Friday, July 6, 2012

Common errors in CW


Kesilapan berlaku dimana sahaja, tidak kira dimana sahaja kita berada kita pasti akan melakukan kesilapan termasuklah dalam dunia CW ini. Kesilapan yang selalu dilakukan oleh Operator CW adalah semasa menerima dan juga menghantar. Selalunya perkara ini berlaku dan terjadi dalam beberapa situasi dan keadaan, antaranya ialah:

  1. Keadaan signal noise yang terlalu tinggi, iaitu sekitar S6 - S8.
  2. Kesukaran semasa cuba mendengar QRP station yang cuba check in.
  3. Tumpuan pendengaran terganggu seketika semasa mendengar - gangguan daripada deringan telefon bimbit, tone SMS, XYL memanggil turun untuk makan nasi, bunyi kenderaan yang lalu lalang seperti motor dan lori serta pelbagai lagi.
Antara - antara huruf - huruf atau abjab yang selalu tersilap dengar atau copy adalah seperti berikut :

H/5     S/H     B/6     V/4     Z/7     2/3         

Manakala jika keadaan band terlalu bising dengan QRM ataupun terlalu sesak ( crowded) dengan station yang cuba CQ dan Check In, huruf - huruf ini pula selalunya disalah copy atau tersalah taksir, antaranya seperti :

J/1    C/Y    P/J     Z/Q     W/J     W/P

Kesilapan ini berlaku kerana kita mungkin terlepas mendengar DIT atau DAH dihujung transmisi pada ketika itu. Kenapa ianya berlaku? salah satu puncanya adalah QSB. Keadaan band yang tidak stabil membuatkan kualiti audio yang dipancarkan itu kadangkala jelas, kadangkala menjadi tidak jelas. Hasilnya terlepas DIT atau DAH  di akhir transmisinya.


Walaubagaimanapun, kita jangan risau atau khuatir. Perkara ini terjadi kepada semua orang. Malah ianya masih juga berlaku kepada DXer - DXer hebat dari luar negara. Apatah lagi bagi kita yang baru bertatih dalam DUNIA CW ini, sudah pastinya berdozen kesilapan menjadi santapan kita. Namun jika kita percaya kepada kemampuan diri, Saya pasti.... anda mampu melakukannya...73 de 9m2zak.

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...