Hari ini aku menerima sekeping lagi sijil dalam aktiviti Contest aku ini. Kali ini diterima dari penyertaan aku dalam UBA DX Contest 2012 yang telah berlangsung pada 25 dan 26 haribulan Februari 2012 tempohari. Dalam contest ini aku hanya memperoleh 196 mata sahaja yang dikutip dari 44 QSOs.
Objektif UBA Contest adalah setiap station sama ada dari dalam Belgium atau dari luar Belgium ( DX)
akan cuba untuk contact station dari Belgium untuk mendapatkan jumlah
contact sebanyak yang mungkin.
Dalam contest ini, aku hanya mendapat satu sahaja station dari Belgium iaitu OR2F, iaitu saudara Lyubomir SLAVOV aka (Leo) dari Poperinge, Belgium di band 20 meter. Exchange yang diterima daripada beliau adalah 599 0191 WV. Ini bermakna WV membawa maksud yang beliau adalah dari West-Vlaanderen. Selebihnya adalah station DX yang rata - ratanya datang dari negara Jepun, Russia dan sekitar Asia Tenggara.
Dalam contest ini jugak, aku beraksi sebagai Single OP ALL LOW CW, iaitu Operator perseorangan di semua band HF yang dipertandingkan seperti 80m, 40m, 20m, 15m dan 10m serta memancar dengan kekuatan 100 watt. Kekuatan pancaran 100 watt ini dikira sebagai LOW POWER dalam contest ini.
Walaupun band yang disediakan terdiri daripada 80m hingga 10m, namun aku hanya mampu beraksi pada band 40m-20m-15m-10m kerana tidak mempunyai antenna 80m. Terdapat banyak kekangan untuk menaikkan antenna 80m. Kekangan yang besar sekali adalah faktor ruang yang terhad dan tidak mempunyai kawasan yang cukup untuk menaikkannya. Kawasan base aku hanya mampu untuk dinaikkan antenna 40m dan ke bawah sahaja. Tetapi perkara ini sedang difikir - fikirkan, ada jalan penyelesaiannya. Iaitu dengan cara Vertical atau pun menggunakan Trap Dipole. Perkara ini sedang dalam kajian dan analisis sebelum keputusan diambil.
Esok, 28 dan 29 Julai 2012 akan berlangsung pula satu lagi contest. Kali ini RSGB IOTA Contest. InsyaALLAH jika tiada apa-apa kekangan dan halangan, aku akan beraksi pula sebagai :
Single Operator 24 Hrs - World - CW - Low Power
73 es gud contest es GL De Zaki 9M2ZAK...