Thursday, April 21, 2011

RD15HVF1 : Mosfet Pre Driver transistor for Icom 718


bahagian PA board icom 718

Syukur kepada Allah, tuhan yang mencipta langit dan bumi...setelah hampir 8 bulan aku menunggu dengan penuh kesabaran. Akhirnya penantian aku berhasil juga, barang gantian yang aku order dari ebay akhirnya sampai dengan selamat di tangan aku pada petang semalam. RD15HVF1, Mosfet Pre Driver transistor yang aku order dulu kini dah sampai. Sepanjang tempoh itu, Yaesu FT-77 aku bertindak sebagai rig utama dan yang pastinya, ianya tidak mengecewakan aku. Aku begitu kagum dengan prestasi yang di tunjukkan oleh ft-77 ini. Jasamu aku ku kenang sampai bila-bila. Engkau telah banyak mengubat hatiku yang lara sepanjang 8 bulan ini. Akan aku jaga FT-77 ini sebaik mungkin. Mana tahu di masa akan datang, khidmat dan tugasmu akan diperlukan lagi, jadi sesuailah sekarang berehat dahulu untuk melepaskan penat setelah banyak mengharungi contest dan dxing selama 8 bulan ini.


PA Board yang telah pisahkan


no more PA board


RD15hvF1 yang telah rosak


PA Board yang telah diganti Pre drivernya


New RD15hvf1 on PA Board

Ok, sebelum ini icom 718 aku mengalami masalah berkaitan dengan tx, dimana apabila tx, ianya akan bertahan selama 20 saat sahaja kemudian powernya akan menurun sehingga 10 watt, dan seterusnya terus turun sehingga tiada power outputnya. Pada mulanya aku target ianya berkaitan dengan Final Transistor, tetapi apabila diperiksa, bukan....Final Transistor masih berfungsi dengan baik. Hmm...Hmm...berbalik pulak kepada masalah grounding. Aku sediakan grounding yang paling ground dalam dunia pun masalah yang sama berlaku.Hmm..Hmm...aku cuba pulak menukar sistem antenna, Maka ianya berpindah sekejap selama 2 bulan di rumah Danial, 9w2dal..masalah yang tetap berlaku. Cuba master reset pulak, sama.....cuba Factory Default setting pulak.....sama masih berlaku sindrom yang sama. Aku buat parts checking setiap komponen dalam Icom 718...pun sama. Resolder kembali Final dan pre final....pun sama...tetap berlaku....letakkan toroid di setiap kabel dan power supply...pun sama. dan akhir sekali, aku buat video tentang masalah ini dan siarkan di youtube. Alhamdulliah. ada seorang mat salleh dari amerika utara telah respon kepada video aku dan mengajar aku cara utk mengatasinya. Thank you very much, Mr Robert w5wss for you help, u help me alot.... May god bless u and yours..



after replacing the driver


before replacing the driver

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...