Sunday, July 8, 2012

My 40 meter band report : 7 July 2012

Antenna     : G5RV Jr
Rig            : Yaesu FT - 77
Power       : 50 watt
Band         : 40 meter
Mode        : CW
Key           : ZAK V1.06
Frequency : 7001.6
Operator   : 9M2ZAK
Op. Name : Zaki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca sekalian. Post kali ini berkenaan dengan aktiviti DXing yang sudah menjadi aktiviti wajib bagi saya bagi setiap hujung minggu. Jika saya tidak dxing, mungkin saya join aktiviti Contest, jika tak contest, mungkin saya sibuk dengan tugasan tambahan di hujung minggu. Begitulah rutin saya sebagai operator Radio Amatur.


Malam tadi saya memilih untuk dxing di band 40m kerana setelah meneliti band 10m, 12m, 15m, 17m, 20m, 30m semuanya mencatat kadar kebisingan yang tinggi iaitu sekitar S7 - S8. Itu bacaan ditempat saya, iaitu di Kulaijaya. Tetapi bacaan signal noise pada band 40m pulak berbeza, hanya sekitar S3 - S2. Jadi sesuailah untuk dxing, sesuai bagi low power macam kita ini ( 50w - 100w).

Kenapa tak QRP ( 5 watt ) ? Niat dihati memang ada untuk QRP, tetapi apabila meneliti betul - betul kedaan band. QRP tidaklah sesuai, kenapa tidak sesuai, sebab QRM yang kuat berada disekitar band. Maksud saya QRM dari rakan yang menggunakan mode USB pada frequency yang dikhaskan untuk CW.


Suara sumbang seperti itik tersumbat hidung begitu nyata sekali. Jika kita pergi dengan 5 watt pada ketika itu, alamatnya kita akan digelar DEAF oleh station yang cuba check in, kerana disebelah kita, kita akan mengalami kesukaran untuk copy transmisi mereka. Tetapi disebelah mereka, mungkin mereka menerima pancaran kita dengan baik sekali. Jadi untuk mengelakkan daripada salah faham ini berlaku, lebih baik saya QRO.

Dengan menaikkan kuasa pemancaran ( QRO ) maka sedikit sebanyak transmisi saya akan didengar oleh rakan yang berada dalam mode USB tersebut. Jadi lama - kelamaan mereka akan beredar kerana beberapa faktor :
  1. Berasa bersalah kerana berada di tempat yang tidak sepatutnya.
  2. Tidak tahan dan rimas dengan bunyi DIT dan DAH yang berterusan.
  3. Rasa terganggu dalam perbualan mereka kerana aktiviti CW semakin rancak.
Hasilnya, saya dapat meneruskan dan respon kepada stesen - stesen yang check in dengan aman sekali. Walaupun masih lagi kedengaran suara itik, tetapi ianya berada jauh sedikit dan gangguannya tidaklah ketara sangat. Tetapi dek kerana mata sudah tidak tahan lagi. Aktiviti dxing dihentikan. Hasil DX malam tadi:

9M2ZAK has 15758 contacts stored.

DxerStationFlagsStart TimeBandModeRST s/r


9M2ZAKJA1GIV Japan 2012-07-07 17:4940MCW599 599


9M2ZAKJE2PMC Japan 2012-07-07 17:4140MCW599 599


9M2ZAKDL5FU Fed. Republic of Germany 2012-07-07 17:3840MCW599 599


9M2ZAKRU6L European Russia 2012-07-07 17:2840MCW599 599


9M2ZAKSP6CES Poland 2012-07-07 17:2740MCW599 599


9M2ZAKBG5JNG China 2012-07-07 17:2340MCW599 599


9M2ZAKDL5ZB Fed. Republic of Germany 2012-07-07 17:2040MCW599 599


9M2ZAKEU1A Belarus 2012-07-07 17:1940MCW599 599


9M2ZAKR7AY European Russia 2012-07-07 17:1740MCW599 599


9M2ZAKJA1SFL Japan 2012-07-07 17:1640MCW599 599


9M2ZAKRU0FM Asiatic Russia 2012-07-07 17:1540MCW599 599


9M2ZAKUA9MA Asiatic Russia 2012-07-07 17:1440MCW599 599


9M2ZAKI1EIS Italy 2012-07-07 17:1340MCW599 599


9M2ZAKRM9I Asiatic Russia 2012-07-07 17:0840MCW599 599


9M2ZAKDL6ATM Fed. Republic of Germany 2012-07-07 17:0640MCW599 599

   73 es gud DX Zaki 9M2ZAK...

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...