersebut mengambil masa kira-kira 3 jam 15 minit penerbangannya. 
Lokasi terakhir Radiosonde tersebut ialah pada koordinat 1.430050 103.410950 dan ianya berada pada ketinggian 78m di udara dan menghala ke arah 267 darjah. Jadi ini bermakna pasti Radiosonde ini akan menuju ke laut, berapa jauh ke laut itu kami tidak pasti. Untuk mendapatkan kepastian, kami perlu bergegas ke lokasi jatuhan dengan segera.
Kami pun memulakan perjalanan ke lokasi jatuhan, Belon tersebut jatuh di pantai Kampung Rambah dimana jarak Kampung Rambah, Pontian dengan base saya adalah sekitar 50km dan mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan. Ini bermakna saya akan sampai ke lokasi sekitar jam 10:45 malam ke 11.00 malam bergantung kepada keadaan trafik. Jika dikira dengan masa ketahanan bateri Radiosonde, saya jangka kami masih sempat untuk mendapatkan bacaan koordinatnya kerana berdasarkan kepada kes-kes lampau, bateri Radiosonde IMS100 ini akan mati sekitar jam 11.15pm ke 11.30pm.

Pada pukul 10.26pm kami pun sampai dan didapati signal masih ada. Maka seperti biasa, saya hidupkan raspberry pi untuk mendapatkan lokasi tepat Radiosonde tersebut. Tidak sampai 5 minit, Raspberry Pi saya terus menangkap signal Radiosonde itu dan dekod koordinatnya. Lalu pantas saya masukkan ke dalam Waypoint Finder dan didapati belon tersebut berada agak jauh sedikit dari pantai dan jatuh di atas lumpur. Iaitu kira-kira 33m dari kedudukan kami ditepi pantai.
Transmitter tersebut jelas kelihatan hanya dengan melihat dengan mata kasar sahaja sebaik sahaja disuluh pada arah berdasarkan Waypoint Finder.Kami bernasib baik kerana pada waktu itu air surut. Jika air pasang pada ketika itu, maknanya bye-bye disebabkan ianya pasti dibawa arus. Pada asalnya jika ikut plan, dapat lokasi dan balik dan akan datang semula pada hari lain. Tetapi oleh kerana terfikir akan fenomena air pasang surut. Maka Radiosonde tersebut perlu diselamatkan pada malam itu juga.

Belon jelas kelihatan dari tepi pantai
Masalah utama ketika itu ialah masing-masing tidak bersedia dengan pakaian tambahan, jika kami turun dan berjalan di dalam lumpur maka habislah pakaian kami. Kemudian Faizal keluar dari lokasi jatuhan dan bergerak ke jetty nelayan berdekatan untuk meminta bantuan meminjam set joran. Plannya ialah untuk memancing belon tersebut dan menariknya ke darat.

Kemudian Faizal datang bersama orang kampung dan abang tersebut membawa set jorannya. Apabila kami beritahu lokasi transmitter tersebut dia kata dekat sahaja ni. Boleh pergi ambik ni tanpa joran. Lalu dia pun menanggalkan seluarnya dan bergerak turun ke dalam lumpur.

Nah... sekejap sahaja dia turun dan ambik itu transmitter dan belon serta parachute tersebut. Berdasarkan ceritanya dia memang sudah biasa kawasan ini jadi sebab itulah dia tidak ada masalah untuk turun kerana tahu dan mahir selok belok kawasan tersebut. Ambik kau.

Transmitter di atas lumpur

Transmitter diselamatkan
Syukur semuanya selesai. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada abang tersebut kerana sudi membantu kami walaupun kami tidak pernah kenal dan bersua dengannya dan tiba-tiba datang tengah malam buta meminta pertolongan.Syukur semua urusan dipermudahkan.
Parachute
Parachute kami ambil juga walaupun berlumpur dan kami rancang untuk cuci kembali apabila pulang nanti. Tong untuk isi Radiosonde KIT saya dikosongkan dan dimasukkan parachute berselut tadi. Lepas ni kami kena bersedia plastik sampah juga untuk kes-kes macam ni. Main kejar belon ni kita kena sedia dari segala aspek, itu yang saya pelajari pada malam tersebut. Pakaian spare juga perlu. Air untuk cuci perlu ( dalam tong) dan juga tisu/kain buruk untuk lap.Kemudian kami pun bergerak balik dan saya sampai sekitar jam 1.20 pagi. naya...esok sekolah....hahahaha.
Transmitter berada dalam keadaan elok.

Syukur semua selesai dan pada malam tersebut kami kutip lagi satu lagi pengalaman baru dalam permainan mengejar Radiosonde. Sesungguhnya pengalaman-pengalaman tersebut banyak mengajar kami dalam merancang pemburuan Radiosonde yang seterusnya. 73 Zaki.

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...