Pada cuti pertengahan semester kedua tahun 2009, aku dan sahabatku, 9w2dal Danial bercadang untuk membuat satu projek antenna, kali ini projek antenna 4 element yagi untuk 10 meter band. setelah cemerlang dengan projek 2 element untuk 10 meter band dan 20 meter band baru2 ini. Kami bercadang melangkah setapak lagi iaitu dengan projek 4 element pulak. Tapi buat permulaan ni dimulakan dengan 10 meter band dulu.
radiator and reflector
Projek ini mengambil masa 4 hari untuk disiapkan. ini adalah kerana menunggu batang aluminium yang ditempah itu sampai. Apabila barang sudah sampai terus kami mulakan projek...
Pengiraan untuk yagi ini diperolehi selepas seharian membuat kajian di internet. Setelah mendapat ukurannya, tanpa berlengah lagi kami terus mengukur dan memasangnya dan selepas itu aktiviti setting antenna dilakukan - swr check dan buat antenna analyzer. Syukur, semuanya berjalan dengan lancar dimana bacaan swr yang diperoleh adalah amat bagus sekali. tengok gambar ini.
antenna counter with MFJ analyzer
pada fre 28.493 swr adalah 1.1 menjadi sungguh kerana hanya ukur dan pasang, ukur dan pasang....oh lupa pulak sebelum tu yagi ini menggunakan lambda matching.
28 mhz Lambda Match
swr test ini diadakan diatas lori, orang yang lalu lalang di situ hanya memandang dengan penuh hairan...apa nie...tv mana dapat ni.....itu soalan yang hampir semua orang tanya apabila menghampiri..
Tuning session
Semasa ujian swr dijalankan, tiba-tiba kedengaran beacon dari australia 28.2681 dengan signal yang amat kuat sekali. tetapi tiada bar yang naik cuma audio sahaja yang kuat. signal dari VK land itu diperolehi hanya dari atas lori sahaja. wah bangga betul kami..itulah signal yang pertama diperoleh dari antenna tu. lihat video ini.
vk8vf beacon from Darwin, Australia
Setelah semua ok maka proses mencatat swr dimulakan, dimana dengan menggunakan fre counter dan antenna analyzer kami membuat swr chart untuk antenna ini. sila lihat bawah
10 meter band antenna
Sila tengok carta dibawah ini, ianya menunjukkan bacaan swr meter bagi setiap fre dan fre centre. minimun 1:1 dan max 1:7
cuba perhatikan bacaannya, dari 28mhz hingga ke 28.9 mhz swrnya adalah 1.1
ini bermakna antenna ini tidak memerlukan tuner . Bacaan swr 1.5 pada 27.5mhz hingga 29.05 mhz, jadi disini menunjukkan yang yagi ini boleh digunakan pada fre ini.Setelah swr test selesai dan tune pun selesai,maka antenna ini pun akan dipasang. Di pasang pada hari itu jugak.
Proses pemasangan dimulakan dengan segera kerana cuaca semakin gelap. dengan pantas proses pemasangan dijalankan.....
Mana skru ni... tadi ada..takkan tertelan kut..
Setelah siap dipasang, 4 element ini sudah sedia untuk beraksi diudara. Yagi 4 element ini tidaklah berat sangat. Cuma dalam 4,9 kg sahaja.
Akhirnya selepas berpanas terik, segala urusan pemasangan selesai dijalankan. Tepat pukul 2 petang antenna siap dipasang.
9w2DAL
9w2zak
Kegembiraan jelas terpancar dari wajah kami berdua, inilah hasil titik peluh kami berdua yang akhirnya membuahkan hasil. Inilah ham radio.... kepuasannya hanya orang main radio sahaja yang tahu. Saya percaya, anda pun sama.